16 October 2012

Lawatan Kerja PM ke Sabah-Perkukuh Sabah-Simpanan Tetap BN

RIBUAN rakyat yang hadir di Inobong, Penampang; Kundasang dan Kudat bagi menyambut Perdana Menteri dan mahu mendengar ucapannya, merupakan mesej  jelas kepada pembangkang, terutama parti tempatan seperti STAR dan SAPP, bahawa rakyat Sabah terus mempunyai keyakinan kepada BN untuk berkhidmat kepada mereka.

Pendekatan parti tempatan yang cuba menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan hak Sabah, Perdana Menteri menjawabnya melalui Bajet 2013, yang melibatkan peruntukan besar, bukan sahaja melengkapkan perjuangan BN, malah membuktikan bahawa PM benar-benar mengambil berat terhadap kebajikan rakyat Sabah.

Bagi tujuan keseimbangan pembangunan antara Semenanjung dan Sabah, tahun depan Sabah diberi peruntukan sebanyak RM2.98 bilion, menunjukkan bahawa PM mempunyai kesungguhan membangun negeri itu.

Kenyataan PM semasa di Penampang, bahawa kerajaan Persekutuan tidak pernah merampas hak Sabah, kelihatan berjaya melumpuhkan modal utama pembangkang-yang mana parti-parti itu bergantung kepada isu itu sebagai isu utama mereka.

Keyakinan rakyat Sabah terhadap BN bertambah kukuh lagi, apabila PM berkata semasa di Kundasang, bahawa kerajaan mempunyai rancangan besar terhadap negeri itu, jika BN diberi peluang terus memerintah.

Pembelaan terhadap rakyat Sabah terus dilakukan, apabila PM bersetuju pada dasarnya membangun lebuh raya pesisir pantai yang menghubungkan Kudat, Kota Marudu dan Tuaran. Selain itu kerajaan juga akan membina Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Kudat, bagi maksud mengantisipasi perledakan pembangunan akibat perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dan MILF yang mengwujudkan Wilayah Bangsamoro pada tahun 2016.

Lawatan Najib ke Sabah pada 13-14 Oktober lalu, amat tepat pada waktunya untuk memantapkan kedudukan BN yang sedang memperkukuh kembali penguasaannya selepas beberapa pemimpin BN negeri menukar haluan dengan menyertai pembangkang.

Tidak dinafikan pada PRU-13 akan datang BN akan berhadapan saingan sengit daripada parti-parti pembangkang terutama di kawasan bandar dan sub-bandar, namun komitmen Najib terhadap pembangunan negeri itu, akan mencairkan kecenderungan itu. 

BN Sabah diperkirakan akan tetap menjadi kubu kuat BN, berkat kepimpinan Najib di Peringkat Nasional dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di peringkat negeri.

Pada PRU-12 lalu, BN Sabah hampir menyapu bersih semua kerusi baik parlimen mahupun DUN, apabila menang 26 kerusi parlimen termasuk WP Labuan dan 59 kerusi DUN. BN Sabah hanya kalah di Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjung (Tawau) kepada DAP.

9 comments:

Hinamori said...

Lawatan Datuk Najib Tun Razak di 3 daerah di Sabah pada hujung minggu bersedia untuk mengukuhkan lagi Barisan Nasional di negeri ini menjelang pilihan raya umum akan datang.

Hinamori said...

Walaupun BN Sabah mungkin menghadapi cabaran yang kuat dari pembangkang di kawasan bandar dan luar bandar, PM meramalkan bahawa Sabah akan kekal menjadi kubu kuat BN

Star said...

Terima ksih PM kerana melawat sabah! sesungguhnya, kami sgt menghargai itu. Kedatangan PM semakin mengukuhkan rakyat kepada kekuatan kepimpinan BN. Yg mana lawatan ini menggambarkan keprihatinan BN kepada rakyat Sabah. Najib sudi melawat penduduk kg.

Anonymous said...

Lajim mmg sering melawat Sabah, dia mmg amat memberi perhatian pada Sabah.

Anonymous said...

sokongan rakyat terhdap BN pasti akan terus kukuh.

jackie said...

BN tetap akan menjadi pilihan rakyat. PM sentiasa mengutamkan rakyat.

jackie said...

Datuk Najib sentiasa turun padang untuk mendengar masalah rakyat.

Anonymous said...

PM Najib memahami keperluan rakyat Sabah.

Anonymous said...

Rakyat Sabah menggemari kepimpinan Najib.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels