31 October 2012

PRU-13:Benar kah suasana Poliltik Sabah terkini serupa tahun 1985?

BENAR KAH dakwaan Pembangkang bahawa suasana politik Sabah pada masa ini serupa dengan keadaan politik tahun 1985? Situasi apa kah yang membuatkan pembangkang menyamakan keadaan politik Sabah kini dengan keadaan politik tahun itu?

Tahun 1985 merupakan kejatuhan Kerajaan BN yang diterajui Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri). Pada PRN tahun itu, BN yang dianggotai Berjaya dan Usno (Usno parti pembangkang diperingkat negeri) tumbang kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dipimpin Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri).

Pada pilihanraya itu, Parti Berjaya yang mempunyai 41 kerusi DUN dan USNO 6 sebelum DUN dibubarkan, masing-masing hanya mendapat 6 kerusi bagi Berjaya, sementara Usno 16, manakala PBS menang 25 kerusi dan satu kerusi bebas bagi DUN Moyog.

Pada PRN itu juga Datuk Harris kehilangan kerusi DUN Tenom kepada Kadoh Agundung (kini Datuk)

Sebaik keputusan pilihanraya itu, kejadian yang tidak diingini berlaku di Istana Negeri, di mana berlaku peristiwa mengangkat sumpah Ketua Menteri daripada parti Usno dan selepas itu, Pairin pula mengangkat sumpah. Sejarah telah tercatat di Sabah, bahawa pada satu masa, negeri itu mempunyai dua orang Ketua Menteri.

Disebabkan campur tangan Pemangku Perdana Menteri ketika itu-Datuk Musa Hitam (kini Tun), akhirnya Pairin diiktiraf sebagai Ketua Menteri yang sah, menyisikan Allahyarham Tun Mustapha. Lojik kepada pengistiharan Pairin sebagai Ketua yang sah kerana partinya mempunyai majoriti mudah daripada 48 kerusi DUN Sabah.

Perlu diimbas kembali keadaan politik Sabah sebelum PRN 1985- Pertama pemecatan Pairin daripada Parti Berjaya, sehingga membuka ruang kepada pilihanraya kecil Tambunan pada tahun 1984. Selepas sahaja Pairin dipecat, Tambunan yang diwakili beliau diturunkan statusnya daripada daerah kepada sub-daerah. Faktor kedua adalah bangkangan beliau terhadap penyerahan Labuan kepada Persekutuan untuk dijadikan wilayah persekutuan dan faktor ketiga protes beliau terhadap penghapusan Pesta Menuai oleh kerajaan Harris dan menggantikan pesta itu kepada pesta rakyat.

Namun, faktor yang menambat hati rakyat terutama kaum KDM adalah pemecatan Pairin dan penurunan status Tambunan. Faktor inilah yang menyebabkan kaum KDM marah dan naik semangat.

Keadaan pada tahun 1985 dan sebelumnya tidak berlakupun pada suasana politik Sabah ketika ini. Pada ketika ini, boleh dikatakan tiadapun pemimpin negeri ini dianak tirikan atau diketepikan. Boleh dikatakan semua kaum di negeri ini mendapat tempat dalam kerajaan, baik itu jawatan politik mahupun bukan.

Dalam suasana politik BN kini, tiadapun pemimpin yang dipecat oleh pucuk pimpinan. Apa yang berlaku, para pemimpin BN sendiri yang mengasingkan dirinya dengan meninggalkan BN.

Pada tahun 2008, sebaik sahaja BN Sabah menang dengan kemenangan hampir  mutlak, Datuk Yong Teck Lee bersama-sama partinya SAPP keluar daripada BN, kononnya hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri ketika itu-Datuk Abdullah Badawi (kini Tun). Sebenarnya alasan yang diberikan oleh Yong pada masa itu hanya gimik, kerana beliau termakan  janji Gerakan 16 September Anwar yang kononnya Pakatan Rakyat akan membentuk Kerajaan Persekutuan menjelang Hari Malaysia, kerana 30 ahli Parlimen BN akan berpaling tadah. Jika kejadian itu berlaku, Yong akan dilantik salah seorang Timbalan Perdana Menteri.

Selepas empat tahun, tiada lagi pemimpin BN yang keluar, melainkan para wakil rakyat PR dan mengistiharkan diri mereka sebagai wakil bebas mesra BN. Tindakan para wakil rakyat PR keluar daripada parti-parti mereka, juga telah mengakibatkan Kerajaan PR di Perak jatuh pada Februari 2009.

Sebenarnya keadaan politik tanah air dianggap tenang, walaupun berbagai isu politik dimainkan termasuk kes sodomi II Anwar. 

Sementara negara menanti untuk menghadapi PRU-13, kekecohan politik berlaku di Sabah pada 29 Julai lalu, apabila dua MP BN daripada Sabah keluar dan menubuhkan NGO mesra Pakatan Rakyat.

Kalau ditilik-tilik sebenarnya tiada asas kukuh dua MP BN itu keluar. Misi mereka sebenarnya adalah misi BN secara keseluruhan. Isu pendatang yang mendapat kewarnegaraan seperti mana didakwa sudahpun ditangani melalui penubuhan RCI spertimana yang diminta. Isu tanah tanah adat diselesaikan secara berperingkat-peringkat melalui pemberian geran secara komunal. Pendekatan pemberian geran secara berkelompok untuk mengelak tanah dijual oleh pemilik geran individu.

Isu pembangunan, pembelaan terhadap rakyat akibat kenaikan harga barang ditangani oleh kerajaan melalui berbagai bantuan termasuk BR1M dan tahun depan BR1M2.0 turut diberikan. Semua pelajar daripada tahun satu hingga tingkatan enam mendapat bantuan RM100 setiap seorang, tidak keinggalan pelajar universiti juga mendapat baucer buku bernilai RM200 setiap pelajar.

Bagi generasi muda pula yang membeli handpone berinternet mendapat rebet RM250 setiap seorang. Selain itu, penyeragaman harga barang keperluan rakyat antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung ditangani melalui bajet 2013 nasional.

Di peringkat negeri, bajet Sabah saban tahun mencipta rekod. Tujuan bajet besar bagi negeri adalah untuk mmpercepat pembangunan negeri di bawah bayu ini.

Berasaskan pengamatan Suara Rakyat, sebenarnya tiada isu yang diuar-uarkan oleh pembangkang termasuk para pemimpin BN yang berpaling tadah yang tidak diseselasikan oleh BN. Menurut pandangan Suara Rakyat, perjuangan para pemimpin pembangkang termasuk para pemimpin BN yang berpaling tadah hanya untuk mendapat kuasa, bukannya untuk kepentingan rakyat.


Pendek kata, dakwaan pembangkang, kononnya suasana politik Sabah sama dengan suasana tahun 1985, hanya persepsi mereka sendiri, bukan perasaan rakyat yang majoriti. Fikir-fikirkanlah.

17 comments:

Teruterubozu said...

Pembangkang saja nak samakan situasi tu sebab keinginan kuat mereka untuk mengambilalih Putrajaya. Jangan terlalu over-confident ya..

Teruterubozu said...

Angin perubahan memang bertiup kencang tapi kesannya hanya dapat dipastikan lepas PRU nanti.

Star said...

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 terutamanya pada pilihan raya negeri Sabah.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata demikian berdasarkan sokongan rakyat, Sabah kekal sebagai kubu kuat BN.

Justeru beliau menyeru mereka, terutama masyarakat Kadazandusun Murut (KDM), supaya terus bersama BN demi kebaikan mereka.

"Memang tidak diragukan bahawa BN kuat di Sabah, tapi tidak boleh dinafikan akan ada cabaran di kawasan bandar dan sub bandar.

"Tapi, saya yakin BN akhirnya akan menang pada pilihan raya akan datang," katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Ramadan 1Malaysia di Kompleks Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di Kepayan, sekat sini malam Ahad.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Utama dan Komoditi, menyangkal dakwaan bekas timbalan presiden Upko Datuk Wilfred Bumburing bahawa 40 peratus pemimpin Upko meninggalkan parti itu untuk menyertai Pakatan.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa hanya Bumburing, seorang naib presiden Upko, seorang pengerusi tetap dan segelintir pemimpin termasuk anggota dewan tertinggi, telah meninggalkan parti ini," katanya sambil menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya oleh pembangkang yang menabur janji untuk memancing undi mereka.

Pada Ahad, naib presiden Upko Senator Datuk Maijol Mahap mengesahkan keputusan beliau meninggalkan BN pada satu majlis di kediamannya di Kampung Kokobuan, Kota Marudu.

Maijol adalah pemimpin BN ketiga yang meninggalkan parti gabungan itu sejak bulan lepas, selain Bumburing dan Anggota Parlimen Beaufort, yang juga bekas timbalan menteri persekutuan serta anggota majlis tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin.

Sementara itu, Dompok mengumumkan pemberian peruntukan RM10,000 kepada surau yang terletak di kawasan kompleks itu.

"Di Sabah, kami boleh merapatkan hubungan melalui majlis berbuka puasa anjuran wakil rakyat beragama Islam dan bukan Islam.

"Jelas sekali, kecenderungan politik dapat diketepikan manakala ciri-ciri kemanusiaan kami ditonjolkan dan dengan jelas menunjukkan setiap rakyat dilayan secara sama rata," katanya.

John Winchester said...

The Barisan Nasional election machinery at all level has long been activated for the general election.

John Winchester said...

PBS described the RM4.088 billion 2013 State Budget presented by CM Musa Aman as pragmatic and free of election gimmicks.

mantera said...

suasana politik Sabah kini lebih stabik berbanding dulu.

mantera said...

Kestabilan politik dan ekonomi yang diwujudkan Barisan Nasional (BN) akan memastikan parti itu terus mentadbir Sabah.

mantera said...

Ketua Menteri kita telah membawa Sabah ke era kecemerlangan dari segi pertumbuhan ekonomi terutama pelaburan dari dalam dan luar negara.

mantera said...

Kedudukan rizab kewangan Sabah juga kini bertambah kukuh berbanding dengan keadaan sebelum ini. Kedudukan kewangan yang baik ini sudah pasti akan merancakkan lagi program pembangunan untuk kemudahaan rakyat di negeri ini

mantera said...

eprihatinan dan kesungguhan kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membantu kerajaan Sabah membangunkan negeri itu juga menambah keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.

mantera said...

Sabah menerima bajet yang terbesar dalam sejarah bernilai lebih RM4 bilion.

mantera said...

Selain itu, pelbagai bantuan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama juga diberikan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia dan bantuan persekolahan dan banyak lagi program pembangunan yang bakal dilaksanakan untuk kebaikan rakyat.

mantera said...

Jumlah pelaburan terkumpul sebenar di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) mencecah RM114.045 bilion bagi tempoh 2008 hingga 30 September tahun ini.

mantera said...

Musa, yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata jumlah itu termasuk kerajaan dan swasta sebanyak RM77.51 bilion bagi 31 projek permulaan (EPP) dalam sektor pertanian, perkilangan dan logistik, tenaga petroleum dan gas, kelapa sawit, pelancongan, infrastruktur, pendidikan dan Greater Kota Kinabalu.

“Daripada jumlah terkumpul RM114.05 bilion ini, 12.7 peratus atau RM14.48 bilion adalah pelaburan yang telah dibelanjakan setakat 30 September 2012,”

mantera said...

kestabilan politik serta perpaduan rakyat berbilang kaum merupakan faktor penting yang memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri ini.

mantera said...

Dasar-dasar kerajaan yang prihatin, mesra pelabur dan sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelabur asing serta kewujudan modal insan yang berpendidikan, muda dan mudah dilatih menjadi faktor penting yang menarik pelaburan asing ke Sabah.

mantera said...

Musa berkata kemudahan infrastruktur asas yang baik serta pembangunan estet perindustrian seperti Kelompok Industri Kelapa Sawit (POIC) Lahad Datu, POIC Sandakan dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) yang lengkap menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pelabur asing.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels