13 September 2012

Setiap kali menjelang pilihanraya-Isu Jawatan Ketua Menteri Sabah Timbul

INILAH menariknya politik Sabah, setiap pilihanraya umum, timbullah isu Ketua Menteri. Malah ada pemimpin BN yang keluar BN memberi alasan bahawa penyebab pemimpin itu keluar kerana isu Ketua Menteri.

Sabah sejak menyertai Sarawak, Singapura, Malaya tahun 1963, telah mempunyai 14 Ketua Menteri, negeri yang teramai mempunyai Ketua Menteri.Pun demikian, pembangunan Sabah samada daripada segi kemudahan asas dan pembangunan ekonomi tidaklah sepesat apa yang diinginkan.

Kita tidak boleh mengenepikan fakta lapangan, sebenarnya hanya bermula pada tahun 2003, pembangunan Sabah bermula; walaupun ada sedikit kemajuan pada period 1976-1985.

Tahun-tahun sebelum 1976, tidaklah banyak pembangunan yang boleh diharapkan, kerana sebagai negeri yang baru sahaja merdeka, sudah tentu banyak kekurangan. Kekurangan daripada segi perancang, kewangan dan sebagainya.

Apabila berlaku perubahan kerajaan pada tahun 1976, serba sedikit pembangunan menjelma, namun kelancaran pembangunan itu beku selepas perubahan kerajaan negeri pada tahun 1985.  Selama sembilan tahun, sehinggalah tahun 1994, Sabah yang kayaraya, menjadi negeri termiskin di Malaysia.

Selepas perubahan kerajaan pada tahun 1994, pembangunan Sabah tidak berjalan lancar, kerana perubahan cara pendekatan, kerana akibat penggantian Ketua Menteri. Walaupun dalam parti yang sama, akan tetapi pendekatan yang berbeza, sehingga perancangan pembangunan senantiasa berubah-ubah.

Hanya bermula tahun 2003, pembangunan Sabah menepati sasaran apabila perancangan melalui HalaTuju Sabah berterusan, kerana Ketua Menteri yang mengilhamkan visi itu senantiasa dapat memantau kejayaannya atas sebab-beliau masih sebagai Ketua Menteri.

Kejayaan Pembangunan Sabah terlihat daripada segi Tabungan Kewangan negeri. Pada tahun 2003, wang reserve negeri tidak sampaipun RM200juta, namun pada tahun 2011, tabungan itu melepasi RM3bilion  atau pertambahan 1,400 peratus. Selain itu, bajet pembangunan Sabah menencah RM4bilion dan jangan lupa jumlah itu merupakan rekod.

Salah satu pencapain kerajaan negeri adalah keupayaannya mengurangkan kemiskinan. Rekod kemiskinan tahun 2003 di atas 24 peratus, manakala tahun 2011 telah berkurangan sebanyak 5 peratus, menjadi 19 peratus.

Pembangunan Sabah berterusan, apabila negeri ini mendapat pelaburan RM10 bilion daripada pihak swasta suku pertama tahun 2012. Daripada jumlah itu tidak termasuk peruntukan persekutuan dan bajet negeri.

Pendekatan Kerajaan negeri untuk meneruskan pembangunan negeri berterusan, apabila sejak tahun 2003 tiada lagi kelulusan permohonan tanah daripada individu atau syarikat sebaliknya tanah diberikan dalam bentuk komunal atau berkelompok atau tanah cadangan kampung.

Penghentian pembangunan pesisir Pantai terutama kawasan Kota Kinabalu, salah satu tindakan kerajaan negeri yang sungguh bijak, demi keseimbangan pembangunan. Alasan disebalik pengehentian ini adalah, kalau ada pihak yang ingin memajukan satu-satu kawasan, maka tidak semestinya di kawasan Kota Kinabalu.

Membangun negeri perlu kestabilan politik. Atas sebab itu, Sabah dapat membangun, kerana tumpuhan pemimpin bukan kepada soal-soal politik, akan tetapi untuk membangun negeri.

Salah satu penyumbang kepada kestabilan politik, apabila seseorang Ketua Menteri itu menjadi Ketua Menteri untuk semua. 

Musa Aman boleh dikatakan sebagai Ketua Menteri untuk semua, atas sebab itu beliau bertahan begitu lama sebagai Ketua Menteri. Malah disebutkan Musa akan merentasi "jinx" jawatan Ketua Menteri Sabah, di mana berasaskan rekod-rekod lampau, tiada Ketua Menteri yang melangkaui sembilan tahun.

Dalam rekod jawatan Ketua Menteri Sabah-hanya tiga pemimpin yang hampir melepasi tempoh masa 9 tahun, yakni Tun Mustapha Datu Harun, Tan Sri Harris Salleh dan Tan Sri Pairin Kitingan.
 
Mengapa Musa akan merentasi "jinx" sembilan tahun? Jawapanya adalah- semua pemimpin bersatu menyokong Musa. Sokongan terhadap Musa bukan kerana "kuasa" yang ada pada beliau. Sokongan kepada Musa kerana kesetiaannya kepada semua "kawan" politik yang diterajuinya. 
 
Tindakan Musa mengagih-agihkan pembangunan secara berimbang, penyebabkan ada pemimpin yang rakus tidak menyenanginya. Musa tidak peduli itu. Beliau terus juga meneruskan agendanya, membangun Sabah secara seimbang, baik di bandar mahupun luar bandar, baik di Pantai Barat, Pendalaman, Sandakan mahupun Tawau.
 
Atas kebijaksanaan pembangunan seimbang, maka semua pemimpin atau wakil rakyat mempunyai peluang membangun kawasan masing-masing, kerana pengagihan peruntukan yang seimbang. Inilah yang dikatakan kestiaan kepada "kawan" politik, kerana setiap pemimpin dapat membangun rakyat yang diwakilinya.

Tujuan Pembangunan seimbang adalah untuk mengurangkan penghijraan ke kawasan-kawasan tertentu, seperti mana berlaku pada masa lampau. Pembangunan sesuatu kawasan tidak akan dapat diteruskan tanpa adanya aktiviti ekonomi pada kawasan-kawasan itu. Atas sebab itu, pembangunan hub pendidikan misalnya, bukan sahaja tertumpu di kawasan Kota Kinabalu, akan tetapi diperluaskan ke kawasan lain seperti Sandakan dan Tawau, malah Kota Belud termasuk menjadi hub pendidikan, apabila cawangan Kampus UITM akan dibina di Kampung Nahaba.

Berasaskan style kepimpinan Musa, tidak syak lagi, beliau akan dapat meneruskan kepimpinan  negeri, sehingga suatu ketika, apabila "baton" kepimpinan akan dilepaskan kepada pemimpin pelapis yang juga mempunyai citarasa yang sama, yakni memimpin untuk rakyat dan demi negeri. Fikir-fikirkan lah.

4 comments:

Saya orang Sabah bah!! said...

Bukan mudah untuk mendapat jawatan tertinggi dalah Negeri ini. Rasanya ini memerlukan beberapa prosuder yang perlu diikuti.

Saya orang Sabah bah!! said...

Jika kita lihat sendiri pentadbiran yang dibuat oleh Datuk Musa rasanya memang telah dilaksanakan dengan sebaiknya. Beliau memang pemimpin yang berkebolehan untuk terus disokong.

Frances Samil said...

Kejayaan Musa membangunkan Sabah sudah terbukti dan hanya mereka yang jahil saja tidak mahu iktiraf kecemerlangan Musa sebagai KM Sabah.

Harryzan Aming said...

untuk apa tukar ketua menteri jika ketua menteri Sabah sekarang mampu memajukan sabah dalam semua aspek..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels