8 September 2012

MP Labuan: Hilang kelayakan wakil Rakyat kerana Muflis

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Jabatan Insolvensi telah memaklumkan beliau tentang status muflis anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal, dan beliau akan membuat keputusan berhubung perkara itu tidak lama lagi.

Pandikar berkata beliau harus memutuskan sama ada membenarkan Yussof menghadiri persidangan Dewan Rakyat bermula 24 Sep. Dewan Rakyat dijadualkan bersidang dari 24 Sept hingga 27 Nov untuk sesi bajet.

Katanya beliau menerima pengesahan daripada Jabatan Insolvensi bulan lepas di mana Yussof diisytiharkan muflis dan akan meneliti dokumen yang diterimanya daripada jabatan itu sebelum membuat keputusan.

"Saya harus pulang ke pejabat dan meneliti semua perkara. Sekiranya saya akhirnya memutuskan beliau tidal layak sebagai anggota Parlimen, jadi saya harus bercakap dengan beliau dan meminta beliau tidak menghadiri sesi terakhir (Dewan Rakyat)," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Umno Kota Kinabalu di sini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal pada majlis itu.

Pada 7 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi Labuan mengeluarkan notis muflis kepada Yussof, 56, walaupun jumlah hutang tidak didedahkan.

Perintah muflis itu dikeluarkan berdasarkan permohonan yang difailkan pada 24 Mei lalu.

Yussof berkata usaha sedang dibuat untuk menyelesaikan isu itu.

Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket Barisan Nasional menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat.- Bernama

13 comments:

mantera said...

diishtiharkan muflis mmg menjejaskan reputasinya, kemungkinan besar hilang kelayakan adalah tinggi. tapi baik cari wakil rakyat yang lain.

Unknown said...

Betul.. Sebaiknya digugurkan kedudukan yang dipegang selama ini. Kerana takut menjejaskan sokongan penduduk kepada rakyat suatu hari nanti.

Unknown said...

Jangan biarkan pemimpin Muflis ini terus berada sebagai wakil rakyat. Kerana takut rakyat kurang mempercayai orang yang telah ada rekod muflis ini.

Mumbai said...

terpulanglah dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan samada mahu mengekalkan beliau atau sebaliknya.. kalau ikut protest di media, beliau patut digantikan..

Caldina said...

Tampilkan saja muka baru untuk Labuan dengan latar belakang yang bersih.

Caldina said...

MP Labuan yang sebelum ini pun kontroversi dengan isu muflis.

drako drakonius said...

As Malaysians digest the impact of the 2013 Budget measures and incentives, it has emerged that support for Barisan Nasional among young voters has increased by 30 per cent.

drako drakonius said...


Prior to the tabling of the 2013 Budget, 60 per cent of the respondents were fence-sitters while 40 per cent were divided between BN and the opposition.

drako drakonius said...

BN Youth chief Khairy Jamaluddin said this was based on a survey by a social media network involving 1,000 respondents within 48 hours of the Budget being tabled by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

drako drakonius said...

However, 48 hours after our prime minister tabled the Budget, 30 per cent of the non-partisan respondents voiced their support for BN in appreciation of the goodies extended to the youth.

drako drakonius said...


Khairy said following the overwhelming response, the BN Youth and Puteri wings were embarking on a nationwide tour to explain what the Budget had to offer to youth.

drako drakonius said...

The Budget is a manifestation of the prime minister's and the government's wisdom in responding to the needs of young Malaysians. So, it is the duty of the Youth and Puteri movements to go to the ground and spell it out to the target group.

drako drakonius said...


Among others, Najib had announced the Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 of RM250 for unmarried youth earning below RM2,000 a month, a RM200 smartphone rebate, up to 20 per cent discount for National Higher Education Fund Corporation loan repayment, a flexible My First Home Scheme, income tax reduction and a RM250 1Malaysia book voucher for undergraduates.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels