1 June 2012

Tidak selamanya Lajim jadi faktor penentu

Jika tahun 1994, Lajim merupakan faktor penentu kepada BN Sabah membentuk kerajaan, mungkin itu yang difikirkan  Presiden PBBS itu ; atas sebab itu, untuk beberapa waktu, beliau mengatur strategi untuk melakukan langkah yang sama dengan menyertai Pembangkang melalui PKR.
Lajim menggunakan taktik lama-wait and see dan demand sesuatu daripada pucuk pimpinan sepertimana taktik para pemimpin Sabah yang pernah keluar daripada parti asal samada menubuhkan parti baru ataupun menyertai parti lawan. 

Awal tahun ini, angin bertiup kencang, bahawa Lajim akan keluar Umno untuk mengetuai sebuah parti yang dijenamakan semula, namun spekulasi itu dinafikan sendiri oleh beliau.

Walaupun penafian demi penafian yang dilakukan oleh AMT Umno itu, sebaliknya di peringkat penyokongnya, tetap berkeyakinan bahawa Timbalan Menteri itu akan tetap keluar Umno, kerana angin kencang cukup kuat bertiup, bahawa beliau tidak akan dicalonkan lagi atas sebab bukan calon winnable.

Kedudukan Lajim pada masa terkini, bukan lagi berupa spekulasi, akan tetapi pasti, apabila beliau mengorak langkah, memberi kata dua kepada Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Salleh Tun Said agar menarik balik pandangan Speaker DUN Sabah itu mengenai P20.

Lajim turut mengancam, bahawa beliau akan mengadakan demonstrasi sempena lawatan Najib ke Sabah pada 9 Jun, jika Salleh tidak menarik balik pandangannya dalam tempoh 10 hari.

Ramai yang melihat, bahawa ancaman Lajim secara terbuka kepada Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu, merupakan taktik untuk menzahirkan bahawa beliau akan keluar Umno. 

Sebenarnya, sejak sekian lama, Lajim mencari kaedah atau taktik, bagaimana beliau keluar daripada Umno. Nah, secara kebetulan pada perasmian siber trooper pemuda BN pada 25 Mei lalu, Salleh mengutarakan pandangannya mengenai P20. Akibat pandangan itu, maka lajim mengambilnya secara sempit, seolah-olah Salleh menidakan memorandum yang dikemukakan berbagai parti kepada IGC sebelum pembentukan Negara Malaysia.

Sebenarnya tiada silappun mengenai pandangan Speaker DUN Sabah itu mengenai P20; oleh kerana Lajim mencari, kambing hitam untuk beliau keluar parti, maka beliau mengangkat pandangan Salleh itu.

Spekulasi bahawa MP Beaufort tersebut akan keluar Umno, kononnya akan juga turut disertai MP Tuaran, yang juga Timbalan Presiden UPKO dan beberapa mantan pemimpin yang sudah expired-antaranya Tan Sri Kasitah Gadam. dan Datuk Osu Sukam.

Apa kah tindakan Lajim kali ini akan berjaya? atau kah mencurahkan air di tempayan bila mendengar guruh di langit... hanya rakyat yang menentukan. Jika benarlah Lajim keluar Umno bersama Welfred Bumburing, maka jelaslah perjuangan mereka bukanlah untuk rakyat, sebaliknya untuk diri sendiri,

Nota: Lajim dan Bumburing  serta Kasitah adalah mantan Pemimpin PBS.

12 comments:

mantera said...

Lajim dah menafikan dia akan keluar UMNO, jadi isu ini tak perlu nak dibangkitkan lagi.

mantera said...

pasti ada pihak cuba menghangatkan isu ini untuk memecah belah BN Sabah.

thinaj said...

It should not be a speculation any more since Lajim himself denies quitting UMNO.

thinaj said...

Besides, i don't think Lajim should quit just because he is not a winnable candidate. He should be understanding enough to let others be the candidates just as long as they could help with the victory.

Scarlett said...

Khabar angin yang dikitar semula berkali-kali. Lajim masih dan akan bersama UMNO.

Scarlett said...

Lajim pun tentu sudah penat memberikan penjelasan tentang isu beliau akan keluar parti . Lagi pun ini negara demokrasi. Boleh pilih parti yang disukai.

Suara Rakyat said...

Kalau dicalonkan oleh BN dan menang.. apakah kejadian tahun 1994 tidak berulang? ini yang berlegar-legar dikalangan pemimpin BN. Faktor ke arah itu memang mengyakinkan, berasaskan tindak tanduk MP Beaufort ini sejak akhir2 ini... seolah2 beliau memabawah misi parti lawan.

Dalam demokrasi, tidak salah memilih parti, tapi jangan jadi musang berbulu ayam.. Tahun 2008, calon2 SAPP guna tikit BN dan menang... apabila Yong Teck Lee guna parti sendiri..pada PRK Batu Sapi, undinya tercorot daripada tiga calon.. bukti jelas,kemenangan calon2 SAPP pada pru-12, bukan kerana pengaruh parti itu.

Keadaan inilah yang menyelubungi kedudukan Datuk Lajim, atas sebab itu, ramai yang tidak setuju beliau dicalonkan mewakili BN..

Green Sabah said...

If Lajim is still relevant to the party, I'm sure the top party leaders will still retain him. Maybe his past strategies can be reviewed first to see if it still works today.

Green Sabah said...

The decision to select the right candidates to represent the party is up to the top party leaders, if they don't think Lajim is a winnable candidate, they won't take the risk to appoint him. The leaders would also want the party to get the people's support.

Batresiah said...

Datuk Lajim akan terus bersama dengan BN untuk memastikan pembangunan dan kepentingan penduduk akan terus terjamin.

Jeff Ambuyat said...

adakah Lajim yang dimaksudkan telah berjumpa dengan Anwar?? jika benar, saya andaikan bahawa Anwar menggunakan strategi sebagaimana yang digunakan oleh beliau sehingga YTL membawa keluar parti SAPP keluar dari BN..

Jeff Ambuyat said...

apa2pun terpulanglah kepada Lajim menentukan masa depan politiknya.. jika Lajim hari ini berjuang dalam salah satu parti dari gabungan Pakatan, saya yakin beliau telah lama dipecat..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels