23 June 2012

Undi wanita penentu kemenangan: Salleh Said

Jumlah pengundi wanita yang melebihi separuh daripada daftar undi, merupakan faktor penentu kemenangan seseorang calon. Parti mana yang mendapat sokongan kaum wanita, maka parti itulah yang boleh menang.

Ketua Bahagian Umno Kota Belud, DSP Salleh Tun Said semasa merasmikan Juara Rakyat: Bulan Wanita & Keluarga bertempat di Dewan Tun Said Kota Belud hari ini, berkata peranan wanita sungguh penting dalam perjuangan parti, kerana atas sokongan mereka, parti akan terus teguh dan sukses.

Disebabkan peranan itu, kerja berpasukan sepertimana diamalkan kumpulan wanita supaya diteruskan, agar supaya mereka senantiasa kuat dan ampuh. Ibarat kata pepatah, lidi sebatang mudah dipatah, namun jika seberkas, maka terlalu sukar untuk mematahnya.

Wanita mempunyai peranan yang kuat untuk menangkis hasutan pembangkang, kerana sifat mereka yang dekat dengan rakyat. Untuk itu, kerjasama mereka kepada semua wakil-wakil rakyat BN adalah dituntut untuk mendapat maklumat-maklumat baru untuk tujuan disebarkan kepada akar umbi.

PRU-13 adalah sangat penting, kerana PRU itu merupakan ibu kepada semua PRU di negara ini. Melalui PRU itu, akan ditentukan apakah BN akan terus menerajui negara atau sebaliknya. Atas sebab itu, semua penyokong BN dan ahli-ahli parti BN, perlu berkerja keras termasuk kaum wanita, demi memastikan, agar BN terus menerajui kerajaan.

Hanya melalui kerajaan BN, segenap rakyat akan terbela. Kerajaan BN terus perhatin terhadap kesejahteraan rakyat, sehinggalah semua rakyat negara ini menjadi maju setanding dengan penduduk negara-negara yang telah maju.

Kawasan Kota Belud semakin membangun. Kewujudan Jelapang Padi, agropolitan, tempat-tempat pelancongan di kawasan itu, membuka peluang pekerjaan dan menjadi wacana untuk rakyat menambah pendapatan.

Kerja berterusan wakil-wakil rakyat BN yang senantiasa turun padang, untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat selain mendapat input untuk membuat perancangan, merupakan usaha murni. Atas sebab itu, kawasan Kota Belud dianggap sebagai kawasan pasti menang untuk calon-calon BN.

Usaha MP Kota Belud- Datuk Abdul Rahman Dahalan untuk menyelesaikan masalah airbersih, semakin beres, kerana 99 peratus, kawasan telahpun dipasang dengan paip-paip air, dan hanya menunggu air bersih untuk disalurkan.

Jelapang Padi dan Agropolitan, yang terus diperjuangkan oleh ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Jamli, semakin membuahkan hasil. Proses penaman padi secara bersepadu seluas 800 hektar akan berjalan dalam sedikit masa lagi. Melalui usaha itu, diperkirakan, produktiviti sehektar akan meningkat sehingga 8ton/hektar.

Pembangunan untuk rakyat akan dapat diteruskan, jika kestabilan politik terus kukuh; apatah lagi, jika semua para pemimpin sepakat dan berganding bahu, sepertimana yang ditunjukkan oleh para pemimpin Umno kawasan Kota Belud. Tahniah.

22 comments:

mantera said...

semua golongan termasuk golongan wanita memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan pilhanraya.

mantera said...

jadi semua golongan kena diberi perhatian.

Jose Madrigal said...

Semua undi bakal menentukan kemenangan la.

Jose Madrigal said...

Yang penting undi tidak dicemari dengan kewujudan pengundi hantu atau projek ic.

Batresiah said...

Bukan saja undian wanita tapi semua pengundi sememangnya memainkan peranan yang penting untuk menentukan kemenangan kepada kerajaan BN pada masa akan datang.

Sanih Alias said...

Setiap undian yang dibuat adalah sangat berharga sangat-sangat. Maka sebaiknya mereka yang belum berdaftar sebagai seorang pengundi haruslah melaksanakan tanggungjawab anda.

TuhauBam said...

Saya yakin rakyat tahu memilih parti mana untuk diundi

TuhauBam said...

perpaduan dan kerja berpasukan akan memastikan kemenangan besar kepada BN supaya ia boleh kekal sebagai parti pemerintah

Jeff Ambuyat said...

ADUN Klias Datuk Azizah Mohd Dun pasti mampu menarik sokongan lebih ramai golongan wanita negeri ini..

DorianG said...

Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said the people must ensure Barisan Nasional (BN) remained in government because it had boosted the economy such that foreign investors were keen to come to Sabah.

DorianG said...

He said the investors were attracted by the peace and harmony not found in many other countries that were torn by war and strife because their people failed to unite.

DorianG said...

Political stability was also another factor that helped to lure foreign investment, he added.

DorianG said...

“Foreign investors will choose Sabah because of our political stability and I therefore ask that people in Sabah give their undivided support to BN at the 13th general election.

DorianG said...

“Our State has received a lot of lucrative investments because it is peaceful and stable here. It is the result of the commitment of BN leaders in ensuring development for the sake of the people,” he said when speaking at a gathering with community leaders of the Sandakan zone at the Sri Libaran multipurpose hall.

DorianG said...

They comprised Village Security & Development Committee chairmen, village chiefs, district chiefs and native chiefs.

DorianG said...

A total of RM10 billion in investments were secured from January to April this year as announced by the Deputy Minister of International Trade & Industry Datuk Mukhriz Mahathir.

DorianG said...

He had listed Sabah as the State with the highest investment and from the RM10 billion, RM4.5 billion was from a lobster cultivation project.

DorianG said...

The zone includes the five parliamentary areas of Sandakan, Kinabatangan, Libaran, Batu Sapi and Beluran.

DorianG said...

Musa said victory for BN in the next election can only mean greater economic benefits for the State.

DorianG said...

He also pointed out that good governance also attracted investors which prompted BN leaders to work even harder to ensure the State and country are properly administered.

DorianG said...

His message to the community leaders was for them to continue being the “eyes and ears” of the government at the grassroot level and to make sure the people received the right information on policies and development agenda.

DorianG said...

The Chief Minister said the community leaders must also help to counter claims made by the opposition that ridiculed and undermined the BN government.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels