11 July 2012

PRU-13 Kota Belud: Apakah wujud sabotaj calon?

Di atas kertas, tiga DUN dan satu parlimen di kawasan Kota Belud adalah milik barisan nasional. Faktor yang mengyakinkan kepada anggapan ini, kerana para pemimpin yang diamanahkan untuk membangun rakyat telahpun berkerja bersungguh-sungguh.

Wakil-wakil rakyat baik negeri mahupun parlimen, sejak Mac, 2008 telah turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat. Di samping itu peranan parti serta para pemimpinnya berganding bahu dengan wakil-wakil rakyat dengan satu visi-memajukan dan membangun rakyat.

Sepintas lalu, tiada yang terlepas padang. Infrastruktur baik yang berkaitan dengan keperluan asas, mahupun yang berhubungan dengan pendidikan semuanya diberi perhatian.

Di peringkat pembuat keputusan dalam hal ini para pemimpin, mereka telahpun menunaikan janji-janji kepada rakyat. Kalaupun ada pembangunan yang terlambat atau terbantut, bukan kerana ketidak cekapan para pemimpin, akan tetapi terbantut di pihak pelaksana.

Perlu diingat pihak pembuat keputusan yakni para pemimpin termasuk wakil rakyat, mereka hanya terlibat untuk memohon dana untuk sesuatu program atau projek, manakala pelaksana adalah para pegawai kerajaan dan kontraktor.

Jika ada sesuatu projek kerajaan yang terbantut pembinaannya atau penyiapannya, masalah itu sebenarnya sudah dipundak para pelaksana. Di peringkat Daerah, pegawai daerahlah ketuanya. Jika terdapatnya keterlambatan, ini bererti-pihak pelaksanalah perlu disalahkan, bukan yang pembuat dasar atau keputusan.

Namun, disebabkan tujuan politik, maka masalah keterlambatan atau terbantutnya sesuatu program atau projek dilambakan kepada para pemimpin termasuk wakil rakyat. Perkara inilah yang mencercatkan keupayaan seseoarang pemimpin atau wakil rakyat.

Biasanya, manusia hanya dapat melihat kepada kelemahan atau kekurangan seseorang pemimpin/wakil rakyat, namun bertumpuk-tumpuk kebaikan/kelebihannya akan dicicirkan, dengan tujuan- agar pemimpin/wakil rakyat itu ternampak gagal.

Biasanya perkara ini, ditimbulkan oleh mereka yang mempunyai aspirasi untuk menjadi pemimpin/wakil rakyat, namun mereka tidak berkeupayaan melakukannya secara terbuka, kerana memang mereka itu, tidak berkemampuan dan  tidak berkebolehan.

Golongan ini terpaksa bermain sembunyi-sembunyi termasuk sabotaj, terutama dalam masa pilihanraya. Walaupun tindakan mereka ini, tidaklah sangat boleh memudaratkan calon-calon kerajaan, akan tetapi, tindakan mereka, seolah-olah calon-calon yang dipilih kerajaan dan parti tidak kuat atau tidak diterima.

Telah kedengaran, telah ada beberapa kelompok yang ada kaitan dengan pemimpin tertentu, akan melakukan sabotaj, jika calon pilihan mereka tidak terpilih pada PRU-13 akan datang. Mereka ini, adalah daripada kelompok yang mendapat habuan, sejak mana pemimpin tertentu itu mempunyai peraanan. 

Mereka khuatir jika pemimpin mereka tidak terpilih, maka sifat monopoli mereka dalam soal-soal peruntukan akan hilang.

Tindakan seumpama ini, jika benar wujud, merupakan satu tindakan yang merugikan, bukan kepada pemimpin yang mereka puja atau mereka, akan tetapi kepada rakyat jelata.

Jumlah mereka ini, tidaklah ramai, namun akibat tindakan mereka itu, rakyat yang akan menjadi mangsa, sekiranya  boleh mendatangkan kekalahan kepada calon-calon parti/kerajaan.

Pada setiap pilihanraya- calon-calon pembangkang, pasti mendapat undi, malah deposit calon-calon itu tidak hilang; sedangkan jika ditilik, siapa kah calon-calon itu? mereka semuanya tidak mempunyai sumbangan kepada rakyat, namun tetap mendapat undi.

Sebagai contoh, pada PRU-12, semua calon-calon pembangkang baik di peringkat DUN dan parlimen, memberi tentangan hebat kepada calon-calon BN, malah untuk Parlimen, kawasan Usukan menunjukan lemahnya sokongan terhadap calon kerajaan.

Jika tiada berlaku sabotaj, tidak mungkin, calon-calon pembangkang mendapat undi yang begitu tinggi, misalnya di Dun Tempasuk dan Kedamaian.

Faktor sabotaj ini, tidak akan dapat dielakan, baik  untuk calon-calon kerajaan mahupun pembangkang, tetapi yang pasti, siapa yang mempunyai jentera pilihanraya yang kuat dan tersusun, maka unsur sabotaj dapat dikurangkan kalaupun tidak sepenuhnya dizerokan. Fikir-fikiran lah.

7 comments:

John Winchester said...

Jangan ada ahli yang tikam ahli lain dari belakang.

John Winchester said...

Semua ahli Umno BN harus bekerjasama dan memberi sokongan kepada calon pilihan pucuk pimpinan.

mantera said...

semua ahli harus bekerjasama, jgn ada unsur sabotaj.

Anonymous said...

Mereka yang suka mensabotaj adalah liabiliti kepada parti.

Bujang Senang said...

Melobi rasanya tidak ada salah. Tapi sepatutnya tidak perlulah menjatuhkan dan memburukkan orang lain dalam parti yang sama.

Bujang Senang said...

Kalau dipilih itu dikira rezeki kalau tidak tidak apalah sekurangnya sudah berusaha. Tapi main sabotaj itu memang tidak patutlah kalau macam itu.

Sotong Kurita said...

pemimpin2 pembangkang pun tidaklah cekap sangat menyelesaikan masalah2 rakyat dan dalam masa yang sama berusaha membangunkan ekonomi penduduk dan negara.. kecekapan mereka tidak lebih dari sekadar mengkritik, memutar belit, menipu dan komplen..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels