28 July 2012

Lajim bertindak keluar BN kerana Musa Aman?

HANYA alasan Datuk Lajim untuk keluar BN,kerana permintaannya kepada Perdana Menteri, agar Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman perlu diganti, untuk  beliau tetap bersama BN tidak mendapat layanan.

Lajim alpha, bahawa perlantikan jawatan Ketua Menteri atau Menteri Besar merupakan kuasa mutlak Perdana Menteri. Dengan meminta pengunduran seseorang Ketua Menteri lantikan Perdana Menteri adalah tindakan mempersoal kuasa dan kewibawaan Perdana Menteri sendiri.

Di Sabah, tindakan Lajim menentang Musa bermula sejak tahun 2003, sebelum Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pada waktu itu suatu gerakan dijalankan oleh beberapa pemimpin BN negeri termasuk Lajim mendesak mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad, agar melantik sesiapa sahaja daripada kalangan mereka, asalkan bukan Musa Aman (ABMA).

Namun Tun Dr Mahathir bertindak berlawanan dengan perimintaan kelompok itu, sebaliknya melantik Musa sebagai Ketua Menteri Sabah dimana ketika itu sebagai Menteri Kewangan Sabah.

Tun Mahathir memang terkenal dengan tindakan yang mengejutkan, umpamanya melantik Dr Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Abu Hassan Omar. Pada masa itu, tiada yang terfikir, bahawa orang muda seperti Khir Toyo dilantik sebagai MB pada sebuah negeri terkaya di Malaysia.

"Feud" antara Musa dan Lajim terus berlanjutan, sehinggakan Lajim yang biasa bertanding di peringkat DUN meminta bertanding di peringkat Parlimen, kerana beliau tahu, jika bertanding sebagai ADUN, beliau tidak akan mempunyai sebarang jawatan dalam kabinet, sebaliknya jika di peringkat parlimen, sekurang-kurangnya boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Selepas PRU-12, banyak spekulasi berlaku berserta gerakan agar Lajim tidak dicalonkan lagi sebagai calon pada PRU-13; alasan yang diberikan bahawa beliau bukan lagi winnable candidate.

Mereka yang bertindak agar Lajim tidak dicalonkan lagi, bukannya berpunca daripada Musa, sebaliknya berpunca daripada pemimpin setempat itu sendiri. 

Lajim ditentang dalam pemilihan Ketua Bahagian Umno oleh Ketua Wanita Beaufort-Datuk Azizah Dun Banir. Berpunca daripada perlawanan ini, Azizah dan Lajim tidak sebulu lagi.

Bermula daripada pertandingan Ketua Bahagian Umno itu, Azizah menyusun strategi agar majoriti ahli Umno dan rakyat menolak kepimpinan Lajim; dan ternyata tindakan itu berjaya, sehingga banyak persepsi bahawa Lajim bukan lagi winnable candidate.

Lajim merasakan keinginan rakyat itu, namun sebagai pemimpin veteran, beliau mengkambingkan Musa sebagai alasan untuknya keluar BN, malah suatu ketika, beliau mengeluarkan kenyataan agar Musa perlu letak jawatan dalam tempoh 15 hari.

Penentangan Lajim terhadap Musa, bukannya berunsur bagaimana membela rakyat atau isu pembangunan kepada rakyat, sebaliknya hanya berasas kepada jawatan Ketua Menteri. Lajim memang kemaruk dengan jawatan, sebagai contoh semasa dalam kerajaan PBS, Lajim juga melakukan protes kerana tidak dilantik ke Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, sebaliknya jawatan itu jatuh ke tangan Datuk Baharom Titingan, yang kalah dalam pilihanraya bagi kawasan Balung, Tawau.

Esok Lajim secara rasmi akan keluar BN, pengumuman mengenainya akan diadakan di Beaufort Sabah dan majlis tersebut turut dihadiri Ketua Umum PKR-Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9 comments:

usin said...

keluarlah lajim. xde hal punya. lebih elok nanah dipicit keluar sebelum lebih parah...

mantera said...

itu keputusan dia nak keluar, biarlah dia. tak perlu nak babitkan Musa.

mantera said...

tanpa Lajim, BN masih lagi kukuh dan boleh menang.

online said...

Tahniah!!! sekurang-kurangnya kita tahu ada yang tidak kena yang tidak boleh diselindung. Jangan fikirkan keselasaan sekarang tapi fikirkan generasi rakyat Sabah akan datang. Pemimpin yang hanya selesa di kerusi masing2 tanpa memikirkan generasi akan datang adalah pengkhianat...

Sanih Alias said...

Bagus juga itu Lajim keluar. Tapi bukankah Lajim inginkan kerusi KM?!!

Unknown said...

Tidak menggugat sokongan rakyat pun dengan tindakkan lajim ini.

Unknown said...

Tambahan lagi kalau Lajim terus dalam BN ini akan memberikan beban kepada BN nanti.

online said...

hahaha...terus najib mahu datang sabah. ini baru la cara pemimpin menyedarkan pemimpin. kalau tidak risau sokongan...napa datang sabah. mau buat itu ini la

online said...

wahai rakyat Sabah...cuba fikir dengan waras tanpa memihak mana2 parti politik. Sekiranya tidak berlaku perkara begini... maka pemimpin2 akan duduk d kerusi masin2 dengan selesa. hidung pemimpin Sabah sudah dicucuk dengan tali kerbau. YES BOSS(kerajaan persekutuan) saja, demi menjaga kepentingan masing2. kalau bersuara...kira hero tapi pasti kedudukan tidak selamat. Fikir2 kan lah rakyat Sabah tersayang

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels