2 May 2012

Calon boleh menang-jangan perasan

Apabila DS Najib menyatakan bahawa hanya calon boleh menang (winnable candidate) yang akan dicalonkan pada PRU-13 akan datang, maka berbagai kaedah digunakan oleh individu-individu yang beraspirasi mahu menjadi Yang Berhormat.

Walaupun Najib tidak membuat perician ciri-ciri calon yang boleh menang, namun rakyat dapat menterjemahkan kenyataan itu.

Ciri-ciri seseorang itu yang boleh dikatakan calon boleh menang, adalah individu yang mempunyai komitmen tinggi terhadap perjuangan, baik terhadap parti mahupun rakyat dan sudah tentunya bukan hanya muncul kerana ada pilihanraya.

Semenjak Najib mengumumkan calon jenis apa yang akan diketengahkan, maka ramailah para aspiran, melakukan tindakan-tindakan politik yang tidak lazim mereka lakukan.

Jika dahulu, jarang sekali membalas jemputan, kini, walaupun tidak dijemput, akan cuba hadir.

Jika dahulu, kurang melayan rakyat, kini secara terbuka melayan rakyat.

Jika dahulu, jarang membalas SMS atau panggilan telepon, kini dengan mudah membalas dan menjawab telepon.

Jika dahulu susah sangat untuk dijumpa, now open door.

Berasaskan kepada perubahan tingkah laku itu, maka mereka memasang "jurujual" bahawa si polan ini patut diketengahkan, kerana merupakan winnabale candidate.

Sebenarnya pucuk pimpinan mempunyai mata-tangan dan telinga di semua kawasan. Di peringkat partipun demikian.

Pucuk pimpinan dan dibantu oleh pemimpin akar umbi, tahu siapa pemimpin tulen, dan siapa pemimpin plastik.

Pemimpin tulen, tidak melakukan tindakan-tindakan yang dibuat-buat, sebaliknya semua tindakannya secara alami dan ditambah dengan keikhlasan.

Pemimpin tulen pasti menunaikan janji, mengotakan kata. Inilah tag line Pemimpin BN JANJI DITEPATI.

Penulis tahu benar, siapa para pemimpin tulen yang ada. Mereka ini lambat diketengahkan, kerana sifat mereka yang merendah diri, tidak suka menonjol, namun yang pasti, mereka adalah pemimpin ikhlas dan sejati.

Mudah-mudahan pucuk pimpinan dapat mengetengahkan individu-individu ini, agar mereka dapat berbakti kepada nusa dan bangsa.

Sebenarnya Puncuk pimpinan telah tahu siapa2 yang winnable candidate. Atas sebab itu, Ketua Menteri Sabah-DSP Musa Aman, beberapa kali menjelaskan, sesiapa sahaja menjadi calon BN, maka sokonglah, kerana individu yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang baik-baik dan winnable candidate.

Oleh kerana itu, jangan perasan dengan menilai diri sendiri, bahawa diri sendirilah yang winnable candidate itu.

12 comments:

Green Sabah said...

Agree with Prime Minister Najib that winnable candidates should not forget themselves, they must continue to work hard and serve the people.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Green Sabah said...

Candidate appointment is important to make a selection on the best candidate that can make a good leader if they won. They must have all the qualities of a leader and still capable of winning the hearts of the people.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

mantera said...

calon yang dipilih telah ditentukan, namun kemenangan mereka ditentukan oleh rakyat, jadi perlu ada usaha menawan hati rakyat.

Suara Rakyat said...
This comment has been removed by the author.
Suara Rakyat said...

Mantera: Jitu sekali

TuhauBam said...

CM yakin bahawa BN Sabah mampu memenangi semua kerusi di negeri ini dalam pilihan raya akan datang.

Smookiekins said...

perjuangan dalam BN adalah perjuangan parti dan bukan individu, terutama dalam memastikan gabungan itu memenangi semua kerusi negeri dan parlimen, termasuk merampas semua kerusi yang tewas kepada calon-calon pembangkang

thinaj said...

The people will vote based a particular party based on the candidate that represent that party. Having a candidate that has none of the good quality will definitely not be voted by the people.

Anonymous said...

Boleh menang bukan bermakna confirm menang. Yang penting usaha untuk lakukan yang terbaik sentiasa ada dan ambil berat tentang permasalahan rakyat.

Anonymous said...

Perjuangan dan niat yang ikhlas akan menunjukkan hasil yang positif.

Hosie Masie said...

Penilai telah pun dibuat dari awal lagi. Maka siapa yang buat last minit itu rasanya tidak ada guna lagi mungkin.

Sotong Kurita said...

kalau senarai calon sudah diumumkan, jangan pula ada yang buat sabotaj.. mana2 yang tidak terpilih atau digugurkan, akur saja la.. lihat dulu apa kesilapan yang telah dilakukan sebelum mengandaikan keputusan PM itu yang silap..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels