2 September 2012

Rakyat perlu kekalkan BN: Musa Aman

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi empat sebab mengapa rakyat Sabah perlu terus menyokong BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kekal sebagai perdana menteri.

Beliau berkata empat sebab berkenaan amat diperlukan demi kemajuan berterusan negeri dan kemakmuran rakyat Sabah meskipun negeri itu sudah mengecapi banyak kemajuan dan pencapaian di bawah kepimpinan Najib sekarang.

"Mengapa kita perlu mengekalkan BN? Mengapa Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu terus menjadi perdana menteri? Jawapannya mudah sahaja, kerana kita inginkan pembangunan, kita ingin kesejahteraan, kita inginkan keamanan dan kita inginkan kemakmuran serta keharmonian," katanya.

Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Libaran, Kinabatangan, Sandakan, Batu Sapi dan Beluran secara serentak yang dirasmikan oleh Najib di Dewan Serbaguna Sri Libaran, dekat Sandakan hari ini.

Beliau berkata sebaliknya jika rakyat Sabah silap memilih parti dan pemimpin untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, Sabah dan rakyat negeri itu dikhuatir kembali kepada suasana kemunduran dan ketidakstabilan politik akibat perpecahan.

Bagaimanapun, Musa berkata rakyat Sabah sejak dahulu lagi sudah bijak dan matang berpolitik serta tidak mudah dipengaruhi parti pembangkang yang disifatkannya sebagai "pura-pura cacat penglihatan" kerana enggan mengakui pembangunan pesat yang dialami negeri Sabah di bawah BN.

Katanya rakyat tidak kira latar belakang kaum dan kepercayaan, sama ada di bandar atau di luar bandar sudah dapat menikmati dan mendapat banyak manfaat daripada pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib seperti Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

"Ada orang mengatakan macam mana perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) ini. (Rakyat) Di laut tolong. di darat pun di tolong. Nelayan ditolong, petani, pesawah pun ditolong, (rakyat) di desa pun dapat di kota pun dapat, kanak-kanak pun dapat orang tua pun dapat, pesara pun dapat malah pemandu teksi pun dapat," katanya.

Menurut Musa selain pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga melalui inisiatifnya sendiri berusaha membawa kemajuan kepada rakyat dengan memperkenalkan pelbagai program untuk meningkatkan taraf ekonomi dan hidup mereka.

Katanya projek mini estet sejahtera (MESEJ), penubuhan Pusat Kraftangan, program galakan perniagaan dan keusahawanan dan pembinaan pelbagai infrastruktur asas merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri membangunkan rakyat Sabah.

Ketua Menteri berkata kerajaan negeri juga telah mengambil langkah berani dengan memberhentikan kegiatan pembalakan secara berleluasa di kawasan seluas beratus-ratus ribu hektar dan menggantikannya dengan projek penanaman semula hutan demi kelangsungan sumber asli itu kepada generasi akan datang.

Menurut Musa melalui projek perladangan hutan itu, Sabah boleh menghasilkan kira-kira 400 pokok balak berkualiti bagi setiap satu hektar berbanding pembalakan biasa yang jumlah hasilnya jauh lebih rendah.

11 comments:

ScottyDoesntKnow said...

The Prime Minister said the BN was confident that it could do more for the nation and because of this, it needed a bigger mandate in the upcoming general election.

ScottyDoesntKnow said...

Datuk Seri Najib Tun Razak said the government has fulfilled all promises made in Budget 2012 to prove that the Barisan Nasional (BN) always keeps its word.

ScottyDoesntKnow said...

“We will work even harder. We have many ideas for Kedah, we have not forgotten Kedah although now it is ruled by the opposition. The people of Kedah themselves also want many changes,” he said.

ScottyDoesntKnow said...


He said the BN as a responsible government had promised to reduce the burden of the people and this is what it had done.

ScottyDoesntKnow said...

Prime Minister said the strong bond between the government and the people was not because of blind loyalty to the leaders but was based on the government’s ability to fulfill promises made.

ScottyDoesntKnow said...


“We promised to give BR1M (1Malaysia People’s Aid), we gave. We promised RM100 aid to each school student, we did. Similarly the 1Malaysia people’s shops (KR1M), 1Malaysia’s people’s menu. When there are floods, we provide matresses, cooking stoves.

mantera said...

biar rakyat yang membuat keputusan.

Mumbai said...

rakyat Malaysia memang perlu kekalkan BN.. DS Najib telah membuktikan kemampuan beliau mentadbir negara ini dalam tempoh yang singkat (4 tahun).. banyak program2 yang dilaksanakan khas untuk rakyat dan begitu juga denga kesungguhan beliau dalam menyelesaikan masalah2 rakyat yang selama ini gagal diselesaikan oleh PM terdahulu..

Mumbai said...

di peringkat negeri (Sabah) pula, Musa Aman perlu terus diberikan mandat ekoran kejayaan beliau dalam membangunkan ekonomi dan dalam masa yang sama memulihkan hutan di negeri ini.. gandingan Musa dan Najib amat baik untuk masa depan Sabah..

Caldina said...

Pengundi semakin bijak menilai parti mana yang mampu bawa kejayaan yang lebih besar kepada Sabah, iaitu BN.

Caldina said...

Pembangkang hanya tahu tabur janji kerana mereka tidka mampu kotakannya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels