27 September 2012

Bajet 2013: Mesra Rakyat?

NAJIB pasti akan membentangkan bajet yang mesra rakyat. Tujuannya selain membantu rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan harian, juga menarik sokongan kepada BN terutama berhadapan dengan PRU-13 yang bila-bila masa akan diadakan.
 
Tahun lalu bajet negara berjumlah RM232.8bilion berbanding pendapatan RM186.9bilion dengan defisit 4.7peratus. 

Penumpuan kepada rakyat luar bandar perlu diambilkira, kerana golongan inilah yang terjejas berikutan kadar kenaikan harga barangan keperluan yang sukar terkawal.

Pengwujudan peluang-peluang pekerjaan yang membabitkan blue colar perlu diutamakan bagi membendung penghijraan ke bandar-bandar besar. 

Penumpuaan juga tidak perlu berkisar kepada kenaikan gaji kaki tangan awam, kerana pendekatan ini, hanya menambah kepada mempercepat kenaikan harga, akibatnya inflasi akan terus meningkat.
 
Kerajaan perlu mengwujudkan berbagai GLC yang berkaitan pertanian dan perkebunan selain menambah produktiviti bidang-bidang itu akan tetapi juga boleh mengwujudkan peluang-peluang pekerajaan yang ramai.
 
Memperbanyak program agropolitan di berbagai kawasan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak akan menguntungkan jangka panjang kepada negara. Harga barangan keperluan utama tidak akan mampu dikawal tanpa sumber yang tersedia.

Subsidi terhadap keperluan seperti gula, tepung dan sebagainya, perlu dialihkan kepada pelaburan ke atas tanah pertanian atau perkebunan atau perikanan, kerana selain menambah pendapatan golongan majoriti ini, juga sebagai pendekatan untuk mengwujudkan pendapatan tinggi terhadap mereka.

Kerjaya mendapatkan pendapatan melalui kakitangan awam, perlu dikurangkan, kerana ianya tidak baik dalam jangka panjang dalam perekoniman negara.

10 comments:

Farah Zehra said...

Bajet 2013 macam biasalah. Ada yang suka dan ada yang tidak.

Farah Zehra said...

Rasanya rebate RM200 untuk smartphone kurang berbaloi. Tapi bantuan RM250 untuk mereka yang maish bujang dan 21 tahun ke atas, amat baik.

Batresiah said...

Itu tidak dinafikan lagi akan bajet 2013 ini.

Batresiah said...

Datuk Najib pasti akan mencari jalan yang terbaik untuk menbantu rakyat dan membuat mereka gembira dengan bajet 2013.

Batresiah said...

Maka kita perlu teruskan usaha menyokong kerajaan yang mampu menguruskan Negara ini dengan baik.

Batresiah said...

Memang Datuk Najib sekarang cuba membantu mendekati rakyat dengan bajet 2013 ini. Dari golongan kecil sehinggalah warga tua mendapat manfaat daripada bajet 2013 ini.

Batresiah said...

Ini menampaknya yang mana pengurusan Datuk Najib pada Negara ini sememangnya baik dan benar-benar cuba untuk menbantu rakyat. Teruskan kita untuk menyokong kerajaan yang benar-benar terbaik untuk kita.

mantera said...

byk bajet untuk membantu rakyat.

mantera said...

rakyat pasti gembira dgn bajet 2013.

Jeff Ambuyat said...

seperti biasa, sebelum najib membuat keputusan berkenaan dengan bajet, beliau akan cuba mendapatkan pandangan2 dari rakyat terlebih dahulu.. sebab itulah Bajet yang diumumkan najib ini layak digelar bajet rakyat..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels