7 June 2012

Usbo pilih bangsa besar

Rumpun Bajau yang bernaung dalam USBO mengambil iktibar pengalaman rumpun melayu di tanah besar melayu.; apakah itu di Indonesia mahupun di Semenanjung; selain itu juga pertubuhan rumpun bajau Sabah itu mengambil iktibar dalam soal etnik apa yang berlaku di negara-negara maju seperti mana berlaku di Australia mahupun Amerika.

Pendirian USBO tersebut terbukti, apabila Barisan Nasional membuka keahlian terus, maka NGO pertama yang memohon menjadi ahli adalah USBO.

Presiden USBO dan AMT pertubuhan itu memandang jauh berhubung nasib berbagai etnik yang dinaunginya. Atas sebab itu, bernaung atau bergabung dengan kelompok besar merupakan matalamat murni pertubuhan itu; agar suatu hari nanti, rumpun terasimilasi bersama kelompok lain yang mempunyai budaya sama, bertutur kata bahasa serupa dan beragama sama.

Jika ini berlaku, maka etnik rumpun bukan sahaja mampu menjadi suku bangsa yang kuat dalam negeri ini di mana ianya ditubuhkan, malah di peringkat nasional. Inilah matalamat masa depan USBO. Atas sebab itu, rumpun berbagai etnik bumiputera Sabah beragama islam itu, tidak terpengaruh dengan permintaan atau desakan kaum-kaum bumiputera lain di negeri ini; kerana USBO mempunyai matalamat jangka panjang; yakni menjadi sebahagian daripada bangsa besar di negara ini atau nusantara.

Matalamat dan tujuan para pemimpin Usbo bukanlah menjayakan proses amalgamsi, kerana terbukti di Indonesia, walaupun semua rakyatnya mengaku bangsa Indonesia, berbahasa Indonesia, akan tetapi bahasa etnik/ibuanda tetap subur. Bahasa Jawa/bahasa sunda/bahasa batak/bahasa lampung/bahasa padang/bahasa minang/bahasa banten tetap subur; malah setiap bahasa etnik di negara itu, bukannya memudar akan tetapi terus dipraktekan.

Jika dilihat daripada keperluan bahasa, bahasa jawa di Indonesia perlu diinstitusikan, kerana terdapatnya buku-buku yang ditulis dalam bahasa jawa kuno; akan tetapi di Indonesia perkara itu tidak berlaku; kerana bangsa terbesar di asia tenggara itu, mahu bersama dengan bangsa lebih besar, yakni bangsa indonesia.

Atas sebab itu, dalam bahasa indonesia; telah terserap bahasa-bahasa jawa yang telah diindonesiakan; inilah yang diharapkan oleh rumpun bajau melalui USBO, agar supaya suatu hari kelak, banyak kosakata etnik dalam rumpun itu dimelayukan dan menjadi sebahagian daripada bahasa kebangsaan. Proses ini berlaku kerana terdapatnya proses akultrasi berbagai etnik yang mempunyai budaya sama, beragama sama dan pada suatu ketika beranggapan "bersuku" sama.

Proses akultrasi selalu berlaku antara etnik yang lebih kecil kepada kelompok etnik yang lebih besar; bukannya sebaliknya. Sebab itu, selalu berlaku dalam kehidupan harian, yang kecil selalu bergabung dengan yang besar; demikian juga dalam politik, parti kecil selalu bergabung atau bernaung dengan parti besar.

Berasaskan kepada matalamat lebih besar dalam jangka panjang itu, maka etnik yang tergabung dalam rumpun Bajau; janganlah terkilan dengan penubuhan akademi yang berasaskan kaum di negeri ini, kerana itu bukan tujuan sebenar rumpun itu.

Para pemimpin USBO tahu bagaimana menggunakan mata dan hati. Sebab itu, apabila ada kritikan, mempersoalkan -Mengapa Usbo belum menubuhkan akademi/kolej sepertimana yang ditubuhkan KDM; adalah kritikan yang boleh dikategorikan sebagai kritikan "bodoh" kerana sipengeritik itu "melupuskan" pancaindera yang dikurniakan Allah padanya, di mana mempunyai mata, namun tidak mampu melihat, mempunyai hati tetapi tidak merasa.

Seorang bijak pandai seharusnya memberi komen yang boleh menjadi legasi atau teladan; sebab itu pepatah mengungkapkan, bercakap dengan orang bijak pandai walaupun hanya sebentar, namun lebih baik daripada belajar 10 tahun.

Dari awal-awal lagi para pemimpin USBO sudah menyatakan untuk menjadikan rumpun menjadi kuat, maka perlu berganding bahu dengan suku bangsa besar. Kalau diterjemahkan dalam bahasa politiknya, USBO terus berganding bahu bersama kepimpinan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO.

USBO mempunyai tugas besar dalam merealisasikan visi Perdana Menteri, yakni 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan. Atas sebab itu, USBO tidak kelihatan terlibat dalam perjuangan yang kecil; yang seolah-olah berjuang untuk kelompok yang dinaunginya, akan tetapi perjuangan yang lebih besar dan bersifat nasional. Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pernah berkata bahawa USBO mempunyai peranan besar untuk menjayakan budaya rumpun Bajau untuk mengwujudkan kepelbagaian budaya negara.

Selain itu, USBO juga melihat dan meneliti pendirian Perdana Menteri ke-6; Datuk Seri Najib. Tun Razak.

DS Najib semasa kepulangannya ke Pahang sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri, telah mencanangkan bahawa misi perjuangannya adalah berteras kepada gabungan antara dua misi Perdana Menteri sebelumnya, yakni wawasan 2020 dan melahirkan masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang dan dirangkumkan ke dalam konsep “ One Malaysia, People First and Performance Now”.


Melalui konsep itu jugalah dicanangkan bahawa negara akan berhadapan dengan berbagai transforamsi, tujuannya agar rakyat makmur dan sejatera.


Melalui konsep PM-6 ini diharapkan pada tahun 2020 selain negara sudah menjadi negara maju, seperti kata Rostow- lepas landas, juga dalam negara telah terjadi perubahan sosial berasaskan kepada empat prinsip: asimilasi, akomodasi, akultrasi dan amalgamasi. Rakyat berbilang kaum apabila ada yang mencari pasangan untuk hidup tidak lagi terkongkong dalam etnik mereka, telah menganggap warna kulit atau kesukuan bukan lagi satu kareteria kerana pada masa itu status dalam segi ekonomi telahpun bersamaan- inilah yang dikatakan asimilasi.


Semasa negara telah menjadi negara maju, tiada lagi yang mengkategorikan bahawa pakaian masyarakat yang biasa berhariraya puasa, merayakan hari kelepasan am tahun baru cina ataupun hari gawai hanya terkongkong kepada golongan masyarakat yang biasa merayakannya.. tetapi telah bermasyarakat- inilah yang dikatakan akultrasi.


Dua prinsip sosial ini ( asimilasi dan akultarsi) apabila telah menyerap dan membudaya, maka penyusunan semula masyarakat telah menjadi satu, tiada lagi yang berprinsip bahawa aku adalah aku, awak adalah awak, kamu adalah kamu. Pada masa itu semua berprinsip kita adalah kita.

Pada suatu ketika, mereka yang termasuk dalam rumpun, akan merasa bangga, kerana akibat penubuhan satu pertubuhan yang mereka naungi seperti USBO berjaya mengwujudkan satu kelompok bangsa yang besar.

Pada ketika dan masa itulah, akan teringat oleh generasi penerus betapa majunya para pemimpin USBO terdahulu dalam merungkai masa depan pertubuhan yang dipimpin pemimpin terdahulu.

Dalam benak para pemimpin USBO kini, telah terungkai berbagai kaedah untuk memajukan semua etnik dalam rumpun; memajukan dari semua bidang, ekonomi, pendidikan, sosial dan keagamman.

Tiada jalan mudah untuk mencapainya; sebab itu USBO melihat hanya melalui kuasa politik sahaja, rumpun dalam USBO boleh berjaya di masa depan; bukannya melalui monumen atau benda-benda yang bersifat fizikal.

Penubuhan USBO mengambil pengertian pendidikan, dimana pendidikan adalah berhubungan erat dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan perkembangan manusia, seperti perkembangan fisik, kesihatan, keterampilan, pikiran, perasaan, kemauan, sosial, sampai pada perkembangan Iman. Perkembangan ini bertujuan agar manusia berkembang menjadi lebih sempurna, membuat manusia meningkatkan hidupnya, dan kehidupan alamiah menjadi berbudaya dan bermoral.

USBO juga mengambil iktibar dalam perjuangannya antara lain daya dan upaya untuk memajukan budi pekerti (karakter dan kekuatan batin), pikiran (intelektual), dan jasmani anak-anak selaras dengan alam dan masyarakat. Selain itu, pertubuhan itu membantu/menggalakan perkembangan individu dari jasmani dan akal dengan sesuatu yang memungkinkan tercapainya kesempurnaan. Pendek kata, perjuangan USBO lebih bersifat universel, untuk memenuhi visi jangka panjangnya.

Bagi menikmatinya, Sabar adalah jawapannya, kerana jelas, apabila kabut pergi, nampaklah gunung.

8 comments:

Green Sabah said...

Hope that USBO party will continue to protect and fight for the Bajau community rights. All the best.

Green Sabah said...

I'm sure USBO will fight side by side with BN and other component parties for the sake of the Sabahans.

mantera said...

USBA adalah NGO untuk masyarakat bajau, ia harus terus perjuangan dalam memjaga kepentingan kaum bajau.

Ryanna Ryn said...

Lima NGO di Sandakan baru2 ni yang berikrar setia menyokong BN mungkin juga akan menjadi sebahagian daripada BN.

Jose Madrigal said...

Just walk the talk.

Jose Madrigal said...

All the best to USBO.

Hamdan Hadillah said...

Yang penting USBO tahu dimana kedudukan mereka sekarang ini. NGO yang mesra dengan politik Sabah.

Kris Jr said...

Apa2 hal pun jangan lupa pada tujuan penubuhan

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels