20 May 2012

Pilih pemimpin yang tahu berkerja jangan yang tahu bercakap

Pilih pemimpin yang tahu bekerja, jangan pilih pemimpin yang hanya tahu bercakap. Kenapa demikian? sebagai negeri yang sedang membangun, pembangunan fizikal seperti prasarana sangat diperlukan. Selain itu, pembangunan yang menjana pendapatan rakyat juga sangat-sangat diperlukan sebagai kaedah membangun rakyat.

Kenapa penduduk Kota Belud suatu masa tergolong dalam kategori miskin? sebabnya.. mereka tersalah pilih pemimpin. Mereka terpilih pemimpin yang petah bercakap, petah berpidato, tetapi tidak mampu bekerja untuk kepentingan rakyat.

Memang dalam politik, rakyat lebih senang terpengaruh pada pemimpin yang orator, apatah lagi pemimpin yang mampu membuat janji-janji yang retorik. Manakala pemimpin yang kurang mahir dengan cara itu, hanya bercakap soal pembangunan rakyatnya, bagaimana rakyat yang diwakilinya maju dan mempunyai taraf hidup yang setanding dengan rakyat yang telah maju.

Menjelang PRU-13 ini, ramailah  mereka yang MERASA sebagai pemimpin berjinak-jinak dengan rakyat, mencuba berbagai kaedah untuk menarik perhatian, seolah-olah mereka itu seorang pemimpin yang boleh dihandalkan oleh rakyat, boleh dihandalkan oleh parti, malah oleh kerajaan sebagai calon boleh menang.

Namun, apabila melihat latar belakang mereka itu, nama mereka boleh dikenal kerana mengikut-ikut program turun padang yang diatur oleh pemimpin yang kuat bekerja itu. Mereka hanya menumpang tuah, menumpang toi, sedangkan mereka itu, tidak mempunyai senerai yang boleh diketengahkan sebagai seseorang yang berjuang untuk rakyat. Apa yang ada, adalah mempergunakan rakyat sebagai wadah untuk mendapatkan habuan, baik berupa projek mahupun jawatan.

Sayang sungguh... apabila genap sepenggal sebagai wakil rakyat, yang mengalami perubahan adalah wakil rakyat itu, sedangkkan rakyat yang diwakilinya tetap pada tahap awal dan asal.

Perlu diingat, pembangunan adalah PROSES. Pembangunan tidak akan boleh berjaya dalam seklip mata. Oleh sebab itu, kepada rakyat, bukalah mata... jangan terpengaruh dengan mereka yang hanya BERGIAT menjelang PRU-13... yakinlah mereka itu, hanya mahu mempergunakan rakyat sekali lagi untuk mendapat habuan untuk diri sendiri setidak-tidaknya dalam tempoh empat tahun.

Pilihlah pemimpin yang senantiasa berdampingan dengan rakyat,  senantiasa mengambil tahu kesusahan rakyat, bukan pemimpin yang hanya mahu mempergunakan rakyat demi kuasa pribadi.

Jika ditakdirkan, bahawa Parti yang kita naungi terpilih pemimpin yang hanya berjuang untuk diri sendiri, BERANILAH MENOLAKNYA, kerana kalau kita terus memilihnya maka pucuk pimpinan tidak akan terbuka mata, sosok yang bagai mana pemimpin yang kita perlukan mewakili kita.

7 comments:

mantera said...

rakyat kena bijak dalam memiloih pemimpin, pilih pemimpin yang boleh melakukan kerja dgn baik. jgn pilih tau bercakap sahaja.

Hamdan Hadillah said...

Itu sudah semestinya.. Calon perlulah tahu melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang wakil yang dipilih.

Scarlett said...

Ukur baju di badan sendiri sebelum memberikan janji kepada orang ramai.

Green Sabah said...

The people must learn how to judge a leader, make sure they are capable, qualified and hardworking. Don't just vote a leader that only make empty promises. Make the right decision during the next general elections.

Green Sabah said...

Hope that the candidate sent out to represent a party is not only winnable, but also capable of becoming a good leader that is willing to serve the people.

Harryzan Aming said...

pemimpin2 BN sekarang semuanya tahu bekerja.. cuma ada segelintir sahaja yang hanya tahu bercakap tapi kurang bekerja..

Harryzan Aming said...

bagi saya punca utama yang membuatkan sabah mundur dan miskin ialah penggiliran ketua menteri.. jika sistem ini tidak digunakan di Sabah, saya yakin Sabah jauh lebih maju dari apa yang kita lihat hari ini..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels