29 July 2012

Tidak selamanya Pemimpin Katak jadi penentu

DATUK LAJIM Haji Ukin, masih ingat, kerana tindakannya pada tahun 1994, kerajaan PBS yang dianggotainya tumbang, apabila beliau dan Datuk Rubin Balang serta Datuk Zaini Isa (ADUN lantikan) bertindak keluar PBS untuk menyertai Umno.

Lajim lupa, bahawa sekali air bah, maka pantai berubah. Lajim lupa bahawa senario masa itu berlainan dengan senario masa ini.

Lajim terlupa bahawa mendung tidak selalunya hujan rahmat datang; jika pun hujan turun, hujan yang berakibat banjir.

Lajim mengkambing hitamkan Datuk Musa Aman sebagai alasan untuk keluar Umno dan BN. Lajim merajuk atas sebab kata duanya kepada PM agar menjamin, Musa tidak dilantik lagi sebagai Ketua Menteri tidak mendapat layanan.

Sebenarnya, pemberontakan Lajim bermula sejak di dalam PBS lagi. Lajim pernah mengamuk disebabkan tidak dilantik oleh Pairin ke jawatan Timbalan Ketua Menteri, sebaliknya melantik Datuk Baharom Titingan, calon yang kalah pada pilihanraya di DUN Balung, Tawau.

Lajim juga secara senyap melakukan pemberontakan sebelum Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, di mana beliau membuat desakan kepada mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad, agar melantik sesiapa sahaja ke jawatan Ketua Menteri, asalkan bukan Musa Aman(ABMA).

Kini semua harapan Lajim berkecai, walaupun beliau melakukan "homework" dan gerakan agar Musa diketepikan; atas sebab itu beliau tiada pilihan lagi, terpaksa keluar.

Percayalah rakyat tahu bahawa tidak selamanya pemimpin katak menjadi faktor penentu.

12 comments:

mantera said...

jika Lajim dah tak ingin bersama UMNO baik dia keluar sajalah.

mantera said...

zaman Lajim dah berlaku, dia kini bukan lagi liabiliti.

Unknown said...

Lajim tidak perlulah lagi berangan2 untuk menjadi KM seperti Jeffrey Kitingan.

Unknown said...

Perjuangan pemimpin yang tidak konsisten dan penting diri sendiri tidak akan mendapat keyakinan dan sokongan rakyat.

Sanih Alias said...

Mungkin Lajim ini diberikan jawatan tinggi oleh Anwar jika mereka menang. Tapi macammana pula dengan SAPP lagi.

ScottyDoesntKnow said...

Sabah Deputy Chief Minister Joseph Pairin Kitingan opined that there is merit in bringing about a review of the anti-hopping law to stop politicians from changing parties after being elected to parliament or state assemblies.

ScottyDoesntKnow said...


"Of course, this allows freedom of choice and it actually allows the people to express their views in line with the principle of democracy...that doesn't hinder the freedom of association.

ScottyDoesntKnow said...

He said freedom of association was controlled by law, and by resigning or forcing an elected representatives to resign when he or she hops, it would allows for a by-election to be called.

ScottyDoesntKnow said...


Pairin, who is PBS president, was asked to comment on a recent proposal by Penang DAP to enact an anti-hopping law.

ScottyDoesntKnow said...


Penang Chief Minister Lim Guan Eng was quoted as saying recently that the state was looking at enacting an anti-hopping law in November, ahead of the 13th general election that must be called by next April.

ScottyDoesntKnow said...

"But so far no body has taken this up (for a review) so we cannot argue the point. That's my opinion. It (anti-hopping law) is not blocking freedom of association," he told reporters when met at the Parti Bersatu Sabah (PBS) Aidilfitri open house at Dewan Tun Hamdan.

ScottyDoesntKnow said...

Pairin, a former Sabah Chief Minister, said the anti-hopping law was meant to wake up the minds of the people, particularly people's representatives as to their proper role and responsibilities.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels