31 May 2012

20 Perkara: Lajim keliru

"Hak rakyat Sabah dan negeri Sabah pasti terbela oleh Barisan Nasional dan pada pandangan saya, kita hormati pandangan masing-masing dan saya sendiri tidak pernah menyentuh soal "kesahihan" dokumen 20 Perkara kerana ia bukan perjanjian cuma memorandum,".“DATUK SALLEH TUN SAID”

Desakan Datuk Lajim Ukin, agar Datuk Salleh menarik balik kenyataan (petikan) menggambarkan, bahawa Wakil Rakyat Beufort itu keliru dengan kenyataan itu.

Datuk Lajim yang mengatas namakan dua NGO WARIS dan PBBS menggesa Salleh menarik kenyataan itu dan meminta maaf.?

Bagi penulis, melihat kepada petikan Salleh tersebut, tiada apapun kesilapannya.. kenyataan tersebut merupakan kenyataan straight to the point.

Adalah penting menilai sesuatu kenyataan. Kenyataan mengenai fakta.. dan kenyataan mengenai semangat.

Selepas merdeka 49 tahun, rakyat Sabah hanya dibekalkan mengenai dokumen P20, yang boleh diakeses oleh siapapun. Malah ramai yang menulis P20, termasuk Speaker Dewan Rakyat-Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

P20 adalah dokumen memorandum, bukannya dokumen perjanjian. Lajimnya setiap perjanjian yang ditandatangi selepas sesuatu memorandum, dengan sendirinya memorandum itu hanya menjadi terma rujukan. Sebaliknya semua dokumen yang sah akan termaktub dalam perjanjian yang ditanda tangani.

Semasa memberi komen mengenai P20, Salleh dengan jelas menyatakan tidak mempertikai kesahiahan P20 apatah lagi semangat memorandum itu; yang beliau sentuh adalah isi daripada memorandum itu telahpun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Apa kah Datuk Lajim atau pemimpin lain yang sewaktu dengannya mempertikai kandungan Perlembagaan Malaysia?

16 comments:

mantera said...

kita mesti tau dgn jelas mengenai perkara 20 agar ia tidak dimanipulasikan oleh pihak2 tertentu.

mantera said...

jgn hingga kite terkeliru tentang perkara ini.

Nemia said...

He is confused of ?secu

onong said...

Keliru pasal apa la pula? Kan perjanjian 20 tu masih sah.

unknown said...

Rumours will just ruin a person's life.

unknown said...

Lajim will continue to strive for BN, so stop talking bullshits.

unknown said...

CM also reiterates his statement that the 20 points are still valid.

thinaj said...

The rumours will never stop. that's the price of being in politics.

Scarlett said...

Kadang2 ayat atau perkataan yang salah digunakan boleh mengundang pelbagai kontroversi.

Scarlett said...

Lebih baik isu inin segera dijernihkan kerana ia boleh mempengaruhi pandangan pengundi terhadap BN.

Green Sabah said...

I think both Lajim and Salleh's statement should be reviewed to see whether there is any truth to it. Explanations are needed to clear up the confusion about the 20 points agreement.

Green Sabah said...

Although Datuk Musa Aman did say that this is not the time to question who is right or wrong, instead we should focus on ensuring the people are always united for the state and nation to progress.

Unknown said...

Mengenai 20 perkara ini rasanya biarkan mereka yang benar-benar faham akan perkara ini menyelesaikan dan membincangkannya.

Hamdan Hadillah said...

20 perkara ini adalah perjanjian gabungan Malaysia. Maka perlulah memastikan yang mana perkara ini dapat dikekalkan.

Unknown said...

memang benar apa yang dikatakan oleh Lajim. sebagai contoh dalam Perjanjian Malaysia 1963, telah menjelaskan bahawa sistem pelajaran di Sabah hanya boleh ditadbir urus oleh kerajaan negeri selama 10 tahun kemudian ia perlu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan agar Sistem Pembelajaran yang bersepadu dapat diwujudkan dan diselaraskan diseluruh Malaysia.

dan banyak lagi fakta yang sebenarnya tidak diketahui oleh rakyat Sabah. oleh itu Lajib sepatutnya membuat penjelasan secara terperinci bagi mengelakkan kekeliruan atau membuka ruang pihak tertentu untuk mempergunakan kenyataan beliau untuk kepentingan pihak tersebut..

Borneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)

Unknown said...

“ 20 Perkara Sabah” adalah 20 tuntutan yang telah dimasuk dan diserap ke dalam undang-undang perlembagaan Negara Malaysia sekarang. Namun perkara ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, jika kita mengkaji perundangan perlembagaan Malaysia

sekarang, “20 Perkara Sabah” memang telah dilaksanakan didalam perundangan Negeri Sabah mahupun Kerajaan Persekutuan.

Selepas 10 tahun Sabah menyertai Malaysia, dan sehingga kini, 48 tahun Sabah Merdeka didalam gagasan Malaysia . Sabah tidak pernah lagi berdepan dengan satu situasi cemas yakni tidak berlaku konfrontasi antara rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan. Kehidupan harmonis menjadi pegangan utama rakyat Sabah dan inilah bukti mengapa pada tempoh tersebut tidak ada pungutan suara untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels