16 September 2012

Kota Belud lambat membangun kerana isu kaum

MASALAH kaum merupakan faktor penyebab pembangunan Kota Belud lambat. Pada pemerintahan Usno tahun 60-an sehingga tahun 1976, masalah kaum merupakan faktor yang terus dimainkan.

Masalah kaum terus dimainkan semula pada tahun 1985, selepas reda selama hampir Sembilan tahun semasa kerajaan Berjaya.

Masalah kaum sebenarnya dianggap selesai, apabila Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah. Kenapa demikian? Jawabnya, Umno menerima semua suku kaum bumiputera tanpa melihat latar belakang kaumnya. Dalam Umno, semua adalah sama rata.

Pengembangan Umno ke Sabah bertujuan agar kestabilan politik menjadi mapan. Selian itu Umno juga mahu mengurangkan politicking, agar supaya pemimpin dapat menumpukan masa untuk membangun negeri.

Kemasukan Umno selain menstabilkan politik, juga mengorak langkah untuk pembangunan yang seimbang antara wilayah.

Sebelum kerajaan BN yang diterjaui Umno, pembangunan wilayah sungguh timpang. Akibat ketimpangan pembangunan ini, maka timbul tidak puashati dan cemburu di kalangan rakyat.

Sebenarnya ketimpangan kadar pembangunan telah diambilkira dalam Perancangan HalaTuju Sabah yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman. Atas sebab itu berbagai bentuk pembangunan yang bercorak ekonomik seperti Agropolitian, PIOC, Sabah Development Corridor telah diperkenalkan.

Pemilihan Sipitang untuk projek urea dan menjadikan Sandakan salah satu hub pendidikan, adalah antara program pembangunan seimbang antara wilayah.

Penumpuhan kawasan pelancongan yang bukan tradisi diperkenalkan. Kudat, Lahad Datu dan Tawau serta Pendalaman, suatu ketika bukanlah tumpuhan pelancongan, namun kini, kawasan-kawasan itu dijadikan lokasi tarikan pelancongan.

Tujuan keseimbangan pembangunan adalah untuk mengatasi ketimpangan antara kawasan yang didiami oleh berbagai etnik Sabah.

Kita sudah maklum, bahawa kawasan pesisir pantai adalah wilayah yang didiami oleh rakyat bumiputera islam, manakala pendalaman didiami oleh rakyat bumiputera bukan islam. Sementara pekan dan Bandar didiami oleh kaum cina.

Segregasi taburan penduduk ini cuba diatasi oleh kerajaan sekarang melalui pembangunan yang seimbang. Atas sebab itu, kerajaan telah memansuhkan kebenaran pembangunan pesisir pantai di kawasan Kota Kinabalu.

Pembangunan seimbang dapat dilaksanakan dengan membangun projek yang bersifat mega seperti projek minyak dan gas. Pertengahan tahun ini misalnya, Ketua Menteri Sabah mengumumkan satu lagi projek minyak dan gas di Kota Belud, projek kedua selepas Kimanis Sabah.
 
Melalui kerajaan BN yang ditunjangi Umno juga Kota Belud menerima tempiasan pembangunan seperti Jelapang Padi, agropolitan dan pelancongan.Projek-projek ini melibatkan semua suku kaum. Tujuannya agar keakraban suku kaum diperat lagi, agar tidak menjadi isu politik.

Kita boleh lagi bertengek pada suku kaum, kerana kita tahu, faktor pembangkitan suku kaumlah yang mengakibatkan kebantutan pembangunan Kota Belud. Kita sudah tahu..itulah faktornya.. kenapa kita perlu bangkitkannya lagi?

10 comments:

mantera said...

jika dahuku KB mmg dilhat lambat membangun walaupun ramai pemimpin2 hebat di KB.

mantera said...

tapi kini, KB mula mencapai pembangunan dgn pelbagai projek terutamanya projek agropolitan.

Saya orang Sabah bah!! said...

Itulah kelebihan bersama dengan Kerajaan BN. Semua adalah sama dan tidak ada yang satu. 1 Malaysia.

Saya orang Sabah bah!! said...

Semoga pembangunan di Sabah ini akan terus dibangunkan. Tidak kira dimana pun kawasan di seluruh Sabah.

Frances Samil said...

Pembangunan perlu la sistematik. BN sudah ada perancangan pembangunan yang terancang cuma menunggu masa untuk dilaksanakan.

Frances Samil said...

Isu kaum senang dimanipulasi untuk mengelirukan rakyat. Kita harus tidak terpedaya dengan taktik ini.

Harryzan Aming said...

bagi saya pembangunan di kota belud atau sabah secara keseluruhan disifatkan lambat disebabkan oleh kekerapan pertukaran ketua menteri serta faktor keluasan Sabah..

Harryzan Aming said...

jika sabah bahagikan lagi kepada beberapa buah negeri, saya yakin pembangunan di negeri ini akan berlaku pada kadar yang sangat pantas.. malah ekonomi Sabah juga akan dapat dilonjakkan berlipat kali ganda mengatasi negeri2 di semenanjung..

Hamsad Wahid said...

Huraian yg di buat oleh penulis terhadap tajuk ini tdk meyakinkan. Terlalu ringkas dan tdk disertakan dgn contoh yg solid. Oleh itu, artikel ini langsung tdk meyakinkan......zero!!

Jeff Ambuyat said...

kalau artikel ini tidak meyakinkan, mungkin commentator diatas boleh ada buat ulasan yang lebih meyakinkan..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels