1 October 2012

PRU-13: Wanita penentu parti mana yang menang?

Musa-Salleh-Shahrizat
 JUMLAH pengundi wanita di negara ini secara amnya lebih ramai berbanding kaum lelaki. Keadaan ini sesuai dengan data demografi negara, di mana wanita lebih ramai.

Baru-baru ini bertempat di Bangunan Umno Sabah, Kota Kinabalu berlaku perasmian Gerak Gempur Wanita Umno yang bertemakan SALAM SAYANG.

Perasmian disempurnakan sendiri oleh Pengerusi Perhubungan Umno Sabah-Datuk Musa Aman.

Turut hadir semasa Perasmian itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia-Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam sesebuah pilihanraya, parti mana yang mendapat sokongan padu daripada kaum wanita, parti itulah akan menjadi pemenang. Atas sebab itu, dalam 12 kali pilihanraya di negara ini, BN senantiasa menang, atas sebab sokongan kaum wanita terhadap gabungan berbagai parti itu masih kukuh.

Sokongan tradisi itu diperkuat lagi melalui gerak tempur kaum itu dengan bertemakan Salam Sayang, dan kali ini bukan sahaja terhad kepada kaum wanita, akan tetapi meliputi semua gender.

Suara Rakyat yakin, melalui pendekatan Salam Sayang, BN akan terus mendapat sokongan padu daripada kaum wanita, termasuk juga para suami mereka atau kaum lelaki.
Catatan peransang: Plato - "ukuran manusia itu adalah apa yang dia lakukan dengan kuasa"

5 comments:

Farah Zehra said...

Terukan membantu golongan wanita terutamanya dalam bidang kemahiran.

Farah Zehra said...

Wanita di luar sana harus daftarkan diri mereka sebagai pengundi dan pergi mengundi.

Bujang Senang said...

Semua rakyat di Negara ini memainkan peranan yang penting untun menentukan kerajaan mana yang akan menjadi pilihan.

mantera said...

wamita jg memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan PRU.

DorianG said...

Puteri Umno Sabah pledges to make unity as the top priority in order to ensure its victory in the general election. Its chief Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin said if all members hold strongly to the party values, they will not only win but also prove their might.She urged them to remain united and not allow elements of sabotage or betrayal distract them from focusing on winning the election. She callled on all members of Puteri Umno to make use of the meetings at the branch and divisional levels to air whatever problems the grassroots have and then work together to solve these problems. This is very important because it is part of preparations to face the 13th General Election. She said if they cannot solve internal problems in a harmonious spirit, it will have a detrimental effect on the party election machinery. Rosnah who is also the Member of Parliament for Papar said the party should always come first before any individual.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels