3 October 2012

Pembentukan Kerajaan BN Sabah: Peranan Tun Said Keruak

KALAUlah TYT bersetuju atas permintaan Ketua Menteri pada tahun 1994 untuk membubar DUN yang baru sahaja selesai pilhanraya, mungkin keputusan akan bersama PBS, sepertimana berlaku pada tahun 1986.

Pada PRN-Sabah Tahun 1985, PBS menang 25 kerusi, manakala Tahun 1986, jumlahnya bertambah kepada 34 daripada 48 kerusi Dun Sabah. Demikian juga pada PRN-Sabah Tahun 1994, PBS mendapat 25 kerusi berbanding BN 23.

PBS kehilangan majoriti DUN apabila dua ADUNnya Lajim Ukin dan Robin Balang menyertai Umno. Disebabkan lompat itu, maka BN pula mempunyai 25 kerusi berbanding PBS 23 di DUN.

Pembentukan Kerajaan BN Sabah, dengan cepat dapat dilakukan kerana tidak berlakunya PRN Sabah, sepertimana dikehendaki Ketua Menteri masa itu- Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri).

Peranan TYT pada tahun 1994 dengan tidak merestuai pembubaran DUN, besar ertinya kepada pembentukan Kerajaan BN yang bermula tahun itu, hinggalah kini.

Selama tiga PRN Negeri yang bermula tahun 1999 dan terakhir pada 2008, nampaknya penguasaan BN semakin kukuh, apatah lagi, PBS sebagai parti terkuat dalam negeri menyertai BN pada tahun 2002.

Sumbangan mantan TYT Sabah itu terhadap kerajaan BN Sabah, sukar digambarkan dengan kata-kata. 

Kini, sumbangan beliau dalam BN diteruskan oleh anaknya Datuk Salleh Tun Said, yang juga pernah menjadi Ketua Menteri Sabah, menganggotai kabinet Sabah, termasuk sebagai Menteri Kewangan Negeri.

Kini, Salleh berjawatan Speaker Dewan Undangan Negeri. Jawatan politik beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri merangkap Ketua Bahagian Umno Kota Belud.

Pada PRU-13, Salleh dikatakan akan kembali menyertai pilihanraya dengan bertanding di N.8 Usukan menggantikan Japlin Akim, ADUN dua penggal sejak tahun 2004.

Salleh diperlukan kehadirannya dalam DUN Sabah sebagai ADUN dan barisan kabinet negeri untuk berganding bahu dengan Datuk Musa mempercepat pembangunan negeri, terutama dalam rangka membasmi kemiskinan.

8 comments:

Farah Zehra said...

Ke mana tumpahnya kuah jika bukan ke nasi.

Farah Zehra said...

Adakah akan ada undang2 antii lompat selepas satu pilihan raya dibuat?

Brendan said...

Tag Team antara Salleh-Musa nampaknya begitu berjaya. Harapan saya agar Tag team inin berkekalan untuker kebaikan negeri Sabah juga...

Brendan said...

Sebagai salah seorang pemimpin yg berpengaruh di Sabah, beliau juga sangat dihormati oleh pemimpin2 lain. Nasihat2 beliau semuanya bernas, seperti yg dibawah ini:

"Jangan amal politik bisik-bisik, menikam dari belakang atau seperti gunting dalam lipatan,"

Saya orang Sabah bah!! said...

BN perlu teruskan usaha mereka untuk memastikan kerajaan BN ini adalah pilihan yang terbaik untuk rakyat Sabah.

Saya orang Sabah bah!! said...

Kita harap masalah lompat parti ini akan dapat ditangani sebaiknya. Jangan biarkan berterusan.

Saya orang Sabah bah!! said...

Kalau kita lihat sekarang ini pun Kerajaan BN masih mendapat sokongan yang baik daripada penduduk Sabah. Jadi tidak mustahil BN akan terus kekal menjadi kerajaan pilihan nanti.

mantera said...

BN harus teruskan lagi buat pembangunan di Sabah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels