10 July 2012

Siapa orang Najib pembekal maklumat pada Rafizi?

PKR telah mendedahkan satu dokumen yang didakwanya membuktikan bahawa jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai oleh George Kent Bhd.

Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata anugerah itu adalah pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut.

Menurutnya, kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut.

Najib, yang sebelum ini diminta menjelaskan dakwaan tersebut, menyangkalnya dengan berkata semuanya mengikut aturan.

6 comments:

mantera said...

mudah Rafizi dpt maklumat.. pasti ada orang bekalkan. kena tau siapa orng itu.

John Winchester said...

Rafizi ni sukar untuk dipercayai, diharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan helah dia.

John Winchester said...

PKR sendiri ada mata2 yang sentiasa bersedia memberi maklumat pada orang luar

Anonymous said...

rafizi suka gertak saja.

Sanih Alias said...

Rafizi..Tidak sampai kemana juga Anwar mu itu.Kalau kita lihat pun Rafizi mungkin ada sebab cuba menyokogn anwar. Tapi berhati-hati dengan Azmin.

Sotong Kurita said...

kenapa Rafizi tidak dedahkan sekali penyelewengan tender rm600 juta di kedah??

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels