12 August 2012

RCI PATI Sabah: Lebih banyak keburukan berbanding kebaikan

MESKIPUN UPKO dan parti komponen BN yang berasas kaum KDM sangat gembira dengan penubuhan RCI PATI SABAH- malangnya penubuhan panel tersebut lebih banyak keburukan terhadap BN berbanding kebaikan.

Ramai tahu, walaupun tertubuhnya atau tidaknya RCI tersebut, sokongan kaum KDM kepada BN bukan lagi sama seperti tahun 2004 atau tahun 2008.

Kaum KDM juga bukan lagi penyokong total BN, kerana mereka termakan isu-kononnya UMNO mendominasi kaum itu, melalui jumlah kerusi UMNO yang jauh lebih banyak berbanding kerusi kaum KDM baik di peringkat DUN mahupun PARLIMEN.

Kerusi UMNO negeri hampir 50 peratus daripada jumlah 60 kerusi DUN Sabah, dan 48 peratus daripada 25 kerusi parlimen Sabah.

Sebenarnya isu RCI adalah manifestasi kebencian kaum KDM terhadap UMNO secara tidak langsung, kerana mereka tahu, walaupun RCI ditubuhkan, Panel itu tidak akan mampu berbuat banyak, memandangkan masa yang diberikan hanya enam bulan. Tiada yang boleh dilakukan dalam tempoh masa itu, kerana masalah pertambahan penduduk Sabah, telah berlaku sejak tahun 70-an lagi.

Masalah pertambahan penduduk Sabah, bukan semata-mata disebabkan oleh "pemberian" warganegara yang kononnya melalui melalui pintu belakang; akan tetapi, pertambahan penduduk adalah disebabkan oleh KESADARAN rakyat mendapatkan kad pengenalan diri bermula tahun 80-an, apabila wujudnya berbagai insentif kerajaan untuk menarik minat rakyat mendapatkan kad pengenalan diri. Insentif itu antara lain-SAHAM AMANAH RAKYAT SABAH DAN SAHAM AMANAH TUN MUSTAPHA.

Suara Rakyat masih ingat lagi, bagaimana penduduk mendaftar pada masa itu, walaupun umur masih bawah 20 tahun tapi mendaftar sebagai penduduk yang berumur 21 tahun ke atas, hanya bertujuan untuk mendapatkan saham.

Kegiatan mendaftar dan mendapatkan kad pengenalan bagi penduduk islam dipertingkatkan lagi selepas tahun 1985, apabila penduduk islam yang memang merasa majoriti, akan tetapi hilang kuasa memerintah negeri.

Atas sebab kesadaran daripada berbagai pihak penduduk islam, maka gerakan besar-besaran agar penduduk islam mendapatkan kad pengenalan diri dan seterusnya mendaftar sebagai pengundi, maka apabila persempadanan pilihanraya dikaji pada tahun 1990-an, maka sebagai akibatnya, jumlah kawasan yang dihuni penduduk islam bertambah daripada 20 kepada 32.

Berasaskan kepada keadaan ini, kaum KDM merasa tidak puashati, atas sebab itu, mereka menumpang untuk sementara ke dalam BN yang ditunjangi UMNO, dan mereka berjuang melalui dalam. Parti PBS juga menyedari perkara ini, atas sebab itu, parti itu kembali ke pangkuan BN dan berjuang melalui dalam mendesak penubuhan RCI PATI SABAH.

Sebenarnya parti yang berasas KDM marah terhadap pertambahan penduduk islam secara mendadak, yang sebenarnya mereka juga maklum bahawa pertambahan itu disebabkan tindakan mereka yang menganaktirikan penduduk islam negeri ini.

Intipati daripada desakan kaum KDM mendesak penubuhan RCI PATI SABAH adalah mempersoalkan kedudukan penduduk islam, di mana masa kini akan terus menguasai persada politik Sabah berasaskan sistem demokrasi, kerana jumlah kerusi DUN Sabah yang majoriti Islam adalah 32 daripada 60 kerusi DUN. Walaupun seluruh kawasan KDM dan cina bergabung, jumlah kerusi mereka maksima 28, belum mampu menubuhkan kerajaan negeri, walaupun dengan majoriti mudah.

Jangan lupa juga, bahawa dalam Umno terdapat ramai kaum KDM yang beragama islam dan memastikan lagi penguasaan penduduk islam dalam negeri ini terus terpelihara.

Kerjaan islam Sabah yang diketuai oleh Musa Aman, sungguh adil kepada semua pihak- kita boleh melihat bagaimana kerajaan islam Sabah mengagihkan jawatan, peruntukan sama rata kepada semua penduduk, tanpa mengira kedudukan kaum itu.

Kerajaan negeri juga tidak melupakan bantuan kepada penduduk bukan islam termasuk bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah bukan islam.

Pembangunan infrastrukur juga tidak dilupakan, malah daripada segi peratus jumlah peruntukan, kawasan bukan islam mendapat lebih banyak berbanding kawasan islam.

Kerajaan Negeri, walaupun diterajui orang islam, sangat telus dan adil dalam melayani semua rakyatnya, berlainan semasa tahun 1985-1994, di mana semua peringkat, kaum bukan islamlah yang dominan.

Kini, sebenarnya, pemerataan pembangunan, pemerataan agihan jawatan sungguh adil, kecualilah pada peringkat politik, walaupun kaum KDM mempunyai berbagai jawatan termasuk menteri baik peringkat negeri mahupun persekutuan, mereka masih merasa tidak berpuashati, kerana kuasa yang pada mereka pada suatu masa telah hilang akibat tindakan mereka sendiri.

Kini, kononnya melalui RCI PATI SABAH, akan membongkar tindakan pemimpin islam, yang secara tidak langsung mereka tuduh sebagai dalang kepada pertambahan penduduk islam.

Percayalah penubuhan RCI PATI SABAH, lebih banyak membawa keburukan kepada BN secara keseluruhan, kerana akan berlaku protes secara diam-diam semasa mengundi nanti. Pada masa pengundian akan belaku kecenderungan pengundian berasaskan agama, walaupun calon itu adalah calon BN akan tetapi bukan islam, maka tidak akan mendapat undi pengundi islam, demikian juga walaupun calon itu islam, tidak akan mendapat undi pengundi bukan islam islam, akibat kecurigaan yang menebal.

Bagi suara Rakyat, penubuhan RCI PATI SABAH, tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang ditimbulkan parti-parti KDM, malah penubuhan panel ini, akan menjadi pilar perpecahan kaum di negeri ini.

Sabah, yang sebelumnya aman dengan persefahaman antara kaum yang harmoni, atas sebab politik, maka keadaan itu, akan sirna.. SIAPA YANG RUGI? HANYA RAKYAT SABAH SECARA KESELURUHAN.

9 comments:

Mumbai said...

tidak ada istilah agama sebenarnya dalam RCI.. fokusnya adalah untuk memerangi PATI dan juga Projek IC, bukannya agama Islam.. tanpa PATI pun ada ramai Sabahan beragama Islam di Sabah..

Unknown said...

Wah...artikel berat sebelah nampak.

Unknown said...

Rakyat Sabah mahukan pemimpin yang boleh bawa perubahan positif, tidak kira latar belakang agama. Please la jangan main isu agama. Tiada pihak yang gah daripada pihak2 lain seterusnya ada rasa mahu control semua pihak.

Unknown said...

Adakah penulis juga menghasut supaya RCI tidak dilaksanakan, sama seperti Mahathir??

Unknown said...

Kalau rakyat mahu timbulkan isu agama mahupun kaum di negara ni, teruskan jika tidak sayangkan keamanan dan perpaduan yang dikecapi sekarang.

mantera said...

RCI adalah usaha selesaikan masalah PATI, ia tak da kaitan dgn agama, jgn nak manipulasikan hal ini.

Unknown said...

balik2 isu agama dikaitkan dgn RCI, apa kaitan agama dgn RCI? RCI ni terdiri kepada semua bah termasuk la, islam, kristian, buddha, hindu dan segalanya, tujuan RCI utk menentang ini PATI, bkn menimbulkn isu agama mcm ko ni, pakai otak skit la kawan

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

admin talking bullshit~ RCI xda kna mngena ngan isu Agama. Ianya adala ttg mslh PATI pilak2, om2 dan paku pakis yg smkin mnjadi2 d sabah. Kdtgn dorg ne mmbhyakn sabahan jak

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels