27 June 2012

Musa bukan katak- Jeffery Kitingan mengarut

Datuk Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah, tidak pernah melompat parti seperti mana dakwaan Jeffery Kitingan.

Jeffery membuat justifikasi pada dirinya yang kaki lompat, kononnya untuk mencari penyelesaian bagi Sabah. Menurut Jeffery, di Sabah, tiada seorangpun pemimpin tulin, termasuk Musa yang juga pernah melompat parti.

Jeffery sebenarnya mengarut, kerana Musa tidak pernah melompat parti, kerana Usno yang merupakan parti asalnya, telah dibubarkan untuk tujuan, agar supaya seluruh ahli usno masuk Umno secara serentak.

Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1990, walaupun secara rasminya tahun 1991, atas sebab peristiwa tikam belakang parti PBS terhadap BN, yang keluar menyertai Semangat 46 diambang pembuangan undi pada tahun 1990.

Semua ahli Usno termasuk Musa menyertai Umno semasa Umno sebagai parti pembangkang di negeri Sabah.

Tindakan Musa dan para pemimpin Usno berlainan dengan cara Jeffery. Jeffery bertindak keluar daripada PBS pada tahun 1994 dan menubuhkan PBRS. Disebabkan tidak berjaya sebagai Presiden, maka Jeffery keluar lagi untuk menyertai AKAR. Di AKAR juga Jeffery gagal menjadi presiden, sekali lagi dia keluar.

Kemudian Jeffery masuk semula ke parti PBS. Akibat keinginannya untuk menjadi  timbalan presiden parti abangnya itu gagal, sekali lagi Jeffery keluar parti.

Jeffery mencuba masuk Umno dengan menggunakan nama aliasnya Gafari, namun tindakannya itu berjaya dikesan, dan permohonannya ditolak.

Selepas itu, Jeffery menyertai PKR, akan tetapi gagal dilantik sebagai Pengerusi PKR negeri, maka seperti biasa dia keluar lagi.

Kini, Jeffery adalah Pengerusi STAR cabang Sabah. Pertanyaan selanjutnya bilakah Jeffery akan keluar lagi!!!

16 comments:

mantera said...

Jeffrey sebenarnya adalah raja katak,, jadi tak perlu nak menuduh orang lain pun mcm dia.

mantera said...

Musa tak pernah pun lompat parti.. Musa pemimpin yang berpendirian. bukan sepert Jeffrey yang tiada pendirian.

kamilla said...

Datuk Jeffry yang suka lompat parti.Tiada pendirian.

kamilla said...

Datuk Musa tidak pernah lompat Parti, beliau setia dengan BN.JK yang suka lompat Parti.

Frances Samil said...

Jeffrey tidak mahu ulung bah tu. Itulah beliau menyatakan yang ahli2 politik lain pun katak.

Frances Samil said...

Jeffrey pasang angan2 mahu jadi KM Sabah saja sebab presiden parti sudah tercapai.

unknown said...

He is just bluffing, no need to pay so much attention on him.

unknown said...

Jeff felt betrayed maybe.

unknown said...

Perhaps we should just move forward.

unknown said...

He is just one of the " old stars ".

unknown said...

Good luck.

TuhauBam said...

JK sudah 6 kali lompat parti sebelum menajdi president Star.

TuhauBam said...

JK juga pernah memohon untuk menyertai umno tapi ditolak.

Jeff Ambuyat said...

terdesak ba si Jeffrey tu mahu cover diri dia sendiri..

Jeff Ambuyat said...

memang nampak la gila kuasa si Jeffrey.. kalau dia tidak gila kuasa, kenapa perlu dia bawa parti sarawak masuk ke negeri ini?? kenapa tidak bantu atau bergabung saja dengan parti Sapp?? siap dia umumkan mahu bertanding di semua kerusi lagi tu..

Naspazi said...

SUNGGUH RAKYAT SABAH PANDAI PILIH PEMIMPIN

1. MALAYA merdeka pada 31 Ogos 1957;
2. SARAWAK merdeka pada 22 Julai 1963;
3. SABAH merdekaan pada 31 Ogos 1963;
4. SINGAPURA merdeka pada 31 Ogos 1963;
5. BRUNEI merdeka pada 23 Februari 1984; dan
6. MALAYSIA ditubuhkan pada 16 September 1963.

Premis 1: Kini, Hutang Malaysia sehingga 11 Jun 2012 Mencecah RM470.76 Bilion. Manakala Sabah pula, menjunam menjadi negeri termiskin di Malaysia.

Premis 2: Sementara Brunei dan Singapura pula, bukan sahaja menjadi negara tanpa hutang, bahkan antara 5 negara terkaya dan termaju di dunia.

Premis 3: Kalau begitu, rakyat Sabah memang patut mendewakan pemimpin sekarang ini (Musa Aman) di atas kepandaiannya mengurus tadbir Sabah...!!! by Naspazi

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels