30 July 2012

Tindakan Lajim dan Bumburing telah basi

BAYANGKAN sejak akhir tahun 2011, telah dispekulasikan bahawa Lajim dan Bumburing akan keluar BN untuk menyertai pembangkang. Namun semua spekulasi itu dinafikan sendiri oleh mereka. Malah satu kenyataan Presiden UPKO; Bumburung adalah Timbalan dan kawan saya- ertinya saya tahu tindakan apa yang beliau lakukan.

Demikian juga Lajim, walaupun tindak tanduknya bercanggah dengan semangat parti BN, namun beliau masih mampu menafikan bahawa semua spekualsi mengenai dirinya adalah palsu-malah menggelar kepada mereka yang membuat spekulasi bertujuan jahat dan mahu mencalarkan imejnya.

Namun kini, semua spekulasi itu, bukanlah spekulasi akan tetapi perkara benar. Akhirnya mereka yang bersepkulasi termasuk "Suara Rakyat" berkata benar mengenai tindakan mereka.

Lajim dan Bumburing bersandiwara lebih lapan bulan. Sebenarnya mereka bercadang akan keluar BN sebaik sahaja Dewan Rakyat dibubarkan untuk memberi tamparan kepada BN, namun niat mereka itu tidak kesampaian, kerana Najib terus membisu berhubung pembubaran Dewan Rakyat.

Tindakan Lajim dan Bumburing kini terasa basi, sebab itu tiada siapapun yang terkejut samada BN atau PR.

Lajim menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) sementara Bumburing Angkatan Perubahan Sabah (APS). Kedua-dua pertubuhan itu bersifat NGO yang mesra Pakatan Rakyat. Sekiranya mereka bertanding pada PRU-13 akan datang, mereka akan menggunakan logo parti-parti Pakatan Rakyat samada Logo PKR, DAP ataupun PAS.

16 comments:

online said...
This comment has been removed by the author.
online said...

Kita perlu rasional dan berfikir kenapa mereka bertindak demikian? pelbagai isu pelik berlaku di Sabah ni.
Banyak perbezaan berlaku d sabah & semenanjung.
1. Harga barang. perbezaan boleh disubsidi kalau betul2 mahu bantu sebab majoriti kerusi perlu dilihat. berbaloi kalau bantu dan disebaliknya.
2. elaun perumahan kakitagan awam ke semenanjung lebih rendah daripada kakitangan awam semenanjung ke Sabah. Alasan...kos hidup d sabah tinggi?
3. Gaji minimum rendah berbanding semenanjung. Alasan... kos hidup d Sabah rendah pula.
4. Harga getah di sabah terendah berbanding negeri lain. alasan...kos pengangkutan? kalau kerajaan betul2 prihatin... semua boleh diselaraskan.

dan banyak lagi yang pelik. pikir2 lah. Saya pasti katak di bawah tempurung pun sedar sekarang ni. harap banyak katak sedar n buat tindakan yang sewajarnya

Paquin said...

Itulah kalau pelakon hebat. Mahu juga berteka-teki.

Paquin said...

Macam saya pun mahu marah sama dorang ni. Kalau nak keluar patut keluar terus lah.. Rugi saya cakap mereka ni pemimpin yang setia, rupanya... huhu

unknown said...

Honestly, I think it is better to leave them both. Musa said they should walk out like a gentlemen so yeah.

unknown said...

Let them decide their fate.

onong said...

Isu ini tidak payahlah dipanjang2kan. Lajim telah pun dilucutkan.

unknown said...

No more speculations for their departure. Enough is enough.

unknown said...

We need to look into different side of views. Lajim has been serving Beaufort for the past 14 years so I think let him go, would be a good idea.

mantera said...

mereka keluar BN pun takkan memberi kesan kepada BN. BN tetap kukuh. jadi biarlah mereka.

mantera said...

mereka keluar mmg dah dijangka sejak awal. ia tak mengejutkan pun.

Sanih Alias said...

Macammana juga tidak basi kalau macam ini. Si Jeffrey sudah buat juga dulu macam ini.

Sanih Alias said...

Inilah akhirnya kedapatan juga. Dulu bukan main lagi menafikan semua perkara ini. Sekarang terjawab juga.

Sanih Alias said...

Kalau kita lihat pun sememangnya Datuk Lajim ini memalukan diri sendiri saja. Cakap orang berniat jahat lagi cuba menjatuhkan dengan perkara ini. Menafikanlah kunun semua ini.

Sanih Alias said...

Lajim sedar yang mana dirinya tidak lagi menjadi pilihan penduduk Beaufort.

Sanih Alias said...

Biarkan sajalah Lajim dengan pilihan sekarang ini. Lain kali tidak perlulah menafikan perkara ini kalau nampak sangat telah berubah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels