22 October 2012

Isu RM 40 juta- Pembangkang banyak mengkhayal- Rahman

Umno Sabah menafikan dakwaan bahawa parti itu mencampuri siasatan kes rasuah kontroversi membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak, Michael Chia melibatkan dana politik berjumlah RM40 juta.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, parti itu memberikan kerjasama penuh apabila Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) menjalankan siasatan mereka selama dua bulan di Sabah.

"Tidak ada mana-mana pegawai kami yang menghalang pihak berkuasa melakukan siasatan mereka," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Selain itu Abdul Rahman juga menolak dakwaan bahawa Michael ditahan di lapangan terbang Hong Kong kerana menyeludup 'secara fizikal' wang tunai berjumlah RM40 juta oleh pihak berkuasa Hong Kong.

"Siasatan itu bermula apabila ketua pemuda PKR (Parti Keadilan Rakyat) Shamsul Iskandar Mohd Akin pergi ke Hong Kong dan membuat aduan mengenai dakwaan ini.

"Jadi ICAC seperti semua badan-badan bebas, mereka akan menjalankan siasatan selepas menerima aduan. Tetapi dalam imaginasi mereka (pembangkang) bahawa wang berkenaan diseludup daripada Hong Kong," katanya.

Sebelum ini Jabatan Peguam Negara (JPN) memutuskan tiada elemen perbuatan rasuah dibuktikan terhadap Musa berkenaan dana berjumlah RM40 juta selepas meneliti keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

JPN mendapati dana tersebut adalah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri.

Kes yang sama turut disiasat ICAC.

Selain itu Abdul Rahman turut mempersoalkan tindakan pemimpin pembangkang yang enggan menerima penemuan ICAC yang diktiraf di peringkat antarabangsa.

"Sebelum ini pembangkang banyak menyebelahi ICAC malah menggesa SPRM mencontohi tugas mereka dalam membanteras rasuah.

"Tetapi kini apabila ICAC bersihkan Ketua Menteri Sabah, mengapa mereka tidak boleh terima?" katanya.

11 comments:

Valeria Payton said...

Dakwaan pembangkang bahawa wang RM40 juta cuba diseludup daripada Hong Kong adalah berasas menurut Najib.

Valeria Payton said...

Hal tersebut telahpun dijelaskan di parlimen dan sepatutnya pihak pembangkang sudah memahaminya.

Valeria Payton said...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam persidangan di Dewan Rakyat berkata, tiada masalah bagi Umno Sabah untuk menerima wang berkenaan.

Valeria Payton said...

Tiada kesalahan dalam transaksi seperti itu memandangkan tiada undang-undang untuk menghalang sumbangan kepada parti politik.

Valeria Payton said...

Nazri berkata kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menunjukkan, wang berkenaan merupakan sumbangan kepada Umno Sabah dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Valeria Payton said...

Gabungan parti pembangkang turut meraih sumbangan untuk kegiatan mereka.

Valeria Payton said...

Serangan berhubung isu berkenaan, katanya, menunjukkan dwistandard pemimpin Pakatan Rakyat sedangkan penyaluran sumbangan dariapda sesiapa sekalipun tidak menyalahi peruntukan undang-undang.

Valeria Payton said...

23 October 2012 10:51
Dakwaan pembangkang bahawa wang RM40 juta cuba diseludup daripada Hong Kong adalah *tidak berasas menurut Najib.

John Winchester said...

Sepanjang siasatan kerjasama diberi sepenuhnya kepada SPRM dan ICAC.

John Winchester said...

Pembangkang lebih baik jangan manipulasikan kes tu

Frances Samil said...

Pembangkang sangat terdesak untuk menang sampai sanggup menabur fitnah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels