27 July 2012

Lajim patut dipecat!!!

APA lagi yang ditunggu oleh Perdana Menteri berhubung tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan-Datuk Lajim Ukin?

Jika sebelum ini semua tindakan Lajim-dikatakan hanya spekulasi, walaupun dengan nyata bahawa MP Beaufort itu melanggar disipilin parti mahupun BN, kerana selalu hadir di majlis-malis pembangkang.

Selagi Lajim tidak dipecat baik dalam parti mahupun kerajaan, ianya akan menjadi contoh atau ikutan pemimpin lain. Umno tidak boleh double standard, sebelum ini Zaid Ibrahim dipecat daripada Umno atas sebab hadir pada satu majlis PKR di Shah Alam.

Apa kah istimewanya Lajim? sehingga kini pihak pucuk pimpinan tidak mengambil tindakan?

Lajim pada 29 Julai ini akan mengadakan perjumpaan di Beaufort Sabah dan tetamu istimewanya adalah Ketua Umum PKR-Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seharusnya pucuk pimpinan telahpun mengambil tindakan terhadap MP Beaufort itu, kerana semua tindakannya adalah bersifat khianat.

Parti Umno dan BN tidak boleh mempunyai pemimpin seperti Lajim, kerana di masa semua pemimpin akan berhadapan dengan PRU-13, di mana PRU itu disifatkan sebagai IBU kepada 12 PRU di negara ini, Lajim mengambil tindakan mengenpikan semua kawan-kawan sebaliknya berpihak kepada musuh untuk mengalahkan kawan seperjuangan.

Sebaiknya dengan serta merta pucuk pimpinan memecat Lajim tanpa berlengah lagi.....

10 comments:

mantera said...

jika mereka memecat Lajim, pasti Lajim akan jadikan ia isu untuk mendapatkan simpati, Lajim mmg ingin dipecat

mantera said...

lebih baik Lajim letak jawatan segera jika tidak setia lagi dgn parti.

Paquin said...

Macam makin ramai pula yang mahu si Lajim dipecat ni. Apa boleh buat lah Lajim siapa suruh juga ko buat hal.

Paquin said...

Kalau berterusna macam ni, even Lajim tukar parti lain sekalipun belum tentu rakyat akan bagi sokongan terhadapnya.

jsiput said...

cannot simply fire people la.

jsiput said...

its about time for Lajim to leave BN/UMNO willingly without the need to be fired. He is just waiting to be fired so that he could get sympathy vote from voters when he join one of the opposition party.

jsiput said...

Better for Lajim to just retire and let other younger candidates take control for a chance.

Ian Cooper said...

Umno ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan kerana individu. Maknanya, ahli Umno mendokong Umno kerana dasar perjuangannya. Oleh sebab itu, individu sebesar mana sekalipun tidak menjadi perhitungan dalam perjuangan mereka dalam Umno.

Ian Cooper said...

Akhirnya Lajim keluar sendiri dari UMNO/BN tanpa menunggu untuk dipecat. Apapun ini tidak akan menggugat UMNO secara keseluruhan.

Bujang Senang said...

Jika dia keluar dari BN memang jawatan yang ada itu pasti akan ditarik balik. Jadi itulah yang berlaku juga.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels