3 September 2012

Kerjasama erat antara Sabah dan Putrajaya disebabkan Musa: Najib

Najib dan Musa
HUBUNGAN antara kerajaan Pusat dan Sabah yang semakin erat disebabkan kerana usaha Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, demikian kata Perdana Menteri- Datuk Seri Najib Tun Razak di Sandakan pada Ahad.

Hubungan yang sungguh erat antara Putrajaya dan Sabah membuatkan pembangkang mati langkah dan mereka (pembangkang) sukar mengabui mata rakyat Sabah.

Menurut Perdana Menteri, setiap kali beliau melawat Sabah, beliau merasakan kehangatan sambutan rakyat di negeri di bawah bayu ini.

Pada kesempatan lain, semasa melawat Kota Belud untuk menghadiri Rumah Terbuka Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Najib membayangkan bahawa sambutan rakyat yang luarbiasa terhadapnya adalah sebagai petanda, bahawa Sabah senantiasa sebagai Simpanan tetap BN.

Di Sandakan, Perdana Menteri dan istri disambut kira-kira 35 ribu rakyat daripada berbagai lapisan, demikian juga di Kota belud (tepatnya di Kampung Rampayan Laut) dianggarkan jumlah rakyat yang menyambut PM dan isteri melebihi 30 ribu orang.

Dalam politik, yang berbicara adalah sokongan rakyat akar umbi, bukannya tindakan ganas yang diamalkan oleh pembangkang seperti memijak gambar Perdana Menteri, menukar bendera negara, memesongkan pegertian antara Hari Kemerdekaan dan Hari Pembentukan Malaysia.

Pembangkang mengambil pendekatan "kebencian" kepada pemimpin negara, sama dengan Pendekatan Pembangkang di Indonesia semasa mahu menjatuhkan Presiden Soeharto pada tahun 1998.

Pendekatan membangkitkan kebecian kepada Perdana Menteri, tidak akan kemana-mana, kerana hanya puak pembangkang sahaja yang terlibat, bukannya rakyat jelata yang masih majoriti.

10 comments:

mantera said...

hubungan erat antara Sabah dan Putrajaya harus dikekalkan dan pastikan Sabah mendapat byk manfaat dari hubungan erat ini.

DorianG said...

Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman attests that the good relationship between the state and the federal governments is key towards the many benefits that Sabah enjoys. According to Musa, development is done widespread across Sabah, whether it is in the city or in the rural areas without discrimination towards anybody, adding that the Barisan National (BN) government is always pressing on educational development.

DorianG said...

He added that the BN’s sincerity is proof that it is the only party that can and will defend the rights of its people as compared to the opposition whose empty promises cannot live up to what BN has been doing all along.Musa, who is also State Finance Minister said he is not embarrassed to request large allocations from the federal government for the sake of the state’s development to rival other states.

DorianG said...

He added that Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak awards the allocations without hesitation given that the confidence of the people is on the rise.This progress is not only focused on infrastructure development but also a genuine effort to prepare other various initiatives such as the People’s Aid 1Malaysia (Bantuan Rakyat 1Malaysia) (BR1M), the People’s 1Malaysia Store (Kedai Rakyat 1Malaysia), 1Malaysia Clinic, Karisma, and many others.

DorianG said...

All of this is for the people, especially those with low income. As they say, ‘ada ubi ada batas, ada budi kita akan balas’ (a good deed deserves another)…the BN government will receive continued support based on its sincerity and concern towards helping all ethnicity.

Unknown said...

Terima kasih atas kepimpinan KM Sabah, Musa Aman.semoga beliau akan meneruskan penggal yang akan datang.

Mumbai said...

sepatutnya rakyat menolah pendekatan yang digunakan oleh pembangkang dala merapas kerajaan negara ini.. apa yang boleh dibanggakan dengan pendekatan provokasi yang digunakan pembangkang negara ini?? kita mahukan keamanan bukannya kekecohan..

Mumbai said...

ketika mereka masih membangkang, rakyat sudah merasai ketidak-amanan dalam negara, inikan pula selepas mereka memerintah.. bagaimana jika pembangkang2 ini berhadapan dengan urusan2 diluar negara yang lebih berat? adakah mereka juga akan menggunakan pendekatan provokasi?

Caldina said...

Kerjasama adalah kunci kepada suatu kejayaan.

Caldina said...

Kerjasama baik kerajaan negeri Sabah dengan kerajaan persekutuan telah membawa hasil yang sangat positif.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels