6 August 2012

Lajim dan Bumburing: Biarkan siLoncai terjun dengan labu-labunya: Musa

DENGAN komen demikian, ertinya, keluarnya Datuk Lajim dan Datuk Bumburing daripada kelurga BN, tidak berimpak apa-apa.

Memang benar apa yang diperkatakan oleh Ketua Menteri Sabah itu, Lajim dan Bumburing hanya mampu membawa dirinya sendiri berserta konco-konconya yang tidak seberapa banyak jumlahnya, yang tidak akan memudaratkan BN dalam sistem demokrasi.

Sistem demokrasi berasaskan massa, bukan kepada segelintir individu. Dalam sebarang pengundian, majoritilah yang akan menang, bukannya minoriti.

Komen Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu sangat berasas, selepas lebih seminggu dua MP itu keluar daripada BN, tiadapun tanda-tanda ahli-ahli atau penyokong BN di tempat masing-masing ikut langkah mereka, kecualilah yang telah dianggap sebelumnya akan turut serta seperti Senator Datuk Maijol Mahap.

Di pihak Bumburing ada yang sudah ikut dan punya kedudukan dalam partinya yaitu berjawatan Naib Presiden, manakala di pihak Lajim pula hanya seorang CDO dan kononnya beberapa pemimpin peringkat Bahagian Umno Beaufort.

Manakala pimpinan pemuda, puteri apalagi wanita, tiada seorangpun turut ikut bersama Lajim Ukin. Petanda ini membuktikan, bahawa tindakan Lajim itu, bukan atas kehendak rakyat, akan tetapi berasaskan keinginan peribadi.

Bagi BN, pemimpin yang pergi akan berganti, seperti kata pepatah, patah akan tumbuh, yang hilang pasti berganti.

Dikhabarkan, selepas Lajim meninggalkan Umno Beaufort, kini gerakan bahagian itu semakin mantap dan semakin mendapat sambutan rakyat setempat terutama pemimpin akar umbi.  Mereka sebenarnya telah lama merasa dipermainkan oleh Lajim, kerana tindakannya wayangnya.

Kini, Bahagian Umno Beaufort dikhabarkan telah siap sedia berdepan dengan PRU-13 termasuk berdepan dengan Lajim sendiri, baik di peringkat DUN Klias mahupun Parlimen Beaufort.
Nampaknya, selepas PRU-13 Lajim akan terus bersara daripada politik, kerana rakyat sendiri mempersarakannya kerana tindakannya sendiri. Benarlah kata Musa-Biarkan Si Loncai Terjun Dengan Labu-labunya.

3 comments:

Unknown said...

Tanpa Lajim dan Bumburing parti memang masih statik dengan perjuangan mereka. bagaimana pula dengan pengaruh kedua2 pemimpin ni terhadap sokongan rakyat?

mantera said...

biarlah mereka keluar, ia takkan mengugat BN jg.

mantera said...

mereka keluar pun kerana ada agenda mereka kejar.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels