9 August 2012

UPKO keluar BN?

SUMBER dalaman daripada parti UPKO mengatakan bahawa UPKO akan keluar daripada BN bersama-sama dengan masa Timbalan Presidennya Datuk Welfred Mojilip Bumburing mengumumkan keluar daripada 13 gabungan parti-parti yang lebih dikenali sebagai Barisan Nasional pada 29 Julai lalu.

Keputusan UPKO keluar daripada BN, menurut sumber itu telah diputuskan pada suatu mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu, namun disebabkan masa yang ditentukan bertembung dengan bulan puasa, maka niat tersebut ditangguhkan untuk sementara waktu, bagi menghormati bulan suci  Ramadhan.

Menurut perkiraan UPKO, jika mereka bertanding atas nama BN, besar kemungkinan semua calon-calon parti itu akan kecundang semasa PRU-13 akan datang.

Perkiraan yang sama pernah berlaku pada kepimpinan PBS pada tahun 1990, atas sebab itu, mereka keluar daripada BN diambang pembuangan undi.

Selain faktor bulan Ramadhan tidak diketahui lagi faktor apa yang menyebabkan tertangguhnya tindakan UPKO itu; sehinggakan Presidennya  mengeluarkan kenyataan, "bahawa melalui BN kemahuan UPKO" akan tertunaikan.

Selepas kenyataan itu Dompok juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa tiada lagi pemimpin UPKO akan bertindak keluar parti selepas Bumburing dan beberapa pemimpin lain termasuk Senator Datuk Maijol Mahap dan Herman Tiongsoh.

Sebelum ini banyak dispekulasikan bahawa dua MP UPKO dan beberapa ADUNnya akan turut keluar daripada BN akan tetapi akan tetap setia pada parti mereka. Melalui tindakan wakil-wakil rakyat itulah jika berlaku, maka Presiden UPKO-Tan Sri Bernard Giluk Dompok, tiada pilihan, melainkan terpaksa keluar daripada BN.

Tindakan UPKO keluar daripada BN lebih kepada persepsi, bahawa kononnya kaum KDM tidak lagi menyokong BN kerana termakan isu borneosisasi dan sentimen perkauman yang ditiupkan.

Pada tahun 1990-an, corak keputusan pilihanraya lebih condong kepada sentimen perkauman, berbanding isu-isu lain, termasuk pembangunan. Namun, selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya yang berkuatkuasa pada tahun 1999, sentimen perkauman bukan lagi menjadi faktor kemenangan sesebuah parti, walaupun itu terus dimainkan.

Parti Bersatu Sabah (PBS) pada PRU-1999, terus memainkan isu perkauman, namun gagal mendapat sokongan, sebaliknya kemenangan kepada BN yang mengetengahkan isu pembangunan.

Isu pembangunan terus mendapat tempat di hati rakyat Sabah, atas sebab itu pada PRU-2004 dan 2008, BN Sabah hampir menyapu bersih semua kawasan baik negeri mahupun parlimen.

Berasaskan kepada kejayaan BN Sabah itu, maka pimpinan pusat BN mengkategorikan bahawa BN Sabah adalah simpanan tetap BN.

Namun berasaskan kepada perkembangan terkini, bahawa berlakunya tindakan keluar parti beberapa pemimpin BN, yang bermula tahun 2008, apabila SAPP pimpinan Yong Teck Lee meninggalkan BN untuk menjadi pembangkang, kemudian pada 29 Julai diikuti oleh dua MP BN-Datuk Lajim Haji Ukin daripada Umno dan Datuk Welfred Mojilip Bumburing daripada UPKO; maka dikalangan pembangkang menginterprestasi perkembangan itu, bahawa Sabah bukan lagi simpanan tetap BN.

Persepsi pembangkang itu, disangkal oleh kepimpinan BN Sabah terutama daripada Pengerusi Perhubungan Umno dan Timbalannya, kerana menurut mereka, tindakan para pemimpin yang berpaling tadah itu, bukan kerana berpaksi kepada permintaan akar umbi, sebaliknya atas keinginan perbadi.

Walaupun ada sanggahan daripada pemimpin nombor satu dan dua Sabah, bahawa rakyat Sabah secara amnya masih dibelakang BN, tidak menjamin UPKO akan tetap bersama BN, kerana mereka termakan isu, bahawa kaum KDM tidak lagi bersama BN. Mereka juga, mengenepikan bahawa sokongan Tan Sri Pairin Kitingan sebagai Presiden PBS dan Hoguan Siau KDM kepada BN tidak lagi mampu menarik sokongan KDM kepada BN.

Sejauh mana kebenaran persepsi para pemimpin KDM terutama daripada UPKO, hanya rakyat yang menentukannya pada PRU-13 akan datang. Renung-renungkan lah.

9 comments:

Unknown said...

Itu kata timbalan UPKO yang boleh diketegorikan sebagai seorang yang pentingkan diri. Itu sungguh mustahil UPKO akan keluar daripada BN. Kerana presiden UPKO sendiri telah tampil dan memberikan kenyataan yang mana tidak ada lagi ahli UPKO yang akan meninggalkan parti. Jadi ini bermakna semua ini cuma khabar angin semata-mata.

John Winchester said...

Dompok memberi jaminan tiada perkara seperti tu akan terjadi. tu cuma kabar angin saja.

John Winchester said...

Pembangkang semakin gemar membuat andaian dan sebarkan kabar angin untuk mengelirukan rakyat

Unknown said...

Statement by Dompok
“Now, it is done. I’m sure no more MPs and ADUNs (state assemblymen) will leave the party"

So it is clear now. no more leaving! So they better be prepared to face the GE.

Unknown said...

I hope there will be no more confusion among the people. Lets focus on the coming GE and spot the candidates who is going to win the election.

Unknown said...

Ketika khabar angin disebarkan begitu jelas bahawa Upko kemungkinan akan mengambil tindakan mengejut untuk keluar daripada BN, Presiden UPKO, Tan Sri Benard Dompok berkata " Kami fikir BN yang mampu berikan apa yang kami mahu." Beliau turut memberitahu bahawa Upko tidak akan keluar daripada gabungan Barisan Nasional.

Unknown said...

Pihak yang berkenaan patut berhenti daripada menyebarkan desas-desus tentang lebih ramai MP dan ADUN yang keluar BN susulan tindakan Timbalan Presiden parti Datuk Wilfred Bumburing yang juga Anggota Parlimen Tuaran meninggalkan UPKO.

mantera said...

Dompok dah perjelaskan UPKO akan terus bersama BN.

mantera said...

semua ini hnya kabar angin.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels