11 August 2012

RCI Pati Sabah: Mengkaji apa kah wujud pendatang haram menjadi warganegara

RCI PATI SABAH yang menjadi momok perjuangan UPKO akhirnya ditubuhkan secara rasmi hari ini. Pengumumannya dilakukan oleh Perdana Menteri sendiri, selepas bermesyuarat dengan pemimpin BN Sabah di Kota Kinabalu.

RCI tersebut sebelum ini telah dipersetujui oleh Kabinet Persekutuan pada 8 Februari lalu.

Akibat kelambatan pengumuman secara rasminya RCI tersebut, salah seorang pemimpin yang bersungguh-sungguh memperjuangnya-adalah mantan Timbalan Presiden UPKO-Datuk Welfred Mojilip Bumburing.

Ketidak sabaran Bumburing menunggu pengumunan secara rasmi RCI tersebut, beliau keluar daripada BN pada 29 Julai lalu, dengan mendakwa bahawa persetujuan kabinet pada 8 Februari itu, hanya gimik politik.

Sebenarnya Bumburing tidak sabar menunggu, walaupun PM sendiri berulangkali menyatakan, bahawa sebaik terma dan syarat RCI tersebut dikenalpasti dan kemudian diperkenaan oleh SPB Agong, barulah ianya dapat diumumkan secara rasmi.

Hari ini, PM telah mengumumkan penubuhan RCI PATI Sabah secara rasmi dan menamakan lima anggota panel yang diketuai oleh mantan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim; anggota panel lain adalah mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Negara Sabah, Tan Sri Herman Luping, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk KY Mustafa.

Reaksi pertama Bumburing mengenai perlantikan panel tersebut adalah-beliau tidak mengiktirafnya; atas alasan- kenapa selepas beliau keluar BN, barulah panel tersebut diumumkan.

Yang jelas, Bumburing begitu kecewa dengan pengumuman tersebut, selepas beliau keluar daripada BN. Apa kan daya, ketidak sabaran, adalah resiko yang perlu diambil, kerana terlanjak perahu boleh diundur, namun terlajak kata-buruk padanya.

UPKO memperjuangkan RCI Pati, kerana jika panel itu tidak ditubuhkan, kononnya parti itu, tidak mendapat kerpercayaan lagi daripada kaum KDM. Ertinya hanya RCI PATI SABAH sahaja yang mampu menyelamatkan UPKO di mata rakyat.

Dalam tempoh enam bulan panel itu diberi masa untuk membuat laporan apa kah benar wujudnya pemberian kerakyatan kepada pendatang haram yang berada di Sabah? ataupun sebaliknya.

Masalah kedatangan pendatang terutama daripada Filipina dan Indonesia bermula sejak di ambang kemerdekaan lagi dan berlarutan sehingga kini. Masa puncaknya adalah pada tahun 70-an, apabila berlaku perang saudara di Selatan Filipina, sehinggakan pelarian daripada wilayah bergolak itu diberi status pelarian oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kerajaan baik Pusat mahupun negeri, terus mengatasi masalah pelarian ini, sehinggakan berbagai oprasi dilakukan, apakah proses pemutihan atau proses penghantaran balik. 

Kerajaan juga mengwujudkan undang-undang berat terhadap pendatang tanpa izin, termasuk hukuman sebat; namun masalah pendatang tanpa izin, hingga kini belum terselesaikan.

Bagi suara Rakyat, adalah sukar untuk memastikan apa kah benar wujudnya pemberian kerakyatan kepada pendatang haram., kecualilah, panel itu mengumpul semua warga negara berasaskan kampung, dan di bahagi-bahagi berasas strata; mungkin akan diketahui, bahawa ada "warganegara" yang bukan asal Sabah, kerana biasanya di kampung-kampung akan tahu siapa-siapa penduduk kampung itu berasas salsilah.

Mampukah RCI itu? sedangkan masa yang diberikan hanya enam bulan. Ataukah panel itu hanya berasas laporan sepihak daripada pihak-pihak tertentu, dan laporan itu hanya berasas hearsay? jangan kerana laporan panel ini, menyebabkan hurahara di Sabah, kerana berlakunya curiga mencurigai antara rakyat.

Pihak KDM memang sejak awal, mencurigai penduduk islam, atas sebab itu, pada tahun 70-an sehinggalah tahun 90-an, isu ini terus dimainkan, kerana jumlah penduduk islam kononnya bertambah secara mendadak berbanding rekod tahun 70-an.

Perlu diingat, sehingga tahun 70-an, terlalu ramai penduduk islam tidak mempunyai pengenalan diri, sehinggalah apabila SAHAM AMANAH SABAH ATAU SAHAM AMANAH TUN MUSTAPHA diwujudkan, barulah rakyat berlumba-lumba mendapatkan kad pengenalan diri, kerana tanpa itu, mereka tidak layak menerima saham itu.

Apabila penduduk islam menyadari betapa penting kad pengenalan diri, kerana melalui dokumen itu mereka boleh gunakan untuk mendaftar sebagai pengundi; maka gerakan besar-besaran dilakukan oleh pemimpin islam; para pemimpin ini masuk dari kampung ke kampung untuk memberi penerangan.

Perkara ini bertambah lagi, apabila para pemimpin islam termasuk kakitangan kerajaan beragama islam dianaktirikan oleh kerajaan PBS bermula tahun 1985.

Suara Rakyat adalah salah seorang yang menjadi mangsa cara pemerintahan PBS masa itu, atas sebab itu dengan kesadaran berbagai pihak, maka dilakukan gerakan mendaftar penduduk-penduduk islam yang belum berdaftar sebagai pengundi, agar supaya melalui gerakan itu, penduduk islam yang memang majoriti, pasti suatu hari akan menjadi kerajaan.

Akibat gerakan pendaftaran penduduk islam tersebut, maka jumlah pengundi di berbagai kawasan majoriti islam terus bertambah, sebagai akibatnya apabila berlaku persempadanan semula pilihanraya, maka jumlah kerusi bumiputera islam bertambah daripada 20 kepada 32.

Melihat kepada pertambahan jumlah kerusi bumiputera islam itulah, yang menjadikan kaum KDM marah secara tidak langsung, kerana kaum itu tidak akan lagi mampu menjadi kerajaan dengan memainkan isu kaum dan agama, seperti mana mereka lakukan semasa menumbangkan Usno tahun 1976 dan Berjaya tahun 1985.

Isu perkauman ini terus dimainkan oleh PBS sehingga tahun 1994, sebab itu parti tidak pernah kalah dalam pilihanraya. Apabila persempadanan pilihanraya berkuatkuasa pada PRU-1999, sentimen perkauman tidak mampu lagi mampu memastikan PBS menang, atas sebab itu, pada PRU tersebut PBS hanya menang 17 kerusi berbanding BN 43.

Pada keadaan sekarang, walaupun seluruh KDM bersatu, kaum itu hanya akan mampu mendapat 20 kerusi DUN dan 11 parlimen.

Sebenarnya keadaan inilah yang menjadi faktor desakan parti KDM mahu mengwujudkan RCI PATI SABAH. Benarlah katan mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad, tujuan desakan penubuhan RCI adalah bertujuan politik.

10 comments:

Siti Mardhiah said...

Kalu ikut kepala Tun M, lagi baik bagi I/C kat pendatang filipina yang beragama islam.

di tambah pula dengan kajian para sarjana, bahawa polisi penghijrahan yang dikaji semula (american greencard of an example) itu benda biasa bagi negara yang mempunyai masalah "aging population & declining in bith rate".

Benar, polisi yang diubah-suai telah mendatangkan masalah di Denmark dimana pelampau agama telah menembak ramai mangsa semasa mereka berkhemah, di Singapura khabarnya pun macam rakyat asal singapura bencikan pendatang.

Namun benda-benda ini kes terpencil, & orang yang melampau itu sudah pun dihadapkan ke mahkamah. Bagitu juga dengan di Singapura. Rakyat asal pulau yang membenci jirannya itu, telah pun dihukum dengan memakan kari yang dia benci. Lazimnya tak ada orang yang akan bencikan orang yang rajin dan berjaya. Bumi ini bumi Allah, sapa rajin dia berjaya.

ko malas, ko asyik nak beraramaittiii, satu hari tinggal sehelai-sepinggang, sapa ada mau simpati, pun regardless ko penduduk asal berketurunan bangsawan hebat ka, raja, ka keturunan raja + nabi ka. orang lain pun keturunan nabi juga, Nabi Adam A.S.

Mumbai said...

Bumburing memang lantang memperjuangkan isu PATI dan Projek IC.. saya kagum dan menghormati beliau kerana keberanian beliau itu.. tapi sekarang saya terpaksa menolak beliau kerana timbul pelbagai persoalan dan keraguan berkenaan dengan pendirian serta kesungguhan beliau setelah beliau keluar dari parti yang telah menaikkan nama beliau..

Mumbai said...

Mardhiah, macam mana sekalipun Malaysia mempunyai undang2 sendiri berkenaan dengan kewarganegaraan.. jika warga asing yang memperolehi kewarganegaraan ini telah melalui proses yang diperuntukkan dalam undang2, itu saya tidak kisah.. PATI yang ikut pintu belakang yang paling saya kisah..

Unknown said...

Memang wujud pun projek ic..masuk headline Daily Expres lagi.

Unknown said...

Masalahnya, dalang di sebalik projek ic ni yang susah betul mahu ditangkap. Banyak yang mahu cover2.

Unknown said...

Bukan setakat kaji benar2 wujud ataupun sebaliknya tapi apa yang paling penting lagi, siapakah yang menghalalkan pendatang haram ni jadi warganegara.

Unknown said...

Setahu saya, untuk menjadi warganegara perlu melalui satu jangka masa yang lama dan memenuhi syarat2 tertentu. tapi kebelakangan ini sering didengar warga asing boleh mendapat Mykad dalam beberapa minit saja. malah terdapat pula sindiket menjual Mykad yang dilakukan oleh rakyat tempatan sendiri.

mantera said...

Bumburing yang pada mula bersungguh ingin RCI ditubuhkan, apabila ditubuhkan dia pula mempertikaikannya.

mantera said...

RCI pasti akan siasat isu projek IC hingga ke akar umbi.

ramli kamarudin said...

Nak tanya sikit, semasa Sabah merdeka 1963, ketika itu Ketua Menteri Sabah orang China, ada tak orang2 dari Hong Kong, Taiwan, mendapat kewarganegaraan Sabah/Malaysia?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels