7 October 2012

Kajian Merdeka Centre berkaitan Sabah dan Musa- Beragenda Politik Pembangkang: Salleh

DAPATAN Merdeka Centre berhubung kadar pembangunan Sabah dan penerimaan rakyat terhadap Ketua Menteri Sabah sejak 2009 mempunyai agenda tersirat pembangkang.

Timbalan Perhubungan Umno Sabah- Datuk Salleh mempersoalkan metoda kajian itu yang mempunyai maksud tersirat yang mendorong responden menyatakan atau menjawab soalan, bercanggah dengan pendirian responden itu.

Kajian memang ada manafaatnya atau ada kebenarannya, kalau dijalankan dengan bebas tanpa beragenda.

Dapatan Kajian Pusat Merdeka Centre yang konon dijalankan bermula 6-17 September, seminggu selepas Sambutan Hariraya Puasa, membuat kesimpulan bahawa rakyat Sabah sama sekali tidak berpuas hati berhubung kadar Pembangunan semasa Musa menjadi Ketua Menteri Sabah.

Kajian itu itu juga menyatakan bahawa penerimaan rakyat terhadap Musa menjunam di bawah paras 50 peratus, dan ditambah bahawa penerimaan rakyat beragama islam merundum terhadap kepimpinan Musa.

Penulis bersetuju dengan pandangan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah itu, bahawa kajian yang dilakukan Merdeka Centre mempunyai agenda yang membawa misi pembangkang. Dapatan yang dipaparkan adalah semata-mata untuk mengwujudkan persepsi negatif kepada kerajaan BN umumnya dan Musa khasnya.

Pusat Kajian yang sama juga pernah membuat kajian berhubung penerimaa rakyat Sarawak terhadap Ketua Menteri Sarawak-Taib Mahmud dan BN Sarawak sebelum PRN Sarawak tahun 2011. Namun, selepas keputusan PRN itu, ternyata semua dapatan pusat kajian itu adalah AUTA.

Sebuah Pusat Kajian akan dihormati kalau kajiannya bersifat bebas dan tidak berpihak. Namun kajian Pusat Merdeka Centre didorong berbagai manipulasi bagi menggambarkan bahawa kerajaan BN tidak mempunyai sumbangan langsung berbanding pakatan rakyat; sedangkan yang membangun Sabah sejak 49 tahun lalu adalah BN. Bagaimana kah sebuah pakatan yang belum membentuk kerajaan mempunyai keunggulan berbanding dengan kerajaan yang sedang memerintah?

Kajian Medeka Centre, sebenarnya meliputi semua anggapan dan anggapan itu dimanipulasi sedemikian rupa, agar supaya kesimpulannya negatif kepada kerajaan.

Apapun kesimpulan kajian Merdeka Centre bukan menggambarkan pendirian rakyat Sabah, hanya pembangkang yang mempunyai pendirian demikian kerana, bagi pembangkang, apa sahaja kebaikan yang dibuat oleh kerajaan BN, tetap dibangkang dan salah.

4 comments:

Tun Teja said...

Yang menjadi dalang dalam Merdeka Centre adalah orang Melayu bangsat, namanya Ibrahim Suffian. Ibrahim Suffian selalu memberi maklumat kepada Carolyn Hong, Teo Chong Wee dan Lester Kong,mereka penjahat wartawan ini selalu memburukkan Malaysia dan PM Najib didalam akhbar Singapura Straits Times.

Rafizi Khan said...

Merdeka Centre ni 'merdeka' ka tidak? Jika mereka lebih berorientasikan kepada pihak pembangkang, maka kajian mereka tidaklah relevan sangat.

Rafizi Khan said...

Kajian Merdeka Centre memang ada motif tersendiri.

Saya orang Sabah bah!! said...

Memang nampak sangat yang mana Merdeka Center ini terdesak oleh Pembangkang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels