7 October 2012

Kenapa Musa jadi sasaran?

SEJAK akhir-akhir ini, bukan sahaja pembangkang mempersoalkan kempimpin Musa, malah ada kalangan mantan pemimpin BN mempersoalkan kedudukan Ketua Menteri Sabah itu.

Para mantan pemimpin BN, yang suatu ketika telahpun diberi peranan masing-masing, namun selepas tidak terpilih lagi sebagai Yang Berhormat dan tidak dilanjutkan jawatan pengerusi GLC, kini menabur certia negatif  di mana-mana;  kononnya, kedudukan Musa sebagai Ketua Menteri perlu disemak semula.

Mereka ini lupa, bahawa kepimpinan BN hanya mengutamakan para pemimpin yang boleh "deliver" kehendak negeri dan rakyat. Mereka yang tidak mempunyai jawatan ini lagi; terlupa, bahawa semasa mereka mempunyai jawatan dahulu, prestasi mereka sungguh mengecewakan. Keberadaan mereka dalam kerajaan seolah-olah mememanaskan kerusi empuk, tanpa sumbangan yang bermakna kepada negeri dan rakyat.

Kini, para mantan pemimpin itu, tidak mampu berlagak lagi, kerana kedudukan mereka yang suatu ketika memberikan mereka keistimewaan kini tidak ada lagi. Jika sekiranya pada masa mereka menjawat jawatan kerajaan, keutamaan diberikan untuk memajukan negeri dan rakyat, sudah pasti, mereka itu masih lagi bergelar Yang Berhormat atau memegang jawatan sekurang-kurangnya pengerusi GLC.

Jawatan politik tidak akan kekal, jika sokongan daripada rakyat tidak kekal. Sokongan kekal kepada seseorang pemimpin, dinilai kepada sumbangannya kepada rakyat.

Ramai pemimpin yang suatu ketika tidak memegang jawatan apa-apa kerana memberi peluang kepada pemimpin lain, namun kerana sumbangan mereka kepada rakyat sukar untuk dipersoal, maka mereka kembali semula sebagai wakil rakyat dan memegang jawatan penting dalam kerajaan.
 
Datuk Musbah misalnya tidak bertanding pada PRU-2004, selepas sepanggal menjadi ADUN Tempasuk, namun diberikan peluang semula bertanding pada PRU-12. Demikian juga, Tan Sri Pandikar, tidak bertanding pada tahun 1999, namun menjadi Menteri di Peringkat Persekutuan, selepas dilantik sebagai senator.
 
Datuk Salleh tidak bertanding pada PRU-12, namun diberi peranan dalam kapasiti lain, kini beliau adalah Speaker DUN Sabah; demikian juga Tan Sri Pandikar, tidak bertanding pada PRU-12, namun selepas sahaja PRU itu, beliau dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.
 
Pada PRU-13 akan datang, menurut sumber yang boleh dipercayai, Datuk Salleh akan menyertai semula pilihanraya, dan diperkirakan akan bertanding di kawasan tradisinya N-8 Usukan Kota Belud.
 
Kesetian kepada perjuangan dan parti merupakan kunci utama, mengapa mantan-mantan wakil rakyat, diberi kepercayaan semula. Selain itu, sokongan rakyat di kawasan masing-masing juga sangat berperanan, mengapa mantan para wakil rakyat dengan mudahnya diterima.
 
Bagi mantan wakil rakyat yang pernah menjadi wakil rakyat kerana atas nama parti, namun apabila menyertai semula pilihanraya, atas nama parti lain, biasanya tidak akan menang. Sebagai contoh, Welfred Bumburing, pernah menjadi wakil rakyat DUN Tamparuli atas tikit PBS, namun apabila bertukar parti, beliau tidak mampu menang di tempat kelahirannya itu.

Pada PRU-13 akan datang, kawasan taruhan, adalah DUN Klias atau Parlimen Beaufort, di mana Lajim Ukin, bertapak. Lajim menang semua pilihanraya melalui parti PBS dan Umno. Apa kah pada kali ini, beliau akan menang? Kalaulah sokongan terhadap kemenangannya selama ini kerana pengaruh parti, sudah tentu, Lajim akan mengalami apa yang dialami oleh Welfred Bumburing semasa bertanding di Tamparuli melawan calon PBS, parti asaslnya.

BN Sabah semakin kukuh selepas sahaja PBS menyertai semula BN pada tahun 2002. Pada PRU-2004, BN Sabah hampir menyapu bersih semua DUN dan Parlimen, hanya kalah di DUN Kuala Penyu kepada calon bebas- John OT Ghani-mantan orang kuat Usno dan Umno, kemudian di Parlimen Sandakan, kerana sabotej daripada pemimpin tertentu.

Pada PRU-12, kejayaan BN Sabah juga berulang, apabila keputusan yang sama diperolehi, namun kawasan pula yang bertukar. Kawasan Parlimen Sandakan berjaya dirampas BN melalui Presiden LDP-VK Liew, namun kalah di Parlimen Kota Kinabalu. Bagi peringkat DUN, DUN Kuala Penyu berjaya dirampas, namun kalah di DUN Sri Tanjong, Tawau.

Sejak PRU 2004, komposisi kerusi parlimen berasaskan komponen parti adalah- Umno-13, PBS-4, Upko-4, PBRS-1, LDP-1 dan SAPP 2 (kini SAPP adalah parti pembangkang), manakala bagi peringkat DUN pula;  Umno-34, PBS-13, Upko-4, LDP-3, PBRS-1, MCA-1, SAPP 4.

Berasaskan kepada komposisi parlimen mahupun DUN, Umno merupakan tunjang utama BN Sabah, atas sebab itu, sesiapa sahaja menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, maka beliaulah menjadi Ketua Menteri. Keadaan ini berbeza semasa jumlah DUN Sabah masih berjumlah 48, di mana pada masa itu, pihak mana yang mendapat sokongan kaum cina, maka akan akan bakal menduduki kerusi Ketua Menteri.

Kemasukan Umno ke Sabah, adalah untuk menstabilkan kedudukan politik dalam negeri, selain memberi peluang kepada pemimpin yang mempunyai merit kepimpinan. Merit kepimpinan bukan sahaja dilihat daripada kedudukan pemimpin itu dalam parti, akan tetapi kemampuan pemimpin itu mendapat sokongan daripada berbagai peringkat baik daripada parti sendiri, juga parti komponen.

Musa semasa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, sistem pengiliran jawatan Ketua Menteri masih berkuatkuasa. Namun atas permintaan semua peringkat pemimpin, termasuk para pemimpin parti komponen, agar supaya sistem pengiliran dimansuhkan. Erti kepada pemintaan pemansuhan itu adalah kerana mengiktiraf kepimpinan Musa sebagai Ketua Menteri.

Musa tidak mensia-siakan amanah yang diberikan kepadanya. Sejak memegang jawatan Ketua Menteri, perekonomian negeri semakin berkembang, sehingga wang simpanan kerajaan negeri mencapai RM3bilion, dan untuk pertama kalinya, bajet kerajaan melepasi RM4bilion.

Satu perkara lagi, sejak pengumunan pembangunan koridor Sabah pada tahun 2008, setakat 30 September, 2012, jumlah pelaburan telah mencecah RM114bilion.

Usaha membangun negeri, melalui pengwujudan berbagai projek mega adalah semata-mata untuk mengwujudkan peluang-peluang pekrejaan, juga usaha untuk membasmi kemiskinan, yang mana suatu ketika merupakan kutukan kepada kerajaan, termasuk daripada suara rakyat sendiri.

Mengapa Musa menjadi sasaran? sedangkan pada 11 Ogos, 2012, semasa di Keningau, Perdana Menteri sendiri, meminta rakyat agar berdiri teguh dibelakang beliau, kerana sumbangan Ketua Menteri itu, dalam membangun negeri.

Usaha pembangkang melalui Kajian Merdeka Centre, kononya melalui dapatan mereka, ketidak puashatian terhadap Musa merudum sejak tahun 2009, kononya juga, penerimaan penduduk islam juga merudum, adalah suatu usaha mengwujudkan persepsi negatif kepada Ketua Menteri itu.
 
Datuk Salleh, mantan Ketua Menteri Sabah dan ahli parlimen dan DUN berpenggal-penggal adalah pemimpin pertama menyangkal dapatan kajian itu. Kenyataan Salleh, bukan sahaja mempunyai merit, akan tetapi fakta yang dinyatakan beliau adalah fakta sebenar, kerana Speaker DUN Sabah itu, rajin turun padang di segenap pelosok Sabah.

Satu fakta lagi adalah kenyataan Tan Sri Pairin Kitingan, semasa merasmikan persidangan PBS, beliau mengakui, sejak beliau berkecimpung dalam politik pada tahun 1975/76, kadar pembangunan Sabah berjalan sesuai dengan kemampuan kewangan kerajaan; namun sejak tahun 2009, kadar pembangunan Sabah berjalan dengan kelajuan yang tinggi; kerana istizam daripada kepimpina Musa dan Najib.
 
Sebenarnya, serangan terhadap Musa baik daripada kalangan pemimpin dalaman, sebenarnya mempunyai tujuan cemburu, kerana mereka tahu, kepimpinan mereka telah hilang daripada radar Ketua Menteri itu.

Hanya mereka yang mempunyai komitmen membangun negeri dan rakyat akan senantiasa berada dalam radar Datuk Musa Aman. Untuk mengetahui siapa-siapa daripada mereka, lihat dan buat kajian sendiri.

5 comments:

Rafizi Khan said...

Musa Aman terlalu hebat bagi segelinitir pihak sampai mereka cemburu dengan beliau.

Rafizi Khan said...

Sumbangan dan kajian, mana yang lebih menyerlah? Tentulah sumbangan. Musa Aman sudah banyak menyumbang kepada pembangunan di Sabah.

Saya orang Sabah bah!! said...

Kerana sukar untuk menandingi kebolehan Datuk Musa mana ada yang cuba mencari jalan dengan cara kotor untuk menjatuhkan Datuk Musa.

jackie said...

Banyak yang cembiru dengan kejayaan Datuk Musa.

jackie said...

Sumbangan Datuk Musa kepada Sabah terlalu banyak.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels