19 June 2012

Bila-bila masa Lajim berpindah kapal

Hari ini ada yang nampak Lajim Ukin sedang berbincang empat mata dengan Azmin Ali di sebuah hotel berhampiran KL Sentral.

Sabtu lalu, MP Beaufort itu mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno, seseuai dengan janjinya, bahawa beliau tidak mahu lagi bertanding sebagai Ketua Bahagian Umno.

Minggu lalu, Timbalan Menteri itu digembar gemburkan oleh pihak Pembangkang, terutama Pimpinan PKR negeri, bahawa beliau akan menyertai PKR, atas sebab itu Anwar tergesa-gesa melawat Sabah, semata-mata untuk menerima mereka.

Namun semuanya itu, tidak menjadi; sebaliknya Lajim terus bermain wayang.

Agak-agaknya apa yang beliau tunggu? barangkali ??????

2 comments:

zgmail said...

orang yg tamak selalu rugi..mungkin anwar janji utk lantik dia ke jawatan menteri penuh atau ketua menteri..

little napolean said...

nunggu duit ler...... tak masyuk lagi dalam account tuuuuu

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels