29 September 2012

Tun Dr Mahathir diiktiraf lagi

NEW YORK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Peringatan Rafik Hariri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Habitat 2012 pada satu majlis di Perpustakaan Awam di sini malamJumaat.

Anugerah itu disampaikan Nazek Rafk Hariri, balu pemimpin itu yang merupakanPresiden Yayasan Rafik Hariri.

Dr Mahathir, 87, dinamakan sebagai pemenang anugerah itu pada Jun olehjawatankuasa pemandu bagi mengiktiraf kepimpinan, kenegarawan dan tadbir urusbaik beliau.

Anugerah itu, yang dinamakan sempena Perdana Menteri Lebanon Rafik Hariri,yang sudah meninggal dunia, diwujudkan oleh keluarga Hariri dengan kerjasamaPBB-UN-Habitat menerusi Yayasan Rafik Hariri sejak Mac 2009, dan diberi kepadaindividu, pertubuhan serta institusi di seluruh dunia bagi mengiktirafpencapaian penting seperti kepimpinan, kenegarawan dan tadbir urus baik selainaktiviti kebajikan dalam membanteras kemiskinan bandar dan pelaksanaan AgendaHabitat.

Dr Mahathir merupakan penerima kedua selepas Perdana Menteri Turki RecepTayyip Erdo─čan.

Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Rafik Hariri danPBB-Habitat kerana memberikan anugerah berprestij itu kepada beliau tahun ini.

"Saya anggap ia satu penghormatan besar khususnya kerana anugerah inidinamakan sempena seorang yang luar biasa serta memiliki kualiti kepimpinan dansumbangan yang tiada tandingan," katanya.

Beliau berkata tanpa budaya perkongsian di kalangan rakyat Malaysia yangberbilang bangsa dan agama, selain cintakan keamanan serta kestabilan, Malaysiatidak akan mampu mencapai kejayaan yang dikecapinya hari ini.

"Saya kenal Rafik Hariri ketika beliau pertama kali melawat Malaysia. Kamiserta-merta menjadi rakan karib dan saya melawat Lebanon atas jemputan beliaubagi melihat sendiri kerosakan yang dialami akibat perang saudara. Rafikberjanji beliau akan membina semula Beirut seperti keadaan asalnya sebelumdilanda peperangan, dan beliau telah mengotakan janjinya.

"Saya melawat Beirut selepas pemulihannya dan yakin masa depan yang gemilangmenanti Lebanon di bawah kepimpinan Rafik. Ada banyak sebab saya menyukaibeliau. Saya berhasrat memajukan Malaysia seperti keinginan beliau membangunkan Lebanon. Namun, beliau agak malang kerana tidak memiliki negara yang stabilseperti Malaysia. Beliau juga tidak berkesempatan untuk berbuat demikian,"katanya.

Sementara itu, Nazek dalam ucapan berkata Dr Mahathir merupakan idola danmenjadi inspirasi kepada semua orang, bagaimana tekad serta visi beliau mampumenjadikan impian suatu realiti, dan mana-mana negara sekalipun mampu mencapaimasa depan yang cerah menerusi keyakinan serta kerja keras.

"Di bawah kepimpinan anda yang bijaksana, Malaysia berjaya memainkan perananpenting dalam peta dunia, dan sehubungan itu, PBB-Habitat dan Yayasan RafikHariri dengan bangga mengiktiraf pencapaian Malaysia dan bekas PerdanaMenterinya yang cemerlang," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha PBB dan Pengarah EksekutifPBB-Habitat Dr Joan Clos berkata Dr Mahathir mengelola pembangunan ekonomi dalamtempoh yang luar biasa bagi inovasi sosial dan teknologi bandar.

"Kehidupan dan kerjaya Dr Mahathir menunjukkan beliau berpegang kepadaprinsip berpandangan jauh ke depan. Dengan membuat pelaburan dalam infrastrukturfizikal, teknologi dan pengetahuan, beliau juga lebih banyak mendahuluizamannya," katanya.

Clos juga berkata usaha Dr Mahathir menghasilkan pembangunan pesat di bandarutama Malaysia, selain mengubah negara yang bergantung terhadap pertanian kepadaekonomi bandar yang memfokuskan industri.BERNAMA

9 comments:

anti bohmau said...

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH....TIDAK TERKATA!!
TAHNIAH TUN & TOH PUAN!!
KAMI SEKELUARGA SGT SAYANGKAN TUN...

Farah Zehra said...

Tahniah kerana dapat anugerah tersebut.

Farah Zehra said...

Mahathir seorang yang berpandangan jauh.

Batresiah said...

Memang Dr M seorang yang patut menerima anugerah tersebut.

Batresiah said...

teruskan menyokong Kerajaan yang pernah ditadbir oleh Dr M masa dahulu.

mantera said...

tahniah atas pengiktirafan yang diterima.

drako drakonius said...

Tun M Has left his legacy not only to Malaysia but also the world.

For his efforts to promote the economic development of the country, Mahathir has been granted the soubriquet of Bapa Pemodenan (Father of Modernization).

Mahathir's official residence, Sri Perdana, where he resided from 23 August 1983 to 18 October 1999, was turned into a museum (Galeria Sri Perdana).

In keeping with the principle of heritage conservation, the original design and layout of the Sri Perdana has been preserved.

Mahathir has been a highly controversial figure, and a subject of harsh attacks by his critics. Former de facto Law Minister Zaid Ibrahim writes in his memoirs:

"In my heart, I cannot accept allegations that Dr Mahathir personally was a corrupt man. Corrupt people are never brave enough to speak as loudly as Dr Mahathir."

Harryzan Aming said...

Anwar paling cemburu bila Tun M mendapat pengiktirafan seperti ini.. walaupun sudah bersara, Tun M masih diberi perhatian oleh dunia berbanding dengan Anwar..

Harryzan Aming said...

Anwar sampai sekrang kehulu kehilir menggunakan dana asing untuk merampas kerajaan, namun sampai sekarang masih kempunan dengan jawatan itu..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels