17 April 2012

Datuk Salleh pasang Gear lima

Sekembali daripada umrah, Ketua Bahagian Umno Kota Belud, DSP Salleh Tun Said, turun padang dengan berbagai akiviti, apa kah itu aktiviti politik mahupun sosial, termasuk acara hiburan.

PRU-13 semakin diambang pintu. Semboyan telah dibunyikan, malah Tun Dr Mahathir memberi kenyataan, bahawa sekarang ini, ya sekarang, adalah masa yang sesuai mengadakan pilihanraya.

Bulan lalu, PM dan TPM habis mengelilingi negara, malah beberpa hari lagi Najib akan melawat Sabah, kemudian disusuli oleh Muhiyiddin.

Dalam perkembangan lain pula, setiausaha agong BN telah mengumumkan bahawa nama2 calon perlu dikemukakan kepada PM dalam masa dua minggu.

Melihat tindakan Ketua Bahagian Umno Kota Belud itu, nampaknya beliau akan menyertai pilihanraya kali ini.

Walaupun dilihat kepada kemampuan beliau, adalah sesuai bertanding di peringkat parlimen, namun tenaga beliau sangat diperlukan di peringkat negeri, bagi membangun negeri ini bergandingan dengan Ketua Menteri sekarang DSP Musa Aman.

Sebenarnya, gandingan Musa-Salleh, adalah harapan rakyat Sabah untuk membawa negeri ini ke puncak kejayaan. Gandingan Musa-Salleh, bukan sahaja menutup pergolakan politik dalaman, malah gandingan mereka mampu meredakan politiking di semua peringkat.

9 comments:

Green Sabah said...

Good to see many leaders are beginning to gear up in prepare to face the next general elections. Good luck and may the best man win.

Green Sabah said...

Going down to the ground and hold activities are a good way to get closer to the people, this can be a bonding session between the leaders and grass root voters. Good move from Datuk Salleh.

mantera said...

bgslah tu, moga Datuk Salleh berjaya mengeratkan hubungan dgn rakyat.

Hinamori said...

Memang bagus. PM dan DPM mengelilingi negara termasuk Sabah. Tapi jangan lupa harapan rakyat Sabah mengenai RCI. Persekutuan harus serius dalam hal penubuhan RCI.

TuhauBam said...

Melawat rakyat dan program2 untuk membantu rakyat diharap berterusan.

Scarlett said...

Tidak kira la sampai gear mana. Yang penting persediaan untuk hadapi PRU13 sudah ada.

Scarlett said...

Kerajaan kena buktikan ketelusan mereka dalam memimpin negeri/negara ini. Isu2 serius harus diambil kira dan bukan hanya memfokuskan kepada keuntungan ekonomi saja tanpa meneylesaikan masalah utama yang berlaku di tempat sendiri.

Hosie Masie said...

Semoga beliau akan terus memberikan yang terbaik kepada penduduk KB.

Sotong Kurita said...

semua pemimpin2 politik pun sedang pasang gear lima, malah ada yang pasang turbo.. walaupun ramai pihak yang tidak senang dengan kepimpinan Salleh, namun itu bukanlah pandangan majoriti rakyat Sabah.. abaikan dulu pandangan2 negatif, dan teruskan usaha membantu rakyat..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels