31 July 2012

Lajim Ukin: Undurlah secara baik: Musa Aman

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata mana-mana pemimpin dengan apa-apa jawatan sekalipun, harus berundur secara baik jika sudah tidak yakin dengan parti dan kerajaan yang mereka wakili.

Beliau berkata, pemimpin itu perlu berundur secara sukarela dan terhormat tanpa perlu diberhentikan daripada jawatan yang disandang.

"Di dalam parti dan kerajaan, kita ada peraturan dan etika. Kalau seseorang pemimpin itu, atau menteri itu, atau timbalan menteri itu, tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan parti, atau terhadap kerajaan yang mereka wakili, maka mereka harus berundur secara baik.

"Jangan perlu (tunggu) sampai diberhentikan. Sebagai 'gentleman' kita berhenti," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Umno Zon 6 yang merangkumi kawasan Parlimen Silam, Semporna, Tawau dan Kalabakan di Masjid Al-Kauthar malam ini.

Musa mengulas kenyataan Jabatan Perdana Menteri hari ini yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkuatkuasa serta-merta.

Sehubungan itu, beliau berkata tindakan kerajaan Malaysia yang diterajui Barisan Nasional (BN) adalah wajar.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Sabah itu menasihatkan semua kepimpinan Umno dan BN di negeri ini agar tidak terikut-ikut atau membuang masa dengan isu Lajim kerana apa yang lebih penting ialah bekerja keras untuk membela nasib rakyat.

Musa juga berkata, kepimpinan Umno dan BN perlu terus memperkukuh perpaduan dan kerjasama selain terus bekerja kuat kerana mereka memikul amanah serta mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Kita tidak perlu gentar, kita tidak perlu takut, kerana kita mempunyai kerajaan yang terbaik, pemimpin yang terbaik. Kita ada trek rekod yang terbaik.

"Jadi, apa yang (perlu) kita malukan, apa yang (perlu) kita gentarkan, apa yang perlu kita susahkan. Kita berani kerana benar, takut kerana salah. Kita berada di landasan yang benar. Ini yang saya katakan kepada rakyat negeri Sabah, dan mereka mengerti. Orang Sabah matang berpolitik. Mereka tahu mana kerajaan yang mereka mahu pilih dan mana kerajaan yang mereka mahu sokong.

Jangan susah hati atau gundah gulana. Yang penting kita terus bekerja untuk rakyat dengan keikhlasan, bukan kepentingan peribadi," katanya.

Sehubungan itu, Musa meminta semua pemimpin Umno dan BN di Sabah mengutamakan keikhlasan kepada kerajaan, parti serta pemimpin, bukan kepentingan peribadi, kerana hanya melalui cara itu, kerajaan dan rakyat akan terus hidup sejahtera.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berkata Malaysia kini berada di landasan yang baik di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sentiasa berfikir serta prihatin bagaimana untuk mengatasi masalah dan membantu rakyat.

Berbeza dengan pemimpin 'songsang' atau pembangkang, Musa berkata mereka ini pura-pura buta dan pekak terhadap perubahan serta pembangunan yang berlaku di Sabah, namun rakyat mampu menilai mana yang buruk dan baik untuk mereka. - Bernama

9 comments:

Unknown said...

Salam,

Artikel menarik..

Blog hebat tuan sudah dipautkan di blog kami.

Mohon jasa baik dari pihak tuan agar dpt memautkan blog kami di sini juga.

Sekain, terima kasih

admin@JD
http://jeringdaily.blogspot.com

unknown said...

Take the advice and head on.

onong said...

Ketua yang baik adalah orang yang mengambil inisiatif positif.

mike said...

lajim tidak pun berterima kasih kepada UMNO kerana memberikan dia kekayaan dan kedudukan seperti yang dia nikmati sekarang...

mike said...

nasihat KM ini harus dipatuhi...dahulukan kepentingan rakyat, bukannya kepentingan peribadi seperti yang dilakukan oleh Lajim..

unknown said...

That's a good advice.

unknown said...

Lajim has relinquished his post so wish him luck.

Paquin said...

Memang patut berundur secara baik dan bukannya dengan cara seperti ini.

Paquin said...

Cakap CM ni betul... So janganlah terlalu fokus pada kepentingan diri hinggakan kepentingan rakyat dibelakangkan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels