14 September 2012

16 September datang lagi

Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 apabila Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah bergabung membentuk negara baru, yang dinamakan Malaysia.

Gagungan 4 wilayah itu kini hanya berbaki 3 kerana Singapura keluar pada 17 Julai 1965.

16 September 1963 tidak pernah diiktiraf sebagai hari bersejarah secara nasional sebelum ini, kerana yang dianggap hari nasional adalah 31 Ogos, bersempena dengan hari kemerdekaan Malaya daripada jajahan British.

16 September hanya disambut di Sarawak dan Sabah, Sabah Khasnya mengistiharkannya sebagai hari kelepasan am dan di wartakan sebagai hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT). TYT berasal daripada gabnor Sabah.

16 September menjadi hangat dan panas serta perhatian, apabila Anwar mengistiharkan bahawa pada 16 September 2008, kerajaan Barisan Nasional akan jatuh setelah memerintah 50 tahun ke tangan Pakatan, kononnya akan berlaku melompatnya beberapa MP BN, menurut Anwar masa itu. Namun perangkap Anwar itu tidak menjadi walaupun brbagai usaha mereka lakukan termasuk mengirim Azmin Ali dan Tian Chua Ke Taiwan mengejar lawatan BBC BN.

Akibat perkembangan itu maka akhirnya 16 September dijadikan cuti umum dengan alasan sejarah tidak boleh dilupakan, sejarah mesti diperbetulkan.

Sekiranya Tsunami politik tidak berlaku pada pru-12, tarikh 16 September tidak begitu penting bagi big brothers yang ada di Kuala Lumpur, kerana menganggap Sarawak adan Sabah hanya sebagai penyokong, bukan boleh menjadi tiang kepada sesuatu kemenangan.

Akibat pru-12, big brothers tersentak dan sedar, jika tidak small brothers di Sarawak dan Sabah, maka kerajaan big brothers telah tersungkur. Akibat keputusan pru-12 tersebut, maka secara tergesa-gesa Big brothers terpaksa melantik orang-orang Sabah dan Sarawak pada jawatan-jawatan penting jika sebelumnya sukar untuk berlaku.

Kini, 16 September disambut dengan rasminya bagi menghormati Pembentukan Negara Persekutuan Malaysia. Pada tahun ini giliran Sarawak menjadi tuan rumah, selepas Sabah pada tahun lepas.

Apapun yang berlaku sebelumnya, adalah satu kesilapan pentandibran. Kini kesilapan itu sudah diperbetulkan.

6 comments:

Batresiah said...

MAri sama-sama kita meraikkan sambutan Hari Malaysia ini.

Batresiah said...

Semoga kita tidak terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh pembangkang dengna kemerdekaan NEgara kita ini.

Frances Samil said...

Tiap kali menjelang 31 Ogos dan 16 Sept, ada saja isu yang akan dibangkitkan.

Ian Cooper said...

Rupanya pada bulan Oktober 2009 barulah PM Najib mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.

Ian Cooper said...

Menurut Najib, HARI MERDEKA pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu sementara HARI MALAYSIA pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.

Jeff Ambuyat said...

kali pertama Hari Malaysia disambut adalah pada tahun 2010.. tidak perlulah kita salahkan mana2 pihak atas kelewatan sambutan Hari Malaysia ini kerana semua ini berlaku kesan dari tsunami PRU12, bukannya PRU1..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels