14 April 2012

Saya tiada kaitan dengan Michael Chia: Musa

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menafikan dakwaan rasuah yang mengaitkan dirinya dengan skandal rasuah pembalakan bernilai RM400 juta seperti mana yang didedahkan dalam Sarawak Report baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan, pemimpin Umno ini juga menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan pengusaha balak Sabah Michael Chia, individu yang telah ditahan dan didakwa mengubah wang haram selepas cuba menyeludup masuk SGD16 juta (RM40 juta) ke Malaysia pada 2008.

Menurut laporan media, Chia dikatakan memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang itu adalah kepunyaan Musa.

“Saya nafikan semua tuduhan ini. Saya mahu katakan sekali lagi yang saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan individu bernama Michael Chia,” kata Musa dalam satu kenyataan dua hari lalu.

Musa sebaliknya menuduh Sarawak Report berniat jahat, mendakwa tuduhan rasuah itu adalah sebahagian daripada konspirasi yang mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

“Malangnya terdapat pihak di luar sana yang akan terus mengitar semula tuduhan-tuduhan seperti ini apabila pilihan raya semakin dekat".

“Rakyat Sabah boleh buat keputusan berdasarkan rekod prestasi saya. Bukan mereka yang tidak JELAS SIAPA DAN TANPA NAMA SEPERTI SARAWAK REPORT yang menggunakan blog untuk berkhidmat demi kepentingan politik mereka,” katanya.

Bagaimanapun Musa menambah bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa jika perlu namun menegaskan pada masa sama mahu memberikan fokus kepada negeri pimpinannya.

Sarawak Report minggu lalu mendakwa mempunyai dokumen penglibatan Musa dan adiknya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam skandal balak bernilai jutaan ringgit.

Berhubung laporan Sarawak report itu, awal minggu ini, pemimpin PKR mendakwa perkara yang sama, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesyorkan pendakwaan ke atas kedua-dua adik-beradik itu namun ia dihalang Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking turut memberikan tempoh selama seminggu kepada kerajaan BN untuk mengarahkan Musa dan Anifah mengambil cuti sementara daripad tugas mereka dan menggantung Peguam Negara Tan Seri Abdul Gani Patail, yang juga dikatakan turut terlibat dalam skandal itu.

12 comments:

Green Sabah said...

So far we have not have any clarification from the MACC whether these allegations are true or not.

Green Sabah said...

Those who are not guilty does not need to feel afraid, the truth will be revealed.

Smookiekins said...

Isu lama yang hanya dimainkan oleh musuh2 beliau.

Smookiekins said...

Sekiranya bukti2 tu boleh membawa CM ke court, saya akan percaya semua tu. tapi jika tidak. Semua tu hanya mainan politik dan strategik pihak lawan.

thinaj said...

Where is MACC when we need them. Guess they do not have a strong evidence to connect Musa with Michael.

thinaj said...

At the moment,its difficult to believe that Musa actually know Michael in person. A picture of him and Michael shaking hands during MA open house doesn't prove they know each other very close.

mantera said...

Musa dah nafikan yang dia ada sebarang kaitan dgn michael Chia. bukti pun tak ada mereka ada hubungan. laporan dari Sarawak Report tak boleh dipercayai sangat.

Scarlett said...

Isu ini sekejap timbul, sekejap tenggelam. Memang sengaja dispekulasikan bila PRU13 semakin dekat.

Scarlett said...

Mana bukti yang PKR mahu tunjukkan tu? Sampai sekarang tiada khabar pun.

Hosie Masie said...

Semua ini cuma permainan yang direka oleh pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Musa Aman. Apa yang pasti kita perlulah menilai sendiri mengenai pelbagai isu yang dibangkitkan. Semua ini pasti ada sebab tersendiri yang dibuat oleh pembangkang. Datuk Musa Aman yang mana lebih memberikan yang terbaik kepada Sabah menyebabkan ada pihak yang tidak suka akan usaha dan kejayaan beliau. Bayangkan saja Datuk Musa dapat menyelamatkan Yayasan Sabah daripada bankrupt. Maka kita lihat usaha yang dibuat dan perancangan yang terbaik beliau lakukan. Maka sebagai penduduk Sabah kita perlulah menilai sendiri perkara ini dan jangan memandang satu pihak saja.

Sotong Kurita said...

semua orang tahu sikap pemimpin2 pembangkang.. samada tuduhan itu benar2 atau tidak, belakang kira.. yang penting impak tuduhan itu mampu mencemarkan atau menjejaskan imej pihak yang ditujukan dan juga kerajaan..

Sotong Kurita said...

saya yakin tuduhan yang dimulakan oleh Sarawak Report ini hanya mampu bertahan untuk beberapa ketika.. selapas PRU, pasti isu ini akan senyap semula kerana semua tuduhan ini hanya fitnah..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels