22 September 2012

Kenapa Persoal Status Musa?

Yong Teck Lee, Chong Kah kiat, Peter Lo pernah jadi Ketua Menteri Sabah- Bumiputera kah mereka? Satu pertanayaan kepada mereka yang mempersoalkan kelayakan Musa Aman menduduki jawatan Ketua Menteri Sabah.

Musa adalah pejuang parti Usno, pejuang parti bumiputera. Beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti untuk mendapatkan kuasa. Beliau setia pada parti Usno, di kala parti itu masih pembangkang.

Semasa Usno dibubarkan oleh pengasasnya Tun Datu Mustapha Datu Harun pada tahun 1991 dan menjemput Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah, barulah Musa berpindah ke kapal besar, untuk meneruskan perjuangannya.

Ditakdirkan Umno dan BN membentuk kerajaan pada tahun 1994, Musa meskipun menang sebagai wakil rakyat, tidakpun menyertai kabinet, meskipun beliau salah seorang pemimpin kanan Umno di Sabah.

Mereka yang junior dalam parti diberikan peluang terlebih dahulu, sehinggalah tahun 2001, Musa menyertai kabinet sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri kemudian dilantik sebagai Menteri Kewangan Negeri tahun berikutnya.

Setahun kemudian, Musa diberi peluang sebagai Ketua Menteri, selepas tempoh jawatan Tan Sri Chong Kah Kiat berakhir.

Musa membawa kemenangan besar kepada BN pada PRU-2004 dan diulanginya pada PRU-2008.

PRU-2008 telah berlaku tsunami politik di Semenanjung, namun di Sabah fenomena itu tidak berlaku, meskipun Musa bertindak menggugurkan beberapa pemimpin veteran.

Menghadapi, PRU-13, cabaran kepada Musa tidak kurang mencabar berbanding sebelum PRU-2008. Sebelum PRU-2008, berbagai cabaran dihadapinya terutama dari kalangan etnik bumiputera islam. Pada ketika itu, kasak kusuk berlaku, sebaiknya Sabah diterajui oleh pemimpin yang bernaung dalam etnik besar. Kasak kusuk juga berlaku, sehingga ada pakatan Ketua-Ketua bahagian Umno berjumpa Perdana Menteri, agar melantik sesesiapa sahaja menjadi Ketua Menteri daripada kalangan mereka, asalkan bukan Musa Aman.

Musa pada ketika dan masa itu, bersifat low profile. Beliau tiada tanda-tandapun bakal dilantik sebagai Ketua Menteri. Keadaan ini, serupa di Selangor, apabila Datuk Dr Khir Toyo dilantik sebagai MB Selangor.

Kata orang kalau rezeki tidak akan kemana. Musa akhirnya menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat. Rezki terus menyertainya, dan hingga kini masih Ketua Menteri Sabah. Malah beliau adalah Ketua Menteri yang akan melepasi “jinx” Sembilan tahun, seperti mana diakui sendiri oleh Speaker DUN Sabah- salah seorang mantan Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Salleh Tun Said.

Kenapa ada yang mempertikai Musa? KERANA mereka itu cemburu kepada pencapaian beliau. Musa adalah Ketua Menteri kedua Sabah yang mampu memacu perekonomian Sabah selepas Tan Sri Harris Salleh.

Data perangkaan Sabah tidak berbohong, semenjak Musa menerajui Sabah, lonjakan perekonomian terus meningkat. Simpanan negeri memecah rekod sehingga RM3bilion, bajet negeri juga mencipta rekod di mana untuk pertama kali melepasi angka RM4bilion.

Kemajuan sesebuah negeri, dilihat daripada segi jumlah simpanan kewangan dan bajet tahunannya. Selain itu, pelaburan swasta juga merupakan satu indicator. Swasta tidak akan melabur, jika pelabuarannya tidak akan mendapat pulangan. Swasta melihat kepada peluang-peluang perniagaan yang ada, di mana peluang-peluang itu didokong oleh infrastruktur yang ada. Kerajaan adalah penyedia infrastruktur selain kemudahan orang awam juga kemudahan para pelabur.

Musa bergerak kearah itu, sesuai dengan Halatuju Pembangunan Sabah.

13 comments:

Saya orang Sabah bah!! said...

Yong Teck Lee, Chong Kah kiat, Peter Lo pernah jadi Ketua Menteri Sabah- Bumiputera kah mereka?

Betul juga..Kenapa Datuk Musa pula yang dipersoalkan. Menjadi persoalan sekarang ini.

Saya orang Sabah bah!! said...

Nampak sangat sekarang ini cuba untuk menjatuhkan Datuk musa dibuat. Tidak perlu risau semua itu tidak akan mengugat sokongan rakyat kepada kerajaan BN.

Saya orang Sabah bah!! said...

Penduduk Sabah tahu menilai sendiri mengenai perkara ini. Semua ini cuma rekaan semata-mata untuk menjatuhkan Datuk Musa. tapi tidak berkesan hanya dengan cara begini. Kerana pembangunan yang dibuat oleh Datuk Musa lebih kuat daripada khabar angin ini.

mantera said...

Musa kekal menjadi Ketua Menteri kerana kepimpinannya yang amat baik.

mantera said...

pihak yang persoalkan adalah pihak yang cemburu dgn kejayaan Musa Aman.

mantera said...

walaupun pelbagai kontroversi melanda beliau, namun beliau tetap yakin dengan keutuhan Umno negeri dapat menghadapi apa juga cabaran.

mantera said...

biasalah ada satu dua orang yang kurang senang hati tetapi biarlah mereka kerana apa yang mereka lakukan adalah terpulang kepada mereka sendiri.

Rafizi Khan said...

CM Datuk Seri Musa recalled that when he was appointed the State's Finance Minister, many government agencies were incurring losses with some not even being able to pay staff their salaries.

Rafizi Khan said...

Through Musa's advice and views, these agencies were slowly able to pay their loans and subsequently dividends.For example, like the Sabah Credit Corporation (SCC) went on to win awards.

Rafizi Khan said...

State Government manages the State's funds with sincerity and determination so that it is not wasted but based on the existing regulations.

Rafizi Khan said...

An uncanny business acumen and prudent spending by Chief Minister Datuk Seri Musa Hj Aman is the chief reason why Sabah continues to have an excellent financial management record.

Rafizi Khan said...

Datuk Salleh said Sabahans are fortunate to have a chief minister who is knowledgeable in business and economics and Sabah’s spending is never done wantonly; projects are well planned and development is carried out only if its benefits the people.

Harryzan Aming said...

bila sudah terdesak mahu menjatuhkan seseorang pemimpin, maka tidak heran la jika banyak kenyataan2 "buta" di keluarkan..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels