17 September 2012

Apa kah BN Sabah masih kuat?

BENARKAH BN Sabah sudah goyah? sehinggakan Anwar mendakwa semasa di Tuaran pada ambang malam Hari Malaysia, bahawa BN akan gulung tikar?

Anwar membuat dakwaan demikian kerana beberapa Pemimpin BN yang sudah pukul enam sore menyertai mereka.

Sehingga kini telah empat pemimpin BN Sabah menyertai Pembangkang- Datuk Lajim Haji Ukin dan Datuk Welfred Bumburing pada Julai lalu, manakala Tan Sri Ibrahim Menudin mantan Bendahari Umno Sabah dan Datuk Yahya Lampong mantan Timbalan Menteri Persekutuan mewakili Parti Berjaya tahun 80-an dua hari lalu.

Tidak dapat dinafikan bahawa kesemua mantan pemimpin BN itu mempunyai penyokong sendiri di kawasan masing-masing, terkecuali Ibrahim yang belum pernah teruji pada sebarang pilihanraya.

Lajim mempunyai rekod tidak pernah kalah dalam kawasannya kerana senantiasa mewakili kerajaan, sementara Bumburing senantiasa menang semasa dalam PBS, namun selepas keluar daripada Parti Pimpinan Tan Sri Pairin itu, beliau tidak pernah menang lagi di kawasan kelahirannya Tamparuli.

Bumburing menang pada PRU- 2008 kerana menggunakan tikit BN.

Sementara Datuk Yahya Lampong, tidak pernah menang pilihanraya lagi selepas parti Berjaya kalah pada tahun 1985. Yahya pernah bertanding dengan lambang bebas pada tahun 1990 dengan sokongan penuh jentera BN, namun kalah di Parlimen Kudat. Selepas itu, beliau juga pernah bertanding menggunakan parti PRS, namun kalah dan hilang wang pertaruhan.

Berasaskan rekod para pemimpin yang menyertai pembangkang itu, hanya nama Lajim yang mempunyai merit, kerana atas kapasitinya sebagai AJK Umno Pusat.

Kalau dikaji kekuatan empat pemimpin itu, mereka hanya mempunyai sokongan di kawasan masing-masing. Lajim di kawasan Beaufort, Bumburing di kawasan Tamparuli, Yahya Lampung di kawasan Kota Belud dan mungkin? Ibrahim di kawasan Labuan.

Melihat kepada keupayaan empat pemimpin itu, nampaknya secara keseluruhan, tidak mempunyai impak yang ketara terhadap BN.

Di kawasan Beaufort masih ada Datuk Azizah Dun Banir yang boleh mengimbangi kekuatan Lajim, di Tamparuli, Bumburing sebenarnya tiada merit berbanding kekuatan Tan Sri Pairin (Kekuatan Pairin menyeluruh di kawasan-kawasan KDM), Di Kota Belud, Yahya Lampung terlalu kerdil berbanding Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar, dan Datuk Musbah. (Sebagai rekod- Yahya pernah bertanding Ketua Umno Bahagian Kota Belud dan tewas dengan teruk ditangan Datuk Musbah).

Ibrahim mungkin ada impak di Labuan, kerana Umno/Bn Labuan pada masa kini dalam keadaan goyah kerana isu muflis MPnya. Sementara mantan MP Wilayah Persekutuan itu- Datuk Suhalili Abdul Rahman mempunyai masalah peribadinya tersendiri.

Nampaknya Anwar tersalah pilih pemimpin yang perlu dibeli, kerana para pemimpin BN yang menyertai beliau adalah para pemimpin yang menunggu masa untuk dimuziumkan.

Rakyat Sabah lebih mengerti status para pemimpin itu. Mereka sebenarnya seperti melukut tepi gantang, namun konsep BN yang senantiasa setia kawan, maka selagi mereka setia kepada perjuangan, maka tempat senantiasa diberikan.

Berasaskan kepada penjelasan di atas, benarlah kata Ketua Menteri Sabah- sebenarnya kekuatan BN tidak goyah dengan keluarnya mereka, malah BN semakin kuat, kerana peluang regenarsinya boleh berjalan.

8 comments:

mantera said...

pastilah pembangkang akan kata BN makin lemah, takkan nak kata makin kuat pula?

mantera said...

sebenarnya pembangkang yang makin lemah, tapi mereka cuba sembunyikannya.

Saya orang Sabah bah!! said...

Hahaha mestilah Anwar akan cakap macam itu. Tidakkan Anwar akan cakap mereka tidak mendapat sambutan. Itukan memalukan parti PR kalau itu yang berlaku. Jadi fikirkanlah sendiri.

Saya orang Sabah bah!! said...

Faham-fahamlah juga yang mana PR cuba untuk melemahkan BN jadi pasti akan cuba memburukan kerajaan BN dan cuba menakut-nakutkan BN.

Frances Samil said...

Pembangkang yang tidak kuat langsung. Apa macam BN mahu goyah? BN confirm menang.

Frances Samil said...

PR, STAR dan SAPP masih berangan-angan mahu menang sedangkan perahu mereka hampir karam.

Harryzan Aming said...

mana2 Anwar berkempen, mesti la dia akan cakap BN goyah dan akan gulung tikar.. walaupun situasi itu lebih sesuai menggambarkan keadaan parti beliau..

Harryzan Aming said...

bekenaan dengan peimpin keluar BN, bukankah Pakatan juga pernah melalui situasi yang sama? malah lebih teruk dari itu.. hari ini juga mereka terpaksa menggunakan pendekatan provokasi untuk mendapatkan sokongan.. semua ini menunjukkan Pakatan sedang goyah..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels