4 September 2012

KOTA BELUD kubu kuat BN Sabah

Musa, Najib, Salleh, Rosmah
UMNO lahir di Kota Belud pada tahun 1991 melalui pilihanraya kecil (PRK) Usukan. Calon Umno pada PRK itu adalah Tun Datu Mustapha mantan Presiden USNO yang membubarkan parti tertua Sabah itu bagi memberi peluang kepada Umno mengembangkan sayapnya di Sabah.

PRK tahun 1991 terpaksa diadakan berikutan undang-undang anti-lompat Sabah yang masih berkuatkuasa pada masa itu. Tun Mustapha terpaksa meletakan jawatan sebagai ADUN Usukan yang dimenanginya pada PRU Sabah tahun 1990 kerana menyertai UMNO.

UMNO terpaksa masuk ke Sabah pada tahun 1991 berikutan tikam belakang Parti Bersatu Sabah pimpinan Pairin Kitingan (kini Tan Sri) komponen BN diambang pembuangan undi pada tahun 1990.

Kota Belud dicanang sebagai anak sulung Umno di Sabah berikutan kemenangan Tun Mustapha pada PRK Usukan melawan calon PBS Jap Omar.

Selepas kemasukan Umno di Sabah pada tahun 1991, kerajaan PBS masa itu tergugat, walaupun berlaku penggabungan keraajaan negeri yang disebut PBS plus-yakni antara PBS dan ADUN USNO (ADUN USNO adalah mereka yang menang pada PRU 1990 atas tikit Usno).

Pada PRU-1994, BN yang ditunjangi Umno belum mampu menumbangkan PBS, namun berikutan keluarnya dua ADUN PBS yaitu Datuk Lajim Haji Ukin-Klias dan Datuk Rubin Balang-Kemabong, maka memboleh UBN menubuhkan kerajaan pada tahun 1994, kerana PBS kehilangan majoriti di DUN Sabah.

PBS menyertai semula UBN pada tahun 2002, setahun sebelum Datuk Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pada PRU-2004, UBN Sabah hampir menyapu bersih semua kerusi DUN dan Parlimen, kecuali Parlimen Sandakan dan DUN Kuala Penyu.

Pencapaian UBN Sabah terus menyerlah pada PRU-2008, walaupun Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong jatuh ditangan DAP.

Kekuatan UBN di Kawasan Kota Belud semakin kukuh dengan penyertaaan PBS, atas sebab itu semua DUN dan satu Parlimen terus dimenangi dengan mudah pada dua PRU-tahun 2004 dan 2008.

Diatas kertas pada PRU-13 akan datang, Kota Belud akan terus dikuasai UBN, memandangkan tiada isu yang boleh menggugat keupayaan UBN.

Kemampuan UBN Kota Belud sebenarnya hanya tergugat kalau ada pertelingahan dalaman antara kepimpinan UBN, namun kali ini, semua kepimpinan UBN Kota Belud telah bersatu padu di bawah kepimpinan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah.

Iktibar daripada hubungan antara kepimpinan Musa Aman sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Sabah dengan kepimpinan Pusat, maka penyatuan semua kepimpinan negeri dan seterusnya di peringkat bahagian terus menyerlah.

Kekuatan yang ada melalui kesepakatan dan kerjasama berpasukan semua peringkat kepimpinan di Sabah mengakibatkan Pembangkang semakin gerun, dan sukar menembus sokongan rakyat kepada UBN.

Bukti cukup kukuh pada siri-siri lawatan PM ke Sabah, termasuk pada Ahad di Sandakan dan Kota Beluid. Sambutan luarbiasa kepada Najib menunjukkan bahawa rakyat Sabah tetap yakin dengan kerajaan UBN.

Siri tindakan Pembangkang termasuk menggait kepimpinan BN untuk melompat, nampaknya tidak mempunyai impak keada sokongan rakyat kepada UBN.

6 comments:

mantera said...

KB mmg antara kubu kuat BN, dan BN perlu berusaha untuk memastikan KB tetap menjadi kubu kuat mereka.

Ian Cooper said...

Selagi pemimpin di KB pandai mengambil hati rakyat dan tidak meminggirkan kepentingan penduduk, selagi itulah BN tetap disokong.

Jeff Ambuyat said...

trend pengundi boleh berubah2 ikut keadaan.. hari ini rata2 pengundi di Sabah mahukan parti tempatan mewakili suara mereka di parlimen.. so potensi umno di Sabah, bagi saya adalah 50-50..

Caldina said...

Rasanya semua pun tahu KB adalah kubu kuat BN

Caldina said...

BN sapu habis kerusi di KB nanti.

Pelita Jiwa said...

Sedikit komen....Nama yang digunakan oleh saudara blogger iaitu SUARA RAKYAT tidak mencerminkan apa yang dinamakan 'suara' itu sendiri. Sebagai rakyat kita harus bnyk meminta dan bukan disebaliknya.......

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels