20 June 2012

Menjelang PRU-13 bermunculan pejual ubat

Acapkali tibanya pilihanraya, bermunculanlah penjual ubat. Bermacam ubat ditawarkan, meskipun ubat-ubatan yang dijual itu belum ada bukti klinikal.Kata P.Ramlee.. tersalah makan, maut.

Para penjual ubat itu, mengakui bahawa ubat yang mereka jual lebih baik, daripada ubat-ubatan yang biasa diambil oleh rakyat jelata. Mereka menafikan, bahawa ubatan-ubatan yang dibekalan selama ini, tidak baik, meskipun sangat mujarab.

Berbiuh mulut mereka menjaja ubat-ubatan mereka, dengan mengatakan mempunyai berbagai macam kandungan meskipun mereka tahu bahawa kandungan ubat-ubatan itu  palsu dan penipuan.

Disebabkan kepetahan mereka bercakap, sehingga ada juga yang terbujuk, terayu dan akhirnya tertarik. Malang sungguh, bagi mereka yang terbujukrayu ini. Sekiranya mereka berpijak dibumi nyata, pasti mereka tidak mudah terpengaruh.

Berbagai ragam rakyat yang terpengaruh. Pertama-tama yang terpangaruh adalah mereka yang tamak dan haluba, diikuti oleh golongan yang dendam, dan ketiga oleh golongan yang mempunyai agenda tersendiri.

Golongan tamak dan haluba, tidak peduli, apakah ubat-ubatan yang mereka jaja menjahanamkan rakyat, yang penting kedudukan dan kuasa perlu dirai dan didapat.

Golongan yang menaruh dendam pula, kerana kehilangan kuasa kerana masalah sendiri, mempergunakan rakyat untuk mendapatkan kuasa semula. Mempergunakan rakyat untuk mendapat kekayaan semula. Mempergunakan rakyat untuk menumpuk kekayaan semula. Mempergunakan rakyat untuk salahguna kuasa.

Sementara golongan yang beragenda sendiri, adalah golongan yang tidak suka kepada keadaan negara yang aman damai, kerana penyaja mereka mahukan demikian. Mereka diupah oleh golongan tertentu daripada luar negara, untuk menjahanamkan keamanan dan perekonomian negara. Golongan Bersih umpamanya adalah contoh mereka yang mempunyai agenda sendiri.

Kepada rakyat negara ini, berhati-hatilah berhadapan dengan para penjual ubat ini, kerana mereka semua berkemahiran dalam tipu muslihat; entah-entah kita yang sihat walafiat akan jatuh sakit, lumpuh dan apa yang mendukacitakan boleh membawa maut.

19 comments:

mantera said...

penjual ubat paling hebat adalah pembangkang, byk penipuan dilakukan untuk melariskan ubat mereka.

mantera said...

kita kena hati2 dgn kata2 penjual ubat dan jgn mudah terpegaruh dgn penjual ubat tersebut.

Borneo Paradise said...

Semakin dekat pilihanraya, semakin luarbiasa "ubat2" yang dijual pembangkang.

pendidikan untuk rakyat mahu diberi percuma. dana PTPTN yang sudah menjangkau lebih RM40 billion yang disalurkan kepada pelajar IPTA dan IPTS, dalam dan luar negara mahu dihapuskan begitu saja. tol yang melibatkan lebih 60 billion kos pembangunan dan penyelenggaraan juga mahu dihapuskan..

mereka ingat, cukup sekadar melafazkan janji demi janji. mereka ingat cukup sekadar membuat tuduhan demi tuduhan yang buruk kepada BN. mereka ingat rakyat terlalu rendah tahap pemikiran mereka, seolah2 rakyat ternganga mendengar segala keburukan BN yang dijaja. mereka ingat rakyat tidak akan mempersoalkan langsung segala kata2, janji dan temberang pembangkang??

Borneo Paradise said...

selepas menaikkan gaji kakitangan awam, pemberian BRIM, KRIM, Menu1Malaysia, durian runtuh untuk peneroka, Najib umum pula penurunan yuran daftar perniagaan menjadi RM50 sahaja dari RM200 ke RM300 kepada lebih 500,000 peniaga kecil.

kerajaan Selangor pula baru terkial2 nak tunaikan janji bantuan RM50 sebulan kepada anak tadika yang dibuat 4 tahun lalu.

Borneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)

Boss ku said...

Mereka yang hanya tahu bercakap tapi belum tentu mampu tunaikan kata2 mereka ibarat penjual ubat yang belum tentu keberkesanan ubatnya.

Valeria Payton said...

Kalau PR dapat tawan Putrajaya, mereka nak beri pendidikan percuma bermula dari sekolah rendah sampailah ke universiti. Memang ramai yang akan tergugat dengan tawaran ni sebab perkataan 'PERCUMA'tapi rakyat kena fikir2kan, logik ka janji mereka. Dari mana mereka boleh dapat sumber kewangan yang banyak? di negara yang amalkan pendidikan percuma ni, beban kewangan tu dipindahkan dalam dalam bentuk cukai. Jadi, keadaan yang sama kemungkinan akan dilakukan oleh PR nanti.

hafinA A said...

Haha Pembangkang mesti menjadi segala penjual ubat yang hebat kepada rakyat. Kerana kita sendiri tahu yang mana Pembangkang akan memberikan pelbagai janji untuk memastikan mendapat sokongan. Betul atau tidak kita boleh lihat sendiri apa-apa parti pembangkang pun tidak kita dari Sabah dan Sarawak mahupun Semenanjung.

TuhauBam said...

keadaan biasa diambang PRU

TuhauBam said...

Janji2 PR tu belum tentu lagi tu, tinggi mengunung takut2 tidak kesampaian di puncak.

DorianG said...

Dr Mahathir Mohamad has welcomed the intention of Prime Minister Najib Tun Razak to honour the people's five-year mandate for the Barisan Nasional (BN) government to administer the country.

DorianG said...

The former prime minister said Najib should use the time left in the mandate (up to April next year) to inspire confidence in the ability and concern of the BN leadership for the people.

DorianG said...

"But there's a possibility, if the government allows a longer time to lapse (before calling for the next general election), they may face all kinds of demands, and threats of no support if the demands are not met," he told reporters after opening the 51st annual general meeting of the Islamic Welfare Organisation of Malaysia (Perkim)..

DorianG said...

Najib said there was no question of the BN being insecure about the next general election, following allegations by the opposition that he was intentionally delaying it.

DorianG said...

The Umno president and BN chairman emphasised that BN was given a five-year mandate to prove its leadership and administration capability to develop the nation and take care of the people.

DorianG said...

Dr Mahathir said his view of the success of BN candidates being determined by Chinese voters was based on reality and not sentiment or other factors.

DorianG said...

"Previously, the BN won because we had the Chinese voters' support. When the Malays split, the Chinese determine the winner. When the Chinese split, the Malays determine the winner," he said.

DorianG said...

Commenting on claims that the BN was buying the people's support, Dr Mahathir said the cost of living was on the rise and affecting the lives of the poor.

DorianG said...

Najib said having the general election too early meant that the BN government would be shortening the term handed to it by the people.

DorianG said...

Therefore, any direct monetary assistance from the BN government to the people to ease their burden should not be construed as an attempt to bribe them, he said.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels