18 September 2012

Politik Sabah: Sampai bila sentimen kaum dimainkan?

SAMPAI bila sentimen perkauman dimainkan? Sabah mundur kerana faktor sentimen kaum. Fakta tidak dapat dielakan, bahawa akibat sentimen kaum yang diamalkan parti-parti politik tertentu mengakibatkan kemunduran dari semua segi.

Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) diiktraf sumbangannya kepada Sabah semasa pemerinatahannya, kerana memerintah dari tahun 1976-1985 merentasi kaum. 

Harris mengambil pendekatan membangun kawasan luar bandar tanpa mengira etnik yang mendudukinya. Fakta membuktikan bahawa kadar pembangunan dari semua segi selama sembilan tahun kerajaan Berjaya, pembangunan Sabah begitu pesat sekali.

Namun disebabkan sentimen perkauman, maka Kerajaan Berjaya pimpinan Harris tumbang pada tahun 1985.

Sentimen perkauman ini terus dimainkan selepas itu, akibatnya Sabah mencatat kadar kemiskinan yang luar biasa tinggi, sehingga mendapat julukan negeri termiskin di Malaysia.

Sentimen perkauman selama sembilan tahun diamalkan begitu ketara sekali bermula daripada tahun 1985-1994, bukan sahaja meliputi bidang politik, malah merebak di sektor awam dan GLC kerajaan negeri. Akibat tekanan sentimen perkauman itu, maka kaum-kaum yang mendapat tekanan terpaksa beraksi. 

Pucuk pimpinan negara melihat bagaimana teruknya sentimen perkauman di Sabah pada masa itu; atas sebab itu demi membela kaum-kaum yang tertindas,maka diwujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) bagi membangun kawasan-kawasan yang dianaktirikan oleh kerajaan negeri, memberi peluang kepada anak-anak kaum-kaum yang tertindas untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Pembelaan pucuk pimpinan negara terhadap kaum-kaum yang tertindas menjadi jelas apabila parti tunjang kerajaan Persekutuan, Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1991, ekoran tikam belakang kerajaan Parti Bersatu Sabah terhadap BN diambang pembuangan undi pada PRU-1990.

Kemasukan Umno ke Sabah selain membela kaum-kaum yang tertindas, juga bertujuan untuk menstabilkan politik di Sabah, kerana Umno menerima semua suku bumiputra sebagai ahli. Atas sebab itu, keahlian Umno Sabah berlainan dengan keahlian Umno di Semenanjung, kerana keahilan Umno di Sabah meliputi semua kaum bumiputera tanpa mengira fahaman agama.

Dikeranakan konsep Umno yang mensamaratakan semua kaum, maka kaum-kaum yang berasal daripada kelompok minoritipun boleh menjadi pemimpin peringkat negeri malah nasional. Berlainan dengan amalan politik kesukuan, di mana hanya mereka yang berpaksi kepada suku besar sahaja menjadi pemimpin.

Pada akhir-akhir ini terutama di laman sosial dan kedai-kedai kopi dan lobi-lobi hotel malah di kampung-kampung bangkit semula masalah perkauman. Mereka mempersoalkan mengapa mereka yang berasal daripada kaum minoriti menjadi pemimpin kepada kaum-kaum yang majoriti.

Sebenarnya mereka ini, lupa kepada matalamat awal kemasukan Umno ke Sabah, mungkin mereka ini juga tidak terlibat dengan pergerakan itu. Mereka sebenarnya masih pada fikiran ditakuk lama, di mana poliltik mempermainkan kaum untuk mendapat sokongan.

Kumpulan ini, mahu kembali kepada takuk lama, di mana sentimen perkauman adalah pendekatan, dan terbukti pendekatan itu menjahanamkan negeri.

Sebelum keputusan PRU-2008, ramai pemimpin berasaskan suku berfikiran demikian, kerana akibat emosi kerana tidak terpilih sebagai calon pilihanraya, atau selepas terpilih dan menang tidak terpilih menganggoti kabinet negeri.

Namun, selepas mereka mengimbas kembali tujuan kemasukan Umno ke sabah, maka mereka bertaut semula sebagai satu pasukan.

Di peringkat kepimpinan negeri Sabah pada masa ini, kita menyaksikan bahawa semua pemimpin suku kaum bersatu di bawah payung barisan nasional yang diterajui Datuk Musa Aman. Malangnya, ada segelitir pemimpin pelapis masih kurang arif dengan penyatuan ini, sehinggakan fikiran lama, masih lagi membuak-buak.

Yakinlah, pembangkitan sentimen perkauman, lebih banyak mudaratnya daripada kebaikan. Mungkin dalam jangka pendek matalamat akan tercapai, akan tetapi dalam jangka panjang, mudaratnya lebih menggunung.

Sabah, dengan lebih 36 sukuan, tidak mampu  membangkitkan sentimen perkauman, kerana berasaskan strata kaum, tiada satu kaumpun lebih superior berbanding kaum lain. Berasaskan kepada keadaan inilah, mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir Mohammad pernah memperkenalkan konsep pengilirian jawatan Ketua Menteri pada tahun 1995.

Namun akibat persempadanan semula kawasan Piliahanraya Sabah yang digunapakai pada PRU-2004, maka sistem tersebut dilupuskan oleh Mantan Perdana Menteri-Tun Abdullah Badawi melalui permintaan semua kaum di Sabah.

Demi kestabilan politik, demi pembangunan Sabah yang berterusan, biarkan pembangkang yang membangkitkan isu perkauman, kerana mereka tiada tempat lagi. Kenapa pula kita terikut-terikut gaya pembangkang?.. cubalah tengok kebelakang demi berfikir semula.

9 comments:

Unknown said...

Kalau benar ini adalah antara punca yang menyebabkan kemunduran rasanya perkara ini perlu dikaji untuk memastikan pembangunan di Sabah

Unknown said...

Kerajaan perlu ingat yang mana kemunduran Sabah ini akan menyebabkan sokongan juga akan terjejas. Jadi kerajaan perlu terus berusaha untuk yang terbaik kepada rakyat.

Unknown said...

sentimen perkauman dan agama antara punca perpaduan dan kemanan terjejas. Apa yang lebih ditakutkan bila ia bukan hanya berlaku dalam sesebuah negara malah berlaku di peringkat global.

mantera said...

hentikan mainkan isu perkauman, ia boleh membawa kepada huru hara.

mantera said...

kita haruslah saling menghormati, kekalkan perpaduan.

Anonymous said...

Dr.M yang suka main sentimen kaum dan agama. Yang menyekat peruntukan untuk Sabah ketika pentadbiran PBS.

Anonymous said...

Wajar penggiliran KM diadakan semula tapi dipanjangkan tempohnya. Dua tahun mana cukup.

Sotong Kurita said...

baik PBS mahupun UMNO tidak wujud sentimen perkauman dalam mana2 parti tersebut..

Sotong Kurita said...

malah kalau dibandingkan dengan nama kepanjangan parti, nilai la sendiri mana yang lebih bersifat perkauman..

PBS: Parti Bersatu Sabah
UMNO: Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels