19 July 2012

Lajim minta dipecat untuk dapat simpati

Lajim minta diepecat daripada umno, untuk tujuan mendapat simpati.

Semasa menghadiri satu perjumpaan di rumah mantan ADUN Kuala Penyu -John OT Gani di Kuala Penyu semalam, Lajim membayangkan akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Mengapa Lajim menunggu dipecat? Kalaulah beliau seorang pemimpin yang mempunyai pendirian, tidak perlulah menyusahkan orang lain dengan menunggu dipecat.

Dalam pelembagaan Umno, jika seseorang ahli menyertai mana-mana parti, maka secara automatik keahilan individu itu gugur.

Harapan Lajim untuk dipecat untuk mendapatkan simpati tidak akan kesampaian, namun berasaskan perkembangan terkini, sekiranya MP Beaufort itu tidak meletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan Persekutuan, maka Najib tiada pilihan lain, terpaksa mengugurkannya.


Akan keluarnya Lajim daripada Umno telah lama diketahui oleh pucuk pimpinan, walaupun berkali-kali beliau menafikan.

Lajim di Rumah John OT Gani

16 comments:

Shahrul said...

memang orang2 belah sana tu....takde pendirian la....tak mcm sebelah sini....berjuang bermati2an untuk negara....mereka takde sifat untuk memajukan negara....tapi tak semua la....

mantera said...

benarkah cerita ini? rasanya Lajim akan dipecat ke?

mantera said...

jika Lajim nak keluar, keluar ja. .tak perlu tunggu dipecat.

Unknown said...

Ada juga pula pemimpin yang minta dipecat untuk mendapat simpati. Rasanya, Lajim ni tidak akan tetap dengan BN/UMNO.

mike said...

ya kah lajim menagih simpati?

mike said...

kini PKR, PAS dan Star berebut untuk mendapatkan si lajim...

mike said...

kalau lajim rasa sudah tiada hati bersama BN, maka adalah wajar untuk beliau meletak jawatan sebagai timbalan menteri dan keluar dari BN dalam kadar yang segera...

kamilla said...

Betul kh cerita ini?? mcm lah cerita timbul menjelang PRU ini.

kamilla said...

Beliau harus segera buat keputusan parti mana yang beliau mau ikut, jangan kelirukan rakyat.

kamilla said...

Parti pembangkang terdesak untuk mendapatkan lahjim dalam Parti mereka.

Unknown said...

Mengenai isu yang berkaitan dengan Datuk Lajim mungkin kita sukar untuk membuat andaian. Kerana masih belum pasti apa motif Datuk Lajim melakukan semua ini.

hafinA A said...

Datuk Lajim tahu apa yang terbaik untuk diribeliau. Parti mana yang terbaik itu kita tunggu saja apa keputusan Datuk Lajim sendiri.

zam said...

susah mau cakap sama ada pekara ini benar atau pun tidak. tapi terserah kepada setiap orang untuk sertai parti mana yng dia mahu.

zam said...

apa pun, tunggu dan lihat sajalah untuk mengetahui semuanya nanti.

Kris Jr said...

Rakyat tidak simpati tapi semakin meluat

Kris Jr said...

Orang macam Lajim adalah lumrah dalam politik

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels