22 September 2012

Kalau benarlah Musa rakus-mengapa ekonomi Sabah berkembang pesat?

SATU fakta yang tidak boleh dinafikan, semasa Musa dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah, simpanan Sabah hanya RM200 juta. Sejak itu, dari tahun ke tahun simpanan negeri terus bertambah, sehinggalah mencapai RM3bilion.

Jika benarlah Musa rakus, mengapa simpanan kewangan Sabah terus bertambah?
 
Sejak Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, bajet pembangunan negeri dari tahun ke tahun terus bertambah, malah bajet tahun 2012 mencecah lebih RM4 bilion, berbanding Selangor yang hanya RM1.6bilion.

Jika benarlah Musa rakus dan tidak telus dalam mengatur kewangan, mengapa Ketua Audit Negara memperakui, bahawa pengurusan Kewangan Negeri antara yang terbaik dalam negara bersama Pulau Pinang?

Jika benarlah Musa rakus mengapa pelaburan swasta boleh mencapai RM10bilion untuk suku pertama tahun 2012?
 
Jika benarlah Musa rakus, mengapa kadar kemiskinan negeri terus merudum? pada tahun 2003 semasa Musa dilantik sebagai Ketua Menteri, kadar kemiskinan Sabah berada di atas 24 peratus, kadar itu berjaya diturunkan dan kini kadar kemiskinan hanya 15 peratus. Kadar kemiskinan ini akan terus turun, apabila projek-projek membasmi kemiskinan seperti Jelapang Padi, Agropolitan, PIOC dan Sabah Development Corridor siap dan berjalan sepenuhnya.

Projek mega seperti projek Baja di Siptiang, projek minyak dan gas di Kimanis serta Kota Belud, akan menyumbang peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.Apabila projek-projek ini berjalan sepenuhnya, kadar kemiskinan negeri akan terus merudum.

Sebenarnya mereka yang mengritik Musa dengan berbagai tuduhan yang direka, adalah mereka yang cemburu kepada kejayaan Ketua Menteri itu.

Sebenarnya pembangunan ekonomi negeri begitu pesat bermula tahun 2003, menunggu 18 tahun pembangunan yang dicipta Tan Sri Harris Salleh tahun 1976-1985.

Dalam soal politik, Musa mendapat sokongan padu daripada para pemimpin yang mempunyai perjuangan yang sama dengan beliau, yakni membangun negeri dan rakyat. Musa hanya tidak disenangi oleh mereka yang rakus projek untuk kepentingan diri sendiri.

Musa hanya tidak disukai oleh mereka yang mahu kuasa- walaupun mereka itu suatu ketika telahpun diberi peluang termasuk jawatan menteri, namun, gagal membawa pembangunan di kawasannya khasnya dan umumnya di negeri ini, kerana matalamat mereka itu, hanya untuk mendapatkan projek demi kepentingan poket sendiri.

Apabila jawatan yang diamanahkan ditarik balik, kerana gagal membawa pembangunan untuk rakyat dan negeri, mereka kecil hati, lalu me-reka-reka berbagai alasan, termasuk keluar daripada parti yang memberi sumbangan peribadi kepada mereka.
 
Bagi mereka yang masih bersama parti, sanggup pula menjadi gunting dalam lipatan, untuk menjatuhkan Musa. Berbagai gerak saraf mereka reka, seolah-olah Musa membolot semua projek yang dilaksanakan dalam negeri.
 
Mereka lupa, bahawa Musa lah yang bertanggungjawab mengagih-agihkan semua projek dalam negeri, atas kapasitinya sebagai Ketua Kerajaan dan Menteri Kewangan, namun beliau tidakpun berkuasa terhadap projek-projek yang dilaksanakan kementerian persekutuan, sedangkan kalau diimbas sepintas lalu, peruntukan daripada persekutuan berkali lipat berbanding peruntukan kerajaan negeri yang mengalir ke dalam negeri ini.
 
Menuduh Musa sebagai rakus, hanya mainan politik yang cemburu, mainan politik yang kurang arif mengenai pembangunan negeri.
 
Sikap diam Musa terhadap semua tuduhan ini, menggambarkan bahawa beliau tidak terpengaruh dengan semua tuduhan rekaan itu, kerana beliau tahu apa yang dilakukannya.

17 comments:

Saya orang Sabah bah!! said...

Betul juga apa yang dikatakan oleh artikel ini. Macam boleh dipercayai. Terima kasih atas info ini.

Saya orang Sabah bah!! said...

Saya minta kebaran untuk mengopy artikel ini. Ini sangat berguna untuk didedahkan kepabcda rakyat Sabah.

Saya orang Sabah bah!! said...

Teruskan usaha yang baik kepada rakyat datuk Musa. Kerana ini akan memberikan keyakinan kepada rakyat yang mana Datuk Musa adalah pemimpin yang berjiwa rakyat.

mantera said...

byk pembangunan Musa lakukan kepada Sabah.

mantera said...

pada tahun 2012, Sabah mendapat peruntukan terbesar lebih RM 4 billion. ini kerana jasa Musa Aman.

mantera said...

Sabah jg kini bukan lagi negeri termiskin dan Tawau adalah Daerah pertama yang sifar kemiskinan tegar.

mantera said...

Moga Musa akan terus lakukan usaha tingaktkan ekonomi Sabah.

Rafizi Khan said...

Sabah continues to be among states with an excellent financial management record and can be a role model to other states, Auditor General Tan Sri Ambrin Buang, said, Monday.

Rafizi Khan said...

State's financial management under Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has improved over the last few years following the responsiveness of government departments and agencies to the demand of financial governance.

Rafizi Khan said...

Amrin added that Sabah's success can be a role model or benchmark for other government departments and agencies.

Rafizi Khan said...

Civil servants in the State need to improve their work culture by implementing and monitoring government projects carefully.

Rafizi Khan said...

Musa said the unqualified statement quashed the negative notion and baseless allegations from certain quarters that often dispute the efficiency of the State's financial management.

Harryzan Aming said...

jika ketika ekonomi sabah berkembang pun dikatakan Musa Aman rakus, bermakna pemimpin2 terdahulu berlipat kali ganda lebih rakus sehingga gagal membangunkan ekonomi negeri ini..

Harryzan Aming said...

hanya ketika era pentadbiran Datuk Musa Aman barulah nampak perkembangan ekonomi dan pembangunan infrastruktur di negeri ini..

ScottyDoesntKnow said...

Unity and harmony prevails in Sabah because it has been the way of life for the people in the state.With more than 30 ethnic groups in the state, unity has been the main thrust in putting Sabah on the right track towards peace, progress and prosperity.A strong advocate of the people’s determination in preserving unity is Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, who has played a key role in bringing the state closer as its chief executive.Federation of Hokkien Association of Sabah and Labuan president Datuk t.C. Goh says continued support from the state government speaks volumes of Musa’s efforts in strenghtening unity in the state.

ScottyDoesntKnow said...

“i am all for stronger unity in the country and in Sabah. We should be thankful to have a leader who has played a leading role in uniting the people,” opines Goh, who is also the deputy president of the Federation of Chinese Associations of Sabah.“Grants allocated to the Chinese community for education, culture, religious bodies, sports and welfare have been consistent and reflective of the government’s stance on how important unity is to the people, state and country.” Goh says Sabah is also fortunate to have people who realise and observe the importance of racial and religious tolerance despite their diverse backgrounds.“the unity and strong government leadership have led to the unprecedented development of Sabah and its economy.” Since Musa took office, the state government has disbursed some RM30 million yearly to over 500 organisations, comprising independent Chinese and mission schools, Buddhist and Sikh temples and churches in the state.the Federal Government, meanwhile, has allocated RM112 million for 429 government schools, mission schools, Chinese schools and government-aided religious schools in Sabah under a special stimulus package this year.

ScottyDoesntKnow said...

the recipients are 283 government schools, which received RM95.9 million; 70 Chinese schools (R M10.8 million); 74 mission schools (RM3.7 million); and, two government-aided religious schools (RM1.5 million).the funds are part of the RM900 million stimulus package for schools nationwide.Of these, RM500 million is for government schools while the rest was for Chinese, tamil, mission and government-aided religious schools.1Malaysia Foundation trustee tan Sri Lee Lam thye recently spoke of Sabah as a practical and visible example of unity in diversity.

“People of diverse ethnic groups are able to live, learn, work and play together in the spirit of 1Malaysia in Sabah. this scenario has long existed in the state.“However, continuous efforts must be made by all to strengthen racial harmony and religious tolerance at every level of our society.“in the days ahead, the creation and sustenance of national unity must be given the highest priority for unity is vital to ensure the continued growth of Malaysia as a secure, peaceful, progressive and united nation.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels