17 September 2012

PRU-13: Jangan terpilih Ular Sawah yang kelaparan


Pada PRU-13, diingatkan kepada rakyat, jangan tersalah pilih. Kalaulah terpilih ular sawah yang kelaparan, pasti semuanya akan dingap, kerana penantian setengah abad. 

Ular sawah yang berjaya menelan mangsa biasa akan tidur berbulan-bulan, mangsa apapun diletakan di hadapannya, tidak akan dipedulikan lagi. Manakala ular sawah yang kelaparan, tidak akan pilih bulu, akan menyambar apa sahaja di depannya.

Ular sawah yang sudah kenyang, tidak aktif lagi memburu mangsa, sehingga pemangsa yang lain punya peluang memburu, manakala ular sawah yang kelaparan, tidak akan peduli pemangsa lain, yang penting akan menelan sebanyak-banyaknya bagi membalas dendam kelaparan yang berdekad lamanya.

Anwar yang biasa kenyang suatu ketika dulu, kini lapar semula. Jika dulu beliau biasa guna jet ke mana-mana, sepertimana yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin pada masa ini, kini tiada lagi. Jika dahulu guna heli yang canggih, kini terpaksa guna kenderaan atas jalan raya termasuk motosikal.

Anwar sebenarnya secara peribadi tidak lapar, kerana beliau punya wang berbilion. Bayangkan dalam spin waktu 1981-1998, daripada seseorang biasa yang tidak punya harta apa-apa, tiba-bila punya harta berjuta-juta, punya wang berbilion.

Pengikutnya seperti Azmin Ali, dari seorang pekerja biasa, kemudian menjadi kaya raya. Sebenarnya mereka punya lampu aladin untuk mencipta kekayaan.

Orang pencuri adalah pakar dalam kerjayanya. Sebab itu apabila bercerita tentang pencuri, tanyalah pencuri. Demikian juga soal rasuah, kalau hendak tahu soal-soal rasuah, tanyalah mereka yang kaya raya tiba-tiba.

Dua individu dalam Pakatan Rakyat- Anwar dan Azmin, adalah contoh individu yang tiba-tiba kaya. Kita perlu belajar daripada mereka, bagaimana boleh kaya dengan sekelip mata.

8 comments:

mantera said...

Anwar dan Azmin mempunyai harga yang sgt byk, mereka perlu perjelaskan dar mana mereka memiliki harta tersebut.

mantera said...

rakyat perlu bijak memilih dan pastikan jgn tersalah pilih.

Saya orang Sabah bah!! said...

Betul...dulu Anwar menjadi kaya semasa TPM. Tapi tidak sekarang. Jadi Anwar ingin membalas dendam untuk mendapatkan jawatan tertinggi Malaysia, PM.

Saya orang Sabah bah!! said...

Kepada rakyat supaya tidak terpedaya dengan apa yang Anwar katakan. Semua itu cuma helah semata-mata untuk mendapatkan apa yang diinginkan selama ini.

Frances Samil said...

No wonder Azmin kena tahan di airport. Hahaha

Frances Samil said...

Kalau mereka ada kuasa buat duit, tentu mereka ada kuasa untuk buatkan mereka menang? Dalam mimpi saja la.

Harryzan Aming said...

sepanjang Anwar menjawat jawatan menteri kewangan satu ketika dulu, ramai kroni2 beliau yang berjaya memperolehi projek2 kerajaan bernilai billion ringgit..

Harryzan Aming said...

satu lagi bukti kekayaan Anwar ialah, bagaimana beliau mampu mengubah peguam2 handalan untuk kes perbicaraan liwat beliau?? kos guaman beliau bukan sedikit.. dianggarkan hampir mencecah rm10 juta..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels