23 September 2012

USBO komited pada perjuangannya

APABILA USBO memohon sebagai ahli BN terus, jelas rumpun bajau itu komited dengan perjuangan BN. Komited dengan strata kepimpinan BN, baik pusat mahupun negeri.

Di Sabah, USBO komited dengan perjuangan BN termasuk menyokong penuh kepimpinan negeri yang diterajui Datuk Musa Aman.

Presiden USBO Datuk Salleh Tun Said yang juga Timbalan Perhubungan Umno negeri, telah berulang kali menyatakan, sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu. Malah, tema Sambutan Hariraya BN Kota Belud yang berlangsung pada 15 September lalu, bertemakan " Menyokong Kepimpinan Musa".

Entah angin mana, yang menyebabkan ada beberapa kerat individu etnik rumpun secara tiba-tiba mempersoalkan kepimpinan Musa, dan menjadikan USBO salah satu isunya. Melihat kepada barisan kepimpinan USBO, nama-nama yang mengeritik Musa itu dan mengambil USBO sebagai batu pijakan bukanpun mereka yang mempunyai merit bercakap bagi pihak pertubuhan rumpun itu.

Kalau yapun mereka mempunyai masalah peribadi dengan Ketua Menteri itu, bercakaplah atas kapasiti peribadi, bukannya mengaitkan pertubuhan USBO.

Suara Rakyat dipahamkan, pihak barisan kepimpinan USBO memandang  berat ke atas penggunaan USBO untuk mengeritik Ketua Menteri, kerana itu bukan pandangan pertubuhan itu.

USBO sejak awal-awal lagi membuat pendirian, bahawa rumpun bajau itu menyokong kepimpinan Musa dan UBN. Jika ada individu etnik rumpun itu mempertikai kedudukan Ketua Menteri itu, ianya hanya pandangan peribadi dan sekali-kali  tidak mewakili pandangan pertubuhan rumpun itu.

8 comments:

Unknown said...

157Perjuangan BN ini memang tidak dapat kita nafikan lagi yang mana memang patut disokong demi masa depan penduduk Sabah.

Unknown said...

USBO menyertai Komponen BN kerana penduduk kaum bajau percaya yang mana BN mampu buat yang terbaik untuk mereka.

Unknown said...

Maka tidak perlulah tukar kerajaan kepada PR kalau kerajaan BN yang ada sekarang ini masih mampu memberika nyang terbaik kepada penduduk Sabah. Nanti menyesal tidak berguna jika tersalah pilih.

mantera said...

USBO adalah persatuan yang menjaga hak2 dan kebajikan masyarakat bajau.

mantera said...

teruskan perjuangan pada USBO.

Unknown said...

USBO wants to help realise the 1M concept.

Unknown said...

Datuk Salleh urged USBO members to continue supporting the State leadership to ensure development in the State.

Sotong Kurita said...

mana2 pertubuhan mempunyai hak menyokong mana2 parti politik atau pemimpin politik yang mereka fikirkan mampu untuk membangunkan negeri ini serta membela nasib rakyat di negeri ini..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels