6 August 2012

Hanya rakyat mampu kalahkan BN

Di Sabah, memang ada sejarah-akibat tindakan pemimpin, maka kerajaan jatuh. Tahun 1976, Kerajaan Usno, pimpinan Tun Datu Mustapha Datu Harun, kalah pada PRU-1976, kerana tindakan salah seorang pemimpinnya yang mendapat restu daripada kerajaan pusat.

Demikian juga tahun 1985, kerajaan Sabah yang diterajui Parti Berjaya jatuh, akibat pemimpin parti itu yang telah dipecat.

Tahun 1994, kerajaan Sabah yang diterajui PBS juga jatuh, kerana tindakan beberapa pemimpinnya.

Melihat sejarah kejatuhan kerajaan Sabah sejak tahun 1976 hinggalah ke tahun 1994, semua berkisar kepada tindakan para pemimpin parti yang memerintah.

Tindakan Datuk Lajim Haji Ukin dan Datuk Welferd Mojilip Bumburing yang keluar daripada BN pada 29 Julai lalu, dikatakan berasaskan kepada sejarah politik Sabah masa lampau. Namun, suasananya amat berbeza, kerana, sebahagian besar rakyat tahu, bahawa tindakan dua pemimpin itu, bukannya berpaksi kepada kemahuan rakyat, akan tetapi berpaksi kepada keinginan diri sendiri.

Datuk Lajim mempunyai sejarah mahu mengejar jawatan Ketua Menteri. Sejak tahun 2003 lagi, beliau melobi untuk dilantik sebagai Ketua Menteri, namun usaha beliau itu terus gagal. Disebabkan peluangnya menjawat menteri di peringkat negeri sudah kedaluwarsa, ekoran tidak lagi dilantik selepas PRU-2004, maka pada PRU-2008, beliau melobi bertanding di peringkat parlimen, dengan harapan boleh dilantik sebagai menteri kabinet.

Harapan Lajim dilantik sebagai menteri tidak kesampaian, tetapi diberi peluang sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet DS Najib.Kedudukan sebagai Timbalan Menteri, tidak memuaskan hatinya, atas sebab itu, beliau bertindak keluar BN dan menyertai pembangkang, kerana menurut perkiraannya, beliau boleh dilantik sebagai Ketua Menteri atau Menteri Penuh, jika Pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan BN.

Lajim berkeyakinan, bahawa kerajaan BN akan kalah pada PRU-13 akan datang, walaupun beberapa kajian dan reaksi rakyat terhadap kerajaan BN, bahawa BN akan terus memerintah negara ini.

Di semua peringkat tiada tanda-tanda bahawa tsunami politik akan berlaku pada BN, walaupun pada PRU-2008, tsunami politik telah berlaku di Semenanjung.

Satu ingatan, bahawa pada PRU-1990, ramai yang memperkatakan bahawa BN akan tumbang, atas sebab itu, PBS komponen BN di Sabah, sanggup menikam BN diambang pembuangan undi; namun sejarah membuktikan, bahawa BN, terus kekal memerintah hingga kini.

Sementara itu, tindakan Bumburing kerana tidak sehalaluan dengan Presidennya sendiri, kerana Bumburing berkendakan, agar UPKO keluar BN, untuk memastikan bahawa parti itu mendapat sokongan kaum KDM; namun menurut Dompok, kemungkinan itu tiada, kerana senario politik masa kini sungguh berbeza dengan senario politik Sabah tahun 1990-an.

Pemerintahan BN kini yang diketuai oleh DS Musa Aman, cukup terbuka dan transparen; berlainan dengan sifat pemimpin terdahulu. Kepimpinan Musa, telah banyak membawa kemajuan kepada rakyat, malah keyakinan para pelabur juga cukup mantap, atas sebab itu, Sabah mampu merai pelaburan swasta sehingga 10 bilion pada suku pertama tahun ini.

Bajet kerajaan negeri juga terus meningkat, sehingga mencipta sejarah tersendiri, dimana untuk pertama kalinya bajet kerajaan negeri melebihi 4bilion ringgit.

Kerajaan negeri di bawah Musa, tidak melakukan penjualan syarikat-syarikat GLC, dan setiap pemimpin mempunyai fungsi masing-masing sekurang-kurangnya pengerusi syarikat-syarikat GLC.

Rakyat terus diberikan keutamaan. Keperluan rakyat juga diberi keutamaan. Pembinaan keperluan asas seperti bekalan air, jalan, litrik, sekolah atau keperluan riadah juga diutamakan. Sebenarnya di peringkat rakyat, rakyat sungguh berpuas hati dengan kepimpinan Musa, hanya pemimpin yang mempunyai agenda peribadi seperti Lajim dan Bumburing sahaja yang tidak berpuashati.

Sifat dua pemimpin ini, telahpun diberikan betis, namun hendakan paha pula, mereka lupa bahawa ramai lagi pemimpin yang setaraf mereka, yang juga mahu merasa bahagian kek mereka.

Kini Lajim dan Bumburing, telah mencurahkan air di tempayan sendiri, kerana mendengar janji-janji Anwar; percayalah tiada siapa yang boleh mengalahkan BN, kecuali rakyat majoriti; bukan satu-dua pemimpin yang beragenda peribadi.

3 comments:

Unknown said...

Kemenangan atau kekalahan parti semuanya terletak di tangan rakyat. jadi, pandai2lah ambil hati rakyat:)

mantera said...

mmg rakyat yang berkuasa dalam menaikkan dan menjatuhkan sesebuah kerajaan.

mantera said...

jadi rakyat buatlah pilihan yang terbaik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels