31 July 2012

Akhirnya Lajim ikut Anwar untuk kedua kalinya

PERJALANAN politik Lajim penuh dengan habuan. Tanpa habuan, beliau tidak akan bertindak.

Tahun 1994, Lajim keluar PBS kerana habuan jawatan-Timbalan Ketua Menteri Sabah, selain habuan-habuan tersembunyi yang lain.

Jangan lupa, cara Lajim meninggalkan PBS-usaha itu dilakukan oleh Anwar sendiri selaku Timbalan Perdana Menteri dan Pengarah Pilhanraya Sabah pada masa itu.

Kini untuk kedua kalinya Lajim ikut Anwar juga kerana habuan. Malangnya, tindakan Lajim kali ini, tidak mempunyai sebarang impak kepada kerajaan. Jika pada tahun 1994, PBS gagal mempertahan kerajaan atas sebab kehilangan majoriti di DUN Sabah, kerana tiga ADUN PBS melompat ke dalam Umno antaranya Lajim sendiri.

Menurut bacaan Lajim, pada PRU-13 BN akan kecundang, bercanggah dengan temuan ahli-ahli akademik atau pengamat politik tanah air, bahawa BN akan terus memerintah negara.

Perkiraan Lajim ini sama dengan perkiraan Yong Teck Lee dan Bernard Giluk Dompok serta beberapa pemimpin PBS tahun 1990, bahawa pada masa itu menurut perkiraan mereka BN akan kalah kepada Angkatan Perpaduan Ummah yang diketuai oleh Tengku Razalegh Hamzah sebagai Persiden S-46; serpihan Umno.

Sejarah membuktikan bahawa perkiraan para pemimpin PBS itu silap dan hingga kini BN masih memerintah negara walaupun berlaku tsunami politik pada tahun 2008.

Berasaskan kepada perkiraan Lajim itu, maka beliau tidak ingin ketinggalan untuk menyertai kerajaan baru yang akan dibentuk; dan mungkin beliau menjadi "Ketua Menteri" sebagai "janji" Anwar terhadapnya. Percayalah, pasti "ada" perjanjian antara Anwar dan Lajim; jika tidak-Lajim tidak akan bertindak, kerana sejarah perjalanan politiknya mesti disertai dengan habuan untuk diri sendiri.

Apapun, Suara Rakyat mengucapkan selamat kepadanya, untuk mencapai impiannya; namun di pihak BN, para pemimpin serta penyokong BN akan buktikan, kali ini Lajim tersilap langkah dan perhitungan.

18 comments:

unknown said...

Well I think he fed up with everything already. But I prefer he stayed outside the ground.

unknown said...

He wished to follow Anwar before?

onong said...

Nampaknya Anwar kini mempunyai pengikut yang baru.

onong said...

Apa pun yang berlaku, Sabah akan tetap berjaya.

Ezef said...

Wish you luck.

mike said...

lajim mahu kejar itu janji KM sabah kepada beliau oleh anwar..jadi lajim bertindak atas kepentingan diri beliau sendiri dan bukan kepentingan rakyat sabah..

mike said...

bagus lajim bersara saja dari politik...sudah terlalu lama...bagi peluang kepada pemimpin muda yang lebih berkarisma daripada beliau untuk memimpin..

Paquin said...

Berapa besarlah habuan yang Lajim dapat buat macam ni? Any idea??

Paquin said...

Harap rakyat menilai hal ini secara matang. Tak guna menyokong pemimpin yang hanya mementingkan kepentingan diri sendiri.

Unknown said...

Pemimpin yang hanya mengutamakan poket sendiri dan bukannya perjuangan untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat layak untuk disingkirkan PRU nanti.

Unknown said...

semua pun akan tertarik kalau ditawarkan habuan yang cukup menarik. Memang pandai Anwar bagi tarikan dengan Lajim ni.

atasagar said...

biarlah rakyat yang menentukan parti manakah akan menjadi pilihan untuk memimpin Sabah

atasagar said...

jika benar Lajim akan bertanding dengan BN, biarlah rakyat yang menentukan nasib beliau dalam PRU13 nanti

atasagar said...

belum tentu BN diambang keruntuhan, mungkin ini hanya spekulasi untuk mengelirukan rakyat...

atasagar said...

semoga BN akan tetap menjadi pilihan ramai dalam PRU13 nanti

atasagar said...

rakyat kena bijak memilih sebagai pengundi

kamilla said...

Lajim cita-cita tinggi mau jadi KM..beliau penting diri sendiri.

kamilla said...

BN tetap akan menjadi pilihan rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels