9 June 2012

Perasaan kah anda parti mana yang disokong rumpun bajau pasti menang

Perasaan kah anda, parti mana sahaja yang mendapat sokongan rumpun bajau pasti menang dan membentuk kerajaan.

Penyebabnya adalah hampir separuh daripada jumlah penduduk negeri ini adalah rumpun bajau. Jika diterjemahkan kepada pengundi, jumlahnya juga separuh daripada jumlah pengundi.

Di Sabah, kerajaan BN sangat terhutang budi pada sokongan masyarakat ini, kerana hampir separuh daripada jumlah kerusi DUN Sabah, disumbang oleh golongan masyarakat ini, demikian juga BN pusat, jumlah kawasan parlimen yang diwakili oleh masyarakat rumpun bajau hampir separuh daripada 25 kerusi parlimen.

Selain itu, masyarakat rumpun bajau mendiami kawasan pantai dan tanah landai untuk tujuan penanam padi atau tanaman semusim. Mengapa demikian? masyarakat rumpun bajau adalah pelaut unggul di masa lalu atas sebab itu, mereka memilih berdiam di kawasan-kawasan pantai atau sungai; sementara tanah landai pula menyebabkan golongan masyarakat itu termasuk dalam petani unggul.

Penduduk lain perlu juga berterima kasih kepada golongan masyarakat ini; kalaulah bukan mereka, maka sumber protein daripada ikan dan karbohidrat daripada padi atau ubi tidak akan dinikmati oleh masyarakat lain. Selain itu, sumber protein daripada haiwan seperti lembu dan kerbau serta kambing atau ayam kampung;antara yang disumbangkan oleh masyarakat itu.

Air kelapa muda.. merupakan perniagaan yang dikembangkan oleh masyarakat bajau, sebabnya, kelapa adalah tanaman yang tumbuh subur di kawasan pantai atau kawasan berpasir. Kini kelapa muda, sudah merupakan salah satu menu minuman bukan sahaja di restoran-restoran atau gerai malah di hotel-hotel berbintang, malah di chalet-chalet peranginan.

Sementara budaya rumpun juga sebahagian telah di terima di peringkat nasional; hasil tenunan seperti tubau juga menjadi simbol pakaian etnik tertentu di negeri ini.

Makanan rumpun ini sebahagian sudah terasimiliasi dan menjadi makanan nasional. KUIH cincin boleh didapati di mana-mana dalam negara dan sedikit masa lagi akan diikuti oleh pinjaram dan kuih jala. Selain itu, "putu" sudah menyebar di semenanjung, malah banyak juga gerai-gerai yang menyediakannya.

Disebabkan rumpun bajau terdiri daripada berbagai etnik, dan semuanya beragama islam, pengamal budaya yang hampir sama dengan budaya suku melayu, dan kini sudahpun ramai menggunakan bahasa pertuturan melayu, walaupun bahasa ibunda masih digunapakai; maka demi mengayumi kumpulan etnik itu, maka satu pertubuhan telah ditubuhkan. Pertubuhan itu adalah United Sabah Bajau Organisation (USBO).

Pertubuhan itu mempunyai visi yang amat besar dan jauh, yakni memperjuangkan kumpulan etnik yang dinaungi agar menjadi sebahagian daripada bangsa besar dalam negara; memperjuangkan agar semua etnik dalam rumpun mampu berbicara sama rata dengan kumpulan bangsa besar.

Visi USBO sangat jelas, pertubuhan itu mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan besar dalam negara, atas sebab itu, memohon menjadi ahli terus barisan nasional, dan telahpun diterima.

Provokasi agar supaya USBO dijadikan sebuah parti, seolah-olah memperkecil tujuan pertubuhan itu. Menjadikan USBO sebagai parti, hanya mempersempit dan memperkecil perjuangan pertubuhan itu. Untuk itu, provokasi itu sebenarnya pandangan seseorang yang tidak mengetahui matalamat sebenar penubuhan pertubuhan itu.

5 comments:

mantera said...

kaum byk adalah antara kaum utama di Sabah, jadi mendapatkan sokongan mereka amar penting.

Jose Madrigal said...

Mudah-mudahan kaum Bajau asli Sabah dapat buat pemilihan yang terbaik dalam PRu13 ni

Jose Madrigal said...

Apa2 pun, bukan satu kaum saja yang menjadi penentu kepada sesuatu perkara. Kerjasama antara satu sama lain paling penting. Harap2 tidak end up macam 'ketuanan melayu'.

Hamdan Hadillah said...

Maka jangan abaikan tanggungjawab kepada kaum yang terdapat di Sabah ini.

Bujang Senang said...

Buktikan kepada rakyat yang mana kerajaan mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat. Jangan biarkan rakyat terus ternanti-nanti apa yang kerajaan akan lakukan kepada mereka.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels