10 June 2012

Pengundi muda penentu keputusan PRU-13?

MASIH terdapat 3.6 juta rakyat negara ini yang layak mengundi akan tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi. Kegaglan mereka untuk mendaftar itu, menjadi isu perdebatan di kalangan parti-parti politik, termasuk juga SPR. Namun keadaan kini, perkara itu bukan lagi menjadi isu, sebaliknya isu trend pengundian pula menjadi isu perdebatan. Berdasarkan rekod terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi muda yang dalam kategori lingkungan umur 21 hingga 39 tahun - telah mencecah angka 5.2 juta orang.

Kedudukan terbaru jumlah pengundi muda itu diambil daripada keseluruhan Daftar Pemilih Induk bagi suku pertama hingga suku keempat 2011. Ia tidak termasuk jumlah daftar pemilih suku pertama tahun ini (Januari, Februari dan Mac) yang telah diwartakan dan boleh mengundi sekiranya Parlimen dibubarkan pada bila-bila masa dari sekarang.

Realitinya daripada keseluruhan Daftar Pemilih 2011, graf pengundi menaik sehingga umur 50 tahun. Ini bermakna golongan yang berusia di bawah 50 tahun semakin ramai. Apa signifikannya? Adakah angka pengundi muda ini tanda penentu atau 'liabiliti' kepada parti-parti tertentu?

Dari segi statistik, pengundi yang berumur 21 hingga 29 tahun mencatatkan jumlah 2.3 juta orang. Jika secara mata kasar dan pengamatan secara amnya, golongan dalam kategori itu banyak dipengaruhi emosi.

Kalau ada isu-isu sensitif yang dekat dengan hati mereka, golongan inilah yang akan turun ke jalanan - apabila diajak oleh pihak yang berkepentingan. Juga, kalau diajak ke masjid, ke masjidlah mereka.

Cuba perhatikan perhimpunan haram Bersih 3.0 dan isu bantahan terhadap PTPTN. Kumpulan manakah yang ramai? Sudah tentulah orang muda. Sebab itu kalau diteliti, pihak yang boleh mencetuskan isu yang 'sehati sejiwa' dengan orang muda, boleh memanipulasi segala peluang.

Tidak semua 'manipulasi peluang' itu berniat jahat. Jika ia positif untuk kebaikan anak- anak muda - lakukanlah. Ia seperti mana yang dibuat oleh kerajaan dengan menggerakkan Himpunan Jutaan Belia yang mencapai angka hadirin melebihi 2. 4 juta orang sehinggakan 'pihak di sana' kelam-kelibut mengatur program serupa.

Bagi golongan kategori umur 30 hingga 39 tahun, jumlah terkini ialah 2.8 juta orang. Kalau diperhatikan, mereka ini sedang mencapai peringkat kematangan dan paling ramai yang menganggotai parti-parti politik.

Majoriti daripada kategori ini juga sudah memasang niat untuk membuat pemilihan pucuk pimpinan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Ideologi dan pemikiran politik sudah ada dalam fikiran mereka. Namun, jika ada sesuatu isu yang 'mengganggu' emosi mereka ketika ini, kategori ini akan menjadi penentu penting pilihan raya.

Untuk kategori umur 40 hingga 49 tahun, angka yang diperoleh penulis juga mencatat jumlah yang sama dengan kategori sebelum ini, iaitu 2.8 juta orang. Kategori umur ini merupakan golongan yang benar-benar matang.

Bagi usia 50 hingga 59 tahun pula yang mencecah 2.3 juta orang, mereka merupakan golongan yang sudah membuat keputusan. Hitam, hitamlah dan jika putih, putihlah ia.

Inilah trend pengundian ketika ini. PRU-13 nanti adalah milik pengundi muda. Mereka akan menjadi penentu terhebat dalam pemilihan pucuk pimpinan negara.

Atas sebab inilah sesiapa sahaja - dalam konteks ini adalah parti-parti politik - yang bijak melakukan kreativiti dalam menarik anak-anak muda ke sisi mereka, akan berjaya. Meskipun nampak isunya remeh, namun kerana percaturan dalam beberapa bulan ini menjadi titik tolak penting, parti itulah yang akan menduduki Putrajaya.

Cuma, pada masa ini pengurusan sesuatu isu itu amat penting. Dari segi negeri-negeri yang mempunyai pemimpin-pemimpin Barisan Nasional berjawatan dalam Kabinet, mereka perlu kreatif dan bijak melihat isu. Jangan pula tidak mainkan peranan yang sepatutnya.

Dan jangan pula, asyik bergantung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencongak dan kreatif bermain isu.

Cuba perhatikan isu 'lebuh raya rakyat' yang dimainkan oleh Pas di Kelantan. Isunya memang remeh kerana setelah lebih 20 tahun memerintah, barulah kerajaan Pas Kelantan sibuk mencanang di merata-merata pelosok negeri untuk membina sebuah lebuh raya yang memakan kos berbilion ringgit.

Kalau pihak dari luar Kelantan, tentu akan tersenyum sendiri kerana kos untuk membina lebuh raya itu cuma hendak dikumpul dan 'ditadah' dengan tangan sahaja - mengutip derma daripada rakyat Kelantan.

Orang dari luar akan menggeleng-gelengkan kepala berkali-kali kerana duit yang dikutip daripada khalayak yang hadir dalam ceramah-ceramah Pas pun tak tahu ke mana menghilang, inikan pula wang yang mahu dikutip untuk pembinaan sebuah lebuh raya.

Tetapi itulah Pas. Macam-macam 'kreativitinya' sehinggakan penulis yang sedang dalam perjalanan memasuki Hutan Jeli menuju ke Air Lanas kelmarin, terpaku melihat gambar 'tok guru' di sebelah iklan 'Merancang Membina Kilang Air Mineral di Batu Melintang'.

'Kreativiti' oleh Pas itulah yang boleh mendekatkan parti itu dengan rakyat Kelantan termasuk anak muda. Tidak kiralah ia propaganda atau tidak, 'kreativiti' itulah boleh 'membunuh' parti pemerintah.

Trend pengundian untuk PRU-13 nanti akan didominasi pengundi muda. Beberapa bulan ini akan menjadi penentu parti mana yang paling layak memerintah negara.

Dekatlah dengan anak-anak muda. Di sebalik cakap-cakap kategori umur 21 hingga 29 tahun dikatakan lebih banyak bersandarkan emosi dalam membuat pilihan, pedulikanlah dan dekati serta bimbinglah mereka ke arah demokrasi yang sihat dalam menentukan kerajaan paling berwibawa.

19 comments:

mantera said...

pengundi muda jg memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan PRU 13. kebanyakkan mereka adalah atas pagar.

Jose Madrigal said...

Golongan muda, darah pun muda. Memang mudah dikawal oleh emosi. Tapi mereka sebenarnya kena rasional dan nilai sesuatu perkara daripada pelbagai aspek.

Jose Madrigal said...

Semua parti politik memberi tumpuan lebih kepada golongan muda agar dapat meraih sokongan daripada mereka.

Hamdan Hadillah said...

Perkara ini dapat dinafikan lagi. Pengundi Muda memainkan peranan mereka menentukan kerajaan akan datang. Ini kerana pengundi Muda ramai yang atas pagar.

Hamdan Hadillah said...

Jadi jika pengundi muda itu amat penting bagi menentukan kerajaan dekati mereka untuk menyertai dalam PRU13 nanti.

Kris Jr said...

Ramai golongan atas pagar terdiri daripada orang muda.

Harryzan Aming said...

masalah pengundi muda tidak mengundi mungkin boleh diatasi sekiranya pendaftaran secara automatik dapat dilaksanakan..

drako drakonius said...

Barisan Nasional (BN) is a caring and responsible government that is committed to safeguarding the welfare of the people from all levels, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

drako drakonius said...

Barisan Nasional (BN) is a caring and responsible government that is committed to safeguarding the welfare of the people from all levels, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

drako drakonius said...

He said under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, various efforts have been taken, starting with the 1Malaysia People First, Performance Now concept, based on which various programmes were introduced to enable the government to serve the people better.

drako drakonius said...

This included the Government Transformation Programme (GTP), Economic Transformation Programme (ETP), National Key Result Areas (NKEAs) and National Key Economic Areas (NKEAs), Political Transformation Programme (PTP), and now the National Transformation Policy (NTP).

drako drakonius said...

All these initiatives will be able to strengthen the government delivery system, consequently propel the economy forward and enhance our global competitiveness.

drako drakonius said...

As such, all Malaysians in Sabah to continue supporting the government’s aspirations to further improve the economy towards ensuring prosperity for all.

drako drakonius said...

MSAM is an annual investment education exposition organized by Permodalan Nasional Berhad (PNB), and participated by major investment agencies and financial institutions.

drako drakonius said...

Musa noted that Najib has also introduced 1Malaysia Clinic, 1Malaysia Store, Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) and Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

drako drakonius said...

BN political achievement has been proven through the success of the GTP and ETP, as presented by the Prime Minister recently.

drako drakonius said...

As a result, the governmen have managed to improve the socio-economy and the income of the people, widen access to high quality education, and improved basic amenities and infrastructure for the people in the rural areas.

drako drakonius said...

In conjunction with the MSAM being hosted at the Likas Sports Complex, Musa who is also State Finance Minister, urged the public to fully utilize the programme to gain knowledge and start their own investment.

drako drakonius said...

He said the government wanted to create investment-literate society that would not be easily deceived into investing in unscrupulous loan and quick rich schemes that would only burden them.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels