16 July 2012

Yong Teck Lee akui tidak mudah kalahkan BN

Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee mengakui bahawa adalah tidak mudah untuk mengalahkan BN. Namun, mantan Ketua Menteri Sabah itu menaruh keyakinan akan memberikan tantangan kepada BN bersama-sama dengan parti pembangkang yang lain.

Sebenarnya kenyataan Teck Lee itu mempunyai kebenaran, perjuangan pembangkang sebenarnya tidak mempunyai visi yang jelas, kerana apa yang mereka sering perkatakan sebenarnya telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Pemimpin pembangkang adalah terdiri daripada mereka yang telah kecewa kerana semasa dalam kerajaan dahulu, ketamakan mereka tidak berpanjangan.

Mereka kini, sekali lagi mahu mencuba memperguna semula rakyat untuk mendapatkan kuasa, agar supaya visi  peribadi mereka tercapai.

Pemimpin Parti pembangkang di Sabah kebanyakannya adalah para pemimpin kerajaan suatu ketika dahulu, atau mereka-mereka yang pernah menikmati sumbangan daripada kerajaan.

Disebab tujuan peribadi mereka tidak tercapai, maka mereka beralih mendapatkan kerajaan melalui sistem demokrasi dengan mempergunakan rakyat.

Yakinlah melalui sistem maklmut yang semakin canggih yang menyebabkan perkongsian maklumat dengan begitu cepat, maka usaha pembangkang mengalih kerajaan melalui sistem demokrasi tidak akan kesampaian, kerana rakyat telah bijak menilai mana kaca dan mana intan.

Rakyat tahu, bahawa pembangkang bertujuan mendapatkan kuasa kerana kepentingan peribadi bukannya kepentingan rakyat jelata.

10 comments:

usin said...

boleh bah kalau kau!!!! boleh belah!!!!

Unknown said...

Lagi tidak dapat kalahkan BN jika pembangkang sendiri tidak bersatu. Keep on dreaming la kalau mahu berjuang sendiri2 trep hero.

Unknown said...

Sibuk condemn kerajaan tapi bila mereka sendiri berkuasa, mustahil mereka tidak akan buat perkara yang sama. Double standard

mantera said...

SAPP mmg sukar nak kalahkan BN. di batu Sapi dah buktikan SAPP tk boleh kalahkan BN.

Unknown said...

Baguslah kalau sedar diri. sekurang-kurangnya boleh tau di mana kelemahan sendiri.

Kris Jr said...

Kerjasama dan perpaduan akan menjadi faktor penting dalam menentukan kemenangan BN pada PRU13.

Kris Jr said...

Perpaduan dan kerjasama ahli BN akan memastikan kemenangan besar untuk BN tetap parti yang berkuasa

Unknown said...

Nah sedar juga YTL. Sebelum ini terlalu angkuh mampu menggugurkan BN tapi sekarang tahu takut.

Sotong Kurita said...

tau pun Yong Teck Lee.. oleh itu, jangan dulu mengiktiraf kemenangan selagi belum bertanding..

Sotong Kurita said...

kalau pembangkang kalah pada PRU nanti, jangan salahkan BN atau Rakyat.. memang BN sedia kuat di Sabah, lebih2 lagi dalam keadaan parti2 pembangkang di negeri ini yang masih dalam keadaan bercelaru dan huru hara..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels